Monday, March 28, 2011

Penebuk lubang kertas atau ' puncher '

Selama hidup aku bergelumang dengan alat penebuk lubang kertas sejak dari bangku sekolah hingga-lah saat bekerja, ini lah kali pertama aku jumpa 'puncher' yang berat lain macam. Lebih kurang berat 2 buah tin susu cap teko.






Alat penebuk lubang kertas ini masih dalam keadaan baik lagi. Satu lagi barang buatan England yang telah di bawa masuk ke Malaya sejak 50 tahun yang lalu. Di body puncher tersebut ada tertulis Lightning Perforator dengan no 4314. Velos Trade Mark.

Thursday, March 24, 2011

Avon Topaze

Mungkin di kalangan puan2 atau kakak2 pernah mengguna atau biasa dengan produk Avon Topaze ini. Tak berapa banyak info yg dapat pasal jenama produk Avon Topaze ini cuma produk ini sudah dikenali sejak tahun 1950-an lagi.. Kebetulan dapat secara percuma dari sebuah kedai lama. Asalnya tuan kedai ini letak barang ini di satu sudut untuk di return balik barang2 ini pada ejennya tapi ejennya tak ambik. Menurutnya barang ini sudah usia hampir 30 tahun, ejennya mungkin tak berminat nak replace yg baru.

Antara barangnya ialah Avon Topaze Hair Cream.




Avon Topaze Talc Powder



Saiz kandungan yang berbeza dan salah satunya jenis botol besi dan plastik. Sekiranya puan2 atau akak2 ada lebih info dengan jenama produk ini, dialu-alukan kongsi bersama.

Wednesday, March 16, 2011

Tin Yeos 300ml

Tin Yeo's minuman kacang soya jenis " Steel can " 300ml. Telah dijumpai baru2 ini ketika sedang ' pulling ' kabel CCTV di bawah papan lantai Bilik Kawalan xxxxxx ( gambar lokasi tidak dipaparkan atas keselamatan - sini byk wang hehehe.. )




Melihat rupa keadaan tin ini agak malang dan tidak cemerlang. Karat yang tak mungkin hilang lagi.



Mengikut usia lokasi tersebut sudah mula beroperasi sejak tahun 1995. Tin ini juga terdapat bar code dan kondisi 'steel can'. Aku tak tau berapa lama usia sebenar tin ini...?

Monday, March 14, 2011

Beg plastik Coca-Cola

Masa bebudak dulu tak pernah merasa beg plastik Coca-Cola.. Bila dah jadi bapak budak, baru le dapat. Beg plastik berukuran 9" x 13" ni tentu ramai yang ada dalam koleksi masing2.



Aku tak tau ada beberapa saiz dan jenis lagi beg plastik Coca-Cola Malaysia. Harap info dari En Mat dapat membantu kenkawan..

Wednesday, March 2, 2011

Tonik Melati

Ini bukan tonik chop gajah tapi Melati Tonik. Nampak macam botol kicap jer. Masih belum digunakan lagi. Barangkali mungkin di antara saudara @ saudari pernah merasa tonik Melati Chap Ikan Duyong ini.




Sesuai untuk isteri, suami dan keluarga.




Label kertas yang padat dengan gambar xxx ikan duyong, tulisan rumi dan jawi. Diedarkan oleh Binatonik Enterprise dari Ipoh. Dianggar berada di pasaran dalam dan luar bandar Ipoh sekitar tahun 70-an lagi. Botol tonik tak seberapa ini dapat di kedai runcit lama nenek adik ipar baru2 ni..