Tuesday, August 25, 2009

Botol Kaca F&N Cordial



Kalau dilihat pada iklan F&N di atas yg pernah keluar Nov 1979, masih ingat tak lagi korang semua botol kaca tersebut..?? Kalau bulan poser je pasti mak bapak kita beli sebotol cordial Oren Squash ni untuk dibuat minuman berbuka puasa…Kalau mak aku pasti dia akan tambah air gula dulu,pastu baru bubuh cordial ni skit dengan air masak, campur ais batu last skali setiap kali buat bancuhan air Oren Squash ini..So.,dapat le jimat skit cordial ini untuk diguna pada hari raya pulak nanti..Maklum le masa tu harga sebotol pun dikira mahal, jadi bapak aku beli satu je la..
Setelah 20 tahun berlalu, botol kaca F&N Cordial yg dah tak keluar design ni lagi telah berjaya aku perolehi untuk dibuat koleksi barang old skool aku..Kali ini bukan cordial Oren Squash tapi perisa cordial Sirap Ros pulak…Memang ada perisa lain lagi yg pernah keluar di pasaran sewaktu itu seperti perisa cordial Laici dan Sarsi seingat aku la….



Botol cordial Sirap Ros ini kandungan syrupnya 750ml dan diperbuat oleh Fraser & Neave (M) Sdn. Bhd di alamat Jalan Foss, 56200 Kuala Lumpur..Label F&N Cordial pada botol adalah jenis label kertas bertampal..


Bahagian penutup botol yg masih belum dibuka lagi..Jenis penutup aluminium..


Ada tulisan timbul ‘ Bottled by Fraser & Neave ‘ di bahagian tepi botol atas sebelum label kertas..


Ada tulisan timbul ‘ No Deposit No Return ‘ di bahagian tepi botol bawah selepas label kertas..

4 comments:

rimanilzah said...

perasa oren mmg best. kalau yg kosong aku ada botol ni.

Anonymous said...

haih time kuor tu teman baru darjah satu!
teringat zaman2 tuh..
bagus hobi mike nie..
thumbs up!

Fitri Osman said...

salam bro amir...wah sempoi tu..senang2 email le photo tu..dulu2 botoi no famous kan kalo isi minyak tanah kalau tak silap saya...

Fitri Osman said...

salam skpz..mike darjah satu, teman masa tu baru satu tahun...hee...heee..iklan tu dapat dalam majalah Wanita NOV 1979