Showing posts with label F N. Show all posts
Showing posts with label F N. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

Nak tulis apa ... ?

Rasa dah lama tak update blog. Banyak hal sana sini. Tak tau nak tulis apa, nak start posting barang apa pun tak tau. Ketika ini hanya aku nak wish kepada semua tetamu blog aku yang sudi jengah2 tu


Selamat Tahun Baru 2012... dah basi baru nak wish. hehehe...


Gong Xi Fa Cai.. Selamat Tahun Baru Cina ...



" 120 Years Fraser & Neave " trusted for generations ...

P/S : Tak sabar nak datang event Botologi Malaya 28hb Januari ni di Ipoh Station Cafe, Puchong. Dengar cerita pelbagai barang akan keluar dari bonet ( car boot sale ) dan yang dasatnya video tayangan korek botol dalam tanah ada lagi..fuhhhh !!!


Sunday, October 9, 2011

Tin sign F&N Orange Crush

Tin sign F&N Orange Crush berukuran 10" x 30" ini tiada kena mengena dengan sambungan cerita jejak agen Telok Anson hari tu. Dapat tin sign ni pun di tempat lain.




Dua gelas, dua tin Oren Crush 325ml.. Sedapppp........

Sunday, June 26, 2011

Sedapnya air oren...

Dua hari lepas aku pulang ke kampung. Macam biasa la singgah sekejap kedai besi buruk. Dah lama tak jumpa abg tu. Dulu datang sebab ada barang menunggu. Kali ni saje jenguk2 kot-kot ada barang lain yang tak di sangka. Memang ada tapi dia yang punya. Kawan abg tu buat bekal air masak ke tempat kerja. Tak perlu aku buang masa yang lama, hanya 5 minit lebih kurang, aku berjaya menukar hak milik botol plastik yang berisi air masak kepada aku dengan bermodalkan RM 5 jer. Gembira hati rasanya dan masa menerus semula perjalanan pulang tu terbayang kalau botol ini masih berisi air orennya, sudah pasti enak di minum dengan dicampur ketulan ais lebih2 lagi 2-3 hari ni cuaca panas terik skit.

Pet bottle 2 Liter minuman F&N Oren Crush berkarbonat ( bontot bawah tapak hitam ) masih kondisi baik, tak kemek sana sini. Dah bertahun lama jugak mencari, akhirnya berjaya.






Masih memburu banyak lagi perisa dan jenama pet bottle ( bontot bawah tapak hitam ) lebih2 lagi 2 - 2.25 liter yang semakin sukar sekarang.




Wednesday, February 9, 2011

Fat bottle 500ml F&N Sarsi

Fat bottle 500ml atau botol ala bola rugbi Sarsi setelah di cuci bersih2. Condition agak baik dan plastik label tidak koyak.




Kepuasan tetap ada...

Wednesday, October 27, 2010

Kordial kosong...

Botol kordial F&N Skuas Oren tapi kosong juga tak terlepas jemberan singkat tempohari..menarik kalau dapat yg ada isi lagi..




Bukan senang nak dapat condition paper label yg cantik..Payah lagi nak basuh botol berlabel kertas lebih2 lagi luaran botol yg kotor..Apa2 pun botol kordial sudah selamat segala kotoran..

Saturday, August 21, 2010

Bila-bila, dimana jua.....

Bila-bila, dimana jua....Kordial F&N.. baik bulan puasa atau hari2 biasa kalau dahaga di bancuh kordial ni pasti terangkat tekak...cuba lah sekarang!!! Rasanya puasa tahun lepas, saya ada posting kordial F&N perisa Sirap Ros. Tahun ni pulak perisa Rut Bir dan Oren Squash...

Kordial F&N Rut Bir..



Kordial F&N Skuas Oren...



Setakat ini aku berjaya memiliki 3 perisa kordial F&N yang masih dalam keadaan baik juga laa...Kordial ini masih terdapat pelbagai perisa lagi menurut kenkawan saya...pernah saya terlihat iklan kordial ini pada majalah wanita keluaran JUN 1982...




Akan datang kalau saya dapat perisa yg lain pulak, saya posting.. Untuk mendapat botol kordial ini yg kosong dan tidak berlabel tak le susah sangat berbanding yg masih ada kandungannya lagi...

Wednesday, July 14, 2010

Hasil korek atas bumbung ( Part II - last )

Hari ni aku sambung balik cerita ( part 1 ) hari tu.. Demam bola pun dah abis..Mood pun dah pulih skit.. Barang lain yang aku dapat antaranya juga adalah produk dibuat dari satu alamat yg sama bernombor 95, Jalan Yew, Off Jalan Sungei Besi, Kuala Lumpur iaitu..

Tin F&N Sarsi.





Tin F&N Aiskrim Soda.





Tin Sprite Limau-Nipis.





Tin Season Cincau dan Teh Buah kundur 300ml..

Tin ni boleh kata barulah tapi aku saje simpan.. bukan apa tin ni memang takde cop halal lagi masa tu...




Pet bottle Sun Crest 1.25 liter.




Condition pet botol ni memang tak nampak sangat pada plastik labelnya..Tinggal tulisan perisa oren je nampak. Alamat dikeluarkan pun tak jelas tapi aku rasa ini salah satu produk yg di keluar oleh Kickapoo.. betoi tak gitu kenkawan ?? itu saje barang2 yang sudah posting hasil dari dalam bumbung dan atas bumbung.. pasni kat mana pulak tunggulah di lain hari...

Thursday, June 3, 2010

Buah tangan Part I : F&N 1.25 Liter

Setelah buah tangan di cuci kesemua sebersihnya, hari ni aku posting dulu 3 biji buah tangan dari keluarga F&N yang aku dapat tempoh hari.. Ramai collector botol F&N di luar sana mesti ada simpan pet bottle 1.25 L jenis tapak bawah hitam ini..


Pandangan hadapan : Perisa Strawberry dan Orange Crush


Pandangan belakang : Perisa Strawberry dan Orange Crush


Penutup botol jenis aluminium


Alamat kilang di Jalan Foss, K.Lumpur

Pada ketiga-tiga pet bottle 1.25 L yang aku dapat ni, alamat dikilangkan utk perisa Strawberry memang tak nampak.. Untuk pet bottle 1.25 L perisa Orange Crush pula, kedua2 botol tersebut terdapat logo Tahun Melawat Malaysia 1990 pada plastik label tersebut.. Jadi pet bottle 1.25 L Orange Crush ini memang generasi tahun 1990.. Yang takde logo pun ada tapi aku tak pasti tahun brape keluar sebab tahun 80-an pet bottle untuk kontur tapak bawah hitam sudah wujud lagi.. Pada kenkawan yang ada info boleh comment untuk saya..begitu juga untuk perisa Strawberry, aku takde info tahun mula perisa tersebut keluar di pasaran...

Monday, May 24, 2010

Gelas apa pulak pasni...??

Dah lama tak posting pasal gelas dalam blog aku ni...asyik dengar botol berdarah jer keluar blog kenkawan...bukan sampai sakit kepala dengarnya, sakit gigi pun ada...pedih mata, menggigil pun ada..itu lah dunia koleksi malaya...itu baru bab botol, belum pinggan, tin, signboard, perabot, kotak rokok, dan mcm2 lagi la..tinggal nak gila jer belum..tak mintak pun...haahaaa...

Gelas plastik yg aku posting ni bukan gelas plastik berdarah pulak..jangan salah faham..cuma nak info dari kenkawan ada berapa lagi gelas yg keluar sempena Hari Pertabalan DYMM Sultan Perak ni jer...manatau Pepsi, 7up, Sinalco, Kickapoo pun ada keluarkan gelas untuk hari pertabalan ini...?? Setakat ni jer aku dapat 2 biji, satu gelas plastik Coke Malaya, satu lagi F&N Sarsi.. tanya seller2 pun takde jumpa yg lain lagi...




Papahal pun kalau kenkawan ada info, boleh share sama2..mungkin ada lagi yang lain..lupa letak mana ker..barang tu kat kampung ker...ada dalam kotak ker...sama2 kita tunggu...

Monday, May 17, 2010

Kemek pun kemek laa...( part III )

Dalam banyak2 botol bersepah dalam dusun tu, tak banyak gak yg aku bawak balik sebab condition tak berapa la cantik, pecah...ada beberapa botol seperti sinalco ring yg pudar2 ,coca-cola tulisan putih yg hilang tulisannya, F&N 400ml Singapore-KL dan green spot yg pudar2 jugak...Tapi nasib mata aku tak terlepas pada 2 biji botol ini lebih2 lagi botol no.1 Coca-Cola Malaya ini...


Mula2 memang nampak botol Red Lion ni separuh terbenam dalam tanah..Bontot botol ni memang ke atas posisinya..masa tu tak tau botol apa lagi sebab dan bertanah bontotnya..tarik keluar dari tanah, gosok2 skit baru tau botol Red Lion...korek tanah 1 1/2 kaki dalam area tu pun takde apa hasil yang tertanam di dalam...eemmm...


Sebelum aku nak balik, sempat jugak aku tengok balik area botol2 Coca-Cola tulisan putih yg hilang tulisannya tadi...belek2 botol terkejut aku ada sebiji botol nombor 1 Coca-Cola Malaya..nyaris terlepas jugak botol ni sebab tangan gatal gosok2 skit botol yg bertanah ni nak tengok kalau trade mark registered timbul...rupa2nya memang botol di tangan aku...apalagi...aku dan kawan aku check balik semua botol yg ada dkt2 yg aku dapat tu...sudahnya sebiji jer yg ada....


Dua biji botol ni aku basuh sesudah sampai ke rumah...Ini lah hasilnya...Belum cuci sebersihnya lagi...Botol no.1 Coca-Cola Malaya yg tak nampak tulisan Coca-Cola ni merupakan kali 5 yg aku dapat dan ke 3 biji dalam koleksi aku..2 biji lagi tulisan tak nampak aku dah lepas pada kenkawan ipoh aku 6 tahun lepas...Botol Red Lion ni pulak aku simpan di rumah aku sebab aku dah ada yg condition baik di kampung kelahiran aku di Ipoh...

Tuesday, August 25, 2009

Botol Kaca F&N Cordial



Kalau dilihat pada iklan F&N di atas yg pernah keluar Nov 1979, masih ingat tak lagi korang semua botol kaca tersebut..?? Kalau bulan poser je pasti mak bapak kita beli sebotol cordial Oren Squash ni untuk dibuat minuman berbuka puasa…Kalau mak aku pasti dia akan tambah air gula dulu,pastu baru bubuh cordial ni skit dengan air masak, campur ais batu last skali setiap kali buat bancuhan air Oren Squash ini..So.,dapat le jimat skit cordial ini untuk diguna pada hari raya pulak nanti..Maklum le masa tu harga sebotol pun dikira mahal, jadi bapak aku beli satu je la..
Setelah 20 tahun berlalu, botol kaca F&N Cordial yg dah tak keluar design ni lagi telah berjaya aku perolehi untuk dibuat koleksi barang old skool aku..Kali ini bukan cordial Oren Squash tapi perisa cordial Sirap Ros pulak…Memang ada perisa lain lagi yg pernah keluar di pasaran sewaktu itu seperti perisa cordial Laici dan Sarsi seingat aku la….



Botol cordial Sirap Ros ini kandungan syrupnya 750ml dan diperbuat oleh Fraser & Neave (M) Sdn. Bhd di alamat Jalan Foss, 56200 Kuala Lumpur..Label F&N Cordial pada botol adalah jenis label kertas bertampal..


Bahagian penutup botol yg masih belum dibuka lagi..Jenis penutup aluminium..


Ada tulisan timbul ‘ Bottled by Fraser & Neave ‘ di bahagian tepi botol atas sebelum label kertas..


Ada tulisan timbul ‘ No Deposit No Return ‘ di bahagian tepi botol bawah selepas label kertas..