Showing posts with label botol. Show all posts
Showing posts with label botol. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

Tonik Melati

Ini bukan tonik chop gajah tapi Melati Tonik. Nampak macam botol kicap jer. Masih belum digunakan lagi. Barangkali mungkin di antara saudara @ saudari pernah merasa tonik Melati Chap Ikan Duyong ini.




Sesuai untuk isteri, suami dan keluarga.




Label kertas yang padat dengan gambar xxx ikan duyong, tulisan rumi dan jawi. Diedarkan oleh Binatonik Enterprise dari Ipoh. Dianggar berada di pasaran dalam dan luar bandar Ipoh sekitar tahun 70-an lagi. Botol tonik tak seberapa ini dapat di kedai runcit lama nenek adik ipar baru2 ni..

Saturday, November 13, 2010

Kisco..

Hari ni aku sambung balik barang yg aku dapat lagi tempoh hari. Agak kelewatan aku posting di sebab banyak aktiviti lain yg perlu aku selesaikan dulu..Botol Kisco ( kaca putih ) yg tak asing lagi jenamanya buat collector botol tanah air..




Di penghujung2 tahun 2010 ni, rezeki aku dapat lagi botol Kisco putih yg masih ada air lagi walaupun penutupnya karat malang...

Wednesday, October 27, 2010

Kordial kosong...

Botol kordial F&N Skuas Oren tapi kosong juga tak terlepas jemberan singkat tempohari..menarik kalau dapat yg ada isi lagi..




Bukan senang nak dapat condition paper label yg cantik..Payah lagi nak basuh botol berlabel kertas lebih2 lagi luaran botol yg kotor..Apa2 pun botol kordial sudah selamat segala kotoran..

Sunday, October 24, 2010

Botol Fizzi

Botol jenama Fizzi juga sempat aku bawak balik tempoh hari..Ada 2 perisa je dapat iaitu perisa Limau Bali dan Sarasap...




Botol Fizzi ni pun asalnya botol Yeos..Lambang Yeos tersebut telah di tutup dengan kertas label jenama Fizzi. Diperbuat oleh kilang yang sama Yeo Hiap Seng, Jalan Tandang PJ..

Friday, October 22, 2010

Botol Schweppes

Botol kosong Schweppes perisa strawberry juga aku dapat hari tu..cukup payah nak dapat yang masih ada air lagi..padahal botol ni tak le usia lama sangat...




Oleh kerana label kertas ini di tampal pada botol Yeos lama, banyak kertas labelnya rosak teruk di sebab pernah terendam banjir...Yang perisa ni je boleh aku bawa balik simpan....

Wednesday, April 14, 2010

Part II : Simpan dulu…

Kali ni gambar2 yang aku posting ni semua selepas di rawat / cuci lah...tak sempat nak ambik gambar sebelum cuci dulu hari tu..


Botol kaca Horlicks...

Yang ni botol kaca horlicks saiz kecil yang aku dapat. Lebih kurang 450 gram. Penutupnya memang berkarat. Nampak skit je tulisan Horlicks.. Plastik label juga dah takde...




Botol kaca Aji-No-Moto...

Botol Aji-no-moto ni pulak aku tak dapat info tahun keluaran botol kaca ini..Pada kenkawan yang tau, please info kat saya...


Bahagian depan tulisan jawi ‘ Masakan lebih lazat ‘ Tertulis juga kandungan Aji-No-Moto ini 2 Tahil ( 75 gm )..Dan keluaran AJINOMOTO ( MALAYSIA ) LIMITED.


Bahagian belakang pula tulisan dalam bahasa cina pula...


Sisi tepi botol ini juga melengkung sekeliling di bahagian bawah botol ini...

Botol kaca Ridsect...

Selain itu, botol kaca Ridsect juga aku dapat…Info yg diperolehi dari orang lama, zaman dulu sewaktu guna pam spray lama untuk bunuh nyamuk, serangga atau langau ke kalau pegi ke kedai runcit beli cecair racunnya memang packing botol mcm ni..salah satunya jenama Ridsect..harga masa tu mahal jugak tapi tak ramai yg menggunakannya…Tido dalam kelambu lagi bagus..




Setelah di cuci dan dibersihkan, ini lah hasilnya yg nampak..Tulisan Ridsect emborsed depan ,belakang ( tulisan cina ) sisi atas botol. Kalau dapat yang cun memang ada paper label, menurut orang lama tersebut..kandungan untuk botol ni 12 oz .

Botol kaca Planta...

Botol kaca jenama Planta ni jugak aku takde info Planta yang mana pulak ni..? Memandangkan penutup botol ni yg berkarat dan ada karektor kartun dan tulisan Planta, itu je rujukan aku dapat tentang botol kaca ni..kenkawan yang tau pasal botol kaca ni boleh la share info sama2...




Sisi botol ini juga ada sukatan emborsed dalam unit cups...

Botol susu kaca...

Yang ni pulak botol susu kaca yang paling kecik aku dapat..tak tau brape ounces pulak sebab dah memang takde sukatan pada sisi botol susu kaca ni..Puting pun takde tapi condition lain masih baik, takde retak dan calar...



Kecik2 botol ni, berat jugak botol susu kaca ni...

Thursday, April 8, 2010

Simpan dulu….

Posting saya hari ni nak sambung cerita balik hasil korek barang hari tu..Ramai gak kenkawan call dan sms saya tanya apa dah jadi barang2 tersebut..Dah jual ke? Nak jual ke? Dah orang booking ke? Segala jawapan tersebut satu jer dari saya…Saya simpan dulu…Barang2 tersebut baru jer lepas di rawat…mana kudis2 buta,tanah tu kenalah aku cuci dulu…Yang boleh di selamatkan, cacat cela tu aku terima seadanya….Paling mencabar skali nak rawat botol rugby 500ml Coca-Cola ni..

Botol Coca-Cola 500ml.

Koyak rabak plastik pada bahagian ni memang teruk..Yang lopong besar tu, plastiknya dah hilang masa aku dapat..Yang plastik label terjuntai tu kuat skit je pegang, memang akan koyak lagi..Pelan2 aku gam, ni le hasil yang mampu aku dapat…


Setelah di cuci bersih, di polish cun2..hasilnya mcm ni pulak…



Penutup coke ini pun masih baik lagi setelah di bersihkan…

Sprite 285ml fat botol..

Botol Sprite ni koyak tak banyak, cuma kudis2 hitam pada plastik label botol ni je dah tak boleh buat apa..memang lekat terus..



Plastik label Sprite yg koyak skit tu sudah di gamkan semula…

Botol 285ml Sarsi



Botol Sarsi 285ml ni plastik labelnya koyak 10% je cuma warnanya pudar overall tapi di tepi bawah tersebut ada ni…


Minuman Ringan Rasmi Bagi ‘ Visit Malaysia Year 1990 ‘..Memang lama aku nak botol ni cari cara ni…Aku tau ramai collector yg simpan produk Malaya yg ada tag ni…Baik dari baju, beg, keychain, tin sampai ler ke botol2...

Botol Fanta mana...

Botol ni ramai gak kenkawan berminat nak beli dari aku sejak aku posting botol ni minggu lepas…Apa keistimewaannya?? Botol dari Malaya ke?? Memang aku korek dari tanah asal-asul nenek moyang aku tapi setakat aku tau belum lagi aku dengar ada botol Fanta tulisan jawi pernah keluar di Malaya…




Masa aku dapat ni separuh badan botol ni terbenam dalam tanah. Tu sebab separuh print label botol Fanta ni tak brape clear...



Tanda lahir dan lekuk pada botol ni pun takde rupa darah botol dari Malaya…Menurut ahli botoloji, saudara Megat pun berpendapat begitu…Nak minta pandangan kenkawan semua pulak pasal botol ni…Apa pendapat dan pandangan blog termashur tanah air kita, otai Daud..?? Jangan le suruh humban ke sungai pulak….haaa….aaaa…haaa…

Botol Framroz...



Ni botol Framroz selepas aku bersihkan..Lebih detail nak tau botol Framroz ni sila singgah blog malayaayerlamnet.blogspot.com …



Setakat ni saje posting hari ni…Posting seterus akan datang pulak ialah barang2 korek hari tu selain botol2 atas tadi seperti botol kecik Horlicks, botol Ajinomoto, botol racun Ridsect, botol Planta dan botol kaca susu lagi…


Barang semua dah cuci dan sudah di kilatkan…Tinggal nak ambil gambar lebih dekat dan jelas lagi…