Showing posts with label pet bottle. Show all posts
Showing posts with label pet bottle. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Sedapnya air oren...

Dua hari lepas aku pulang ke kampung. Macam biasa la singgah sekejap kedai besi buruk. Dah lama tak jumpa abg tu. Dulu datang sebab ada barang menunggu. Kali ni saje jenguk2 kot-kot ada barang lain yang tak di sangka. Memang ada tapi dia yang punya. Kawan abg tu buat bekal air masak ke tempat kerja. Tak perlu aku buang masa yang lama, hanya 5 minit lebih kurang, aku berjaya menukar hak milik botol plastik yang berisi air masak kepada aku dengan bermodalkan RM 5 jer. Gembira hati rasanya dan masa menerus semula perjalanan pulang tu terbayang kalau botol ini masih berisi air orennya, sudah pasti enak di minum dengan dicampur ketulan ais lebih2 lagi 2-3 hari ni cuaca panas terik skit.

Pet bottle 2 Liter minuman F&N Oren Crush berkarbonat ( bontot bawah tapak hitam ) masih kondisi baik, tak kemek sana sini. Dah bertahun lama jugak mencari, akhirnya berjaya.






Masih memburu banyak lagi perisa dan jenama pet bottle ( bontot bawah tapak hitam ) lebih2 lagi 2 - 2.25 liter yang semakin sukar sekarang.




Wednesday, July 14, 2010

Hasil korek atas bumbung ( Part II - last )

Hari ni aku sambung balik cerita ( part 1 ) hari tu.. Demam bola pun dah abis..Mood pun dah pulih skit.. Barang lain yang aku dapat antaranya juga adalah produk dibuat dari satu alamat yg sama bernombor 95, Jalan Yew, Off Jalan Sungei Besi, Kuala Lumpur iaitu..

Tin F&N Sarsi.





Tin F&N Aiskrim Soda.





Tin Sprite Limau-Nipis.





Tin Season Cincau dan Teh Buah kundur 300ml..

Tin ni boleh kata barulah tapi aku saje simpan.. bukan apa tin ni memang takde cop halal lagi masa tu...




Pet bottle Sun Crest 1.25 liter.




Condition pet botol ni memang tak nampak sangat pada plastik labelnya..Tinggal tulisan perisa oren je nampak. Alamat dikeluarkan pun tak jelas tapi aku rasa ini salah satu produk yg di keluar oleh Kickapoo.. betoi tak gitu kenkawan ?? itu saje barang2 yang sudah posting hasil dari dalam bumbung dan atas bumbung.. pasni kat mana pulak tunggulah di lain hari...

Tuesday, June 8, 2010

Buah tangan part VIII : Pet bottle tak cukup sifat..

Tetap aku simpan.. itu semua rezeki Tuhan yg bagi...



Walaupun botol yg tak bernyawa ini tak cukup sifat, bahan kutukan, bahan jenaka, ditinggalkan di tempat sampah, kedai besi buruk, tepi sungai, dalam semak tetapi nilai dirinya kenkawan mesti tau kan... sama2 lah kita perangi kes buang bayi yang semakin kerap sekarang...!!! selamat menjember kenkawan semua di musim cuti sekolah ini...

Buah tangan part VII : Schweppes 1.25 Liter

Yang terakhir pet bottle 1.25 liter boleh kata cukup sifat yg aku dapat ialah Schweppes perisa Ginger Beer dan Cream Soda..




Satu lagi jenama diperbuat oleh Yeo Hiap Seng ( Malaysia ) Berhad , Jalan Tandang, P.Jaya...


Buah tangan part VI : Fizzi 1.25 Liter

Pet bottle 1.25 liter Fizzi perisa Pomelo dan Limau Bali juga tak terlepas dalam buah tangan aku tempoh hari.. keluaran Yeo Hiap Seng ( M ) Bhd, Jalan Tandang, P.Jaya.. kenkawan semua pasti ingat lagi jenama ini.. pet bottle ini pasti mengimbau kenangan silam buat kenkawan yg ada nama timangan Fizi.. waktu tu mesti glamourkan...




Diantara dua pet botol ini terdapat bar code pada plastik pet label.. sudah pasti perisa limau bali keluaran terawal sebelum perisa Pomelo.. tahun 1992 majalah jelita pernah terselit iklan minuman berkarbonat Fizzi, itu pun kebetulan aku simpan untuk rujukan aku.. ada seorang rakan bloggers minta info dari aku tahun produk ini diberhentikan pengeluarannya tapi aku sendiri pun tak dapat rujukan. . Kepada kenkawan yg ada info lebih boleh comment pada saya nanti...

Monday, June 7, 2010

Buah tangan part V : Mirinda 1.25 Liter

Mirinda pet bottle 1.25 liter perisa Sarsi dan Krim V.. 3 biji yang aku dapat..



Satu dari dua biji pet bottle Mirinda sarsi plastik pet label koyak skit dalam 20% .. Pet botolnya pun ada kemek skit di tempat koyak tersebut..


Penutup botol bukan yg asal untuk kedua2 pet bottle Mirinda sarsi.. masa aku dapat hari tu memang takde.. sajer aku tutup buat syarat..


Kalau di perhati betul2 pet bottle untuk Mirinda sarsi ada perbezaan pada plastik pet label tersebut dan tidak sama.. bezanya ada tulis ' Minuman Berperisa Sarsi Berkarbonat '... juga diperbuat oleh Permanis Sdn Bhd, Bangi Selangor...


Sunday, June 6, 2010

Buah tangan part III : Mountain Dew 1.25 Liter

Dulu zaman aku sekolah menengah kalau lepak kedai Ah Seng TKK tu mesti order air gunung ( mountain dew ler tu ) tapi yang jenis bottle kaca 285ml ler...kat pekan Ipoh kedai ni memang famous ABC nya... itu cerita 15 tahun yg lalu.. mountain dew ni memang tak pernah aku beli pet bottle nya.. bila dah dapat pet bottle ni, jadi terpaksalah aku menjaga sebaiknya...




Kondisi pet botol ini ada kemek skit. Dah letak air penuh dan padat, kemek pun tak nampak... Di perbuat oleh Permanis Sdn Bhd, Bangi Selangor...


Buah tangan part II : Cheer Orange 1.25 Liter

Dulu aku simpan tudung fat bottle 285ml Cheer jer.. nak buat ibu..setelah sekian lama mencari, akhirnya pet bottle Cheer 1.25 Liter perisa Orange yang muncul dulu..2 hari kemudian baru aku dapat fat bottle 285ml perisa Strawberry yg masih ada air lagi..walaupun pet bottle ni ada kemek skit tapi masalah tersebut selesai setelah aku isi penuh2 dan padat dengan air paip.. Maka hilanglah kemek2 tersebut seperti mana yang kenkawan lihat skang.. kemek pet bottle disebabkan tekanan gas karbonat boleh diselamat lagi tapi kemek sbb remuk atau dihimpit kena usaha lebih skit la.. bukan apa plastik labelnya mudah koyak sewaktu mempomen pet bottle tersebut...




Pet bottle 1.25 liter ni diperbuat oleh East Coast Bottling Sdn.Bhd, Kuantan Pahang.. bar code pun dah ada pada plastik label tersebut.. Setahu aku la bar code mula digunakan sejak awal 90-an lagi tapi tidak semua syarikat perniagaan meletak bar code pd produk masing2 lagi..


Thursday, June 3, 2010

Buah tangan Part I : F&N 1.25 Liter

Setelah buah tangan di cuci kesemua sebersihnya, hari ni aku posting dulu 3 biji buah tangan dari keluarga F&N yang aku dapat tempoh hari.. Ramai collector botol F&N di luar sana mesti ada simpan pet bottle 1.25 L jenis tapak bawah hitam ini..


Pandangan hadapan : Perisa Strawberry dan Orange Crush


Pandangan belakang : Perisa Strawberry dan Orange Crush


Penutup botol jenis aluminium


Alamat kilang di Jalan Foss, K.Lumpur

Pada ketiga-tiga pet bottle 1.25 L yang aku dapat ni, alamat dikilangkan utk perisa Strawberry memang tak nampak.. Untuk pet bottle 1.25 L perisa Orange Crush pula, kedua2 botol tersebut terdapat logo Tahun Melawat Malaysia 1990 pada plastik label tersebut.. Jadi pet bottle 1.25 L Orange Crush ini memang generasi tahun 1990.. Yang takde logo pun ada tapi aku tak pasti tahun brape keluar sebab tahun 80-an pet bottle untuk kontur tapak bawah hitam sudah wujud lagi.. Pada kenkawan yang ada info boleh comment untuk saya..begitu juga untuk perisa Strawberry, aku takde info tahun mula perisa tersebut keluar di pasaran...

Tuesday, June 1, 2010

Buah tangan baru masuk rumah...

Buah tangan sudah keluar dari boot kereta aku dan sudah masuk rumah malam tadi...kini giliran untuk mencuci dahulu..ada barang kemek. tiada label, tiada tapak bawah yang aku dapat...


Apabila kesemua pet bottle plastik 1.25 L sudah di cuci, baru ler boleh aku posting seterusnya...Tunggu posting seterusnya...

Monday, May 10, 2010

Kemek pun kemek laa...( part II )

Sambung balik cerita hasil lain yg aku dapat dalam dusun tersebut..Plastik label untuk botol plastik tapak bawah hitam atau botol plastik kontur tapak hitam atau paling senang botol plastik bawah bontot hitam...ikut suka laa....yang aku dapat jenama 7up, Mirinda dan F&N..botol plastiknya memang pecah dan kemek teramat...semua dapat dalam tanah jugak...balik tu aku cuci skit dan ambil plastik labelnya..botolnya telah aku buang..memang payah repair kalau nak jadi pomen...


7 up Fido Dido....


Jenama 7up kandungan 1.25L ada gambar Fido Dido...Dibotolkan oleh Permanis Sdn. Bhd. Bandar Baru Bangi, Kajang Selangor...Tahun keluarannya aku tak ingat....


Plastik label ni ada terkoyak skit sewaktu aku keluarkan dari badan botol plastik tersebut...bahagian dalam masih kelihatan kesan tanah...

Mirinda Sarsi.....


Plastik label Mirinda Sarsi ni pun utk 1.25 liter...Botol plastiknya pun kemek...Dibotolkan juga oleh Permanis Sdn. Bhd dan tahun keluaran juga era 90-an...Nak confirm balik tahun keluran dgn otai Megat sbb baru2 ni aku dapat tin Mirinda Sarsi hasil trade dgnnya...


Plastik label ni aku berjaya keluarkan sarungnya dgn baik skali dgn tanpa koyak...kesan tanah yg melekat pada bahagian dalam plastik label ini masih kelihatan lagi...tak berani nak cuci lebih2 takut terkoyak...

F&N Sarsi....


Plastik label F&N Sarsi kandungan 1.25 liter...kali ni sarsi dia mendatar...yang ada dalam koleksi aku ke atas...Dibotolkan oleh Fraser & Neave (M) Sdn. Bhd. Jalan Foss , K.Lumpur .....


Plastik label ni koyak terbelah dekat gambar orang buang sampah hampir separuh jugak...tapi masih ok lagi...

Pasni aku nak mencari badannya pulak...Baju dah ada...Topinya pun dah ada...kenkawan yg ada badan bontot bawahnya hitam boleh roger2 aku....Cuma payah skit kalau nak dapat badan yg berhijau... Ada part III pulak pasni....tunggu........

Saturday, March 20, 2010

Gubahan bunga

Sekitar tahun 90-an dulu, gubahan bunga yang diletak di dalam bekas botol plastik bontot hitam ( kontur tapak hitam ) cukup popular di kalangan kakak2 dan makcik2 kita dulu…Memang kepala otak geliga…Saya rasa tentu antara otai2 bloggers masih menyimpan bekas botol plastik air berkarbonat yg berisi bunga2 hasil kreatif korang…




Ingat lagi aku masa di bangku sekolah rendah dulu, kakak aku kalau balik kenduri kawin mesti bunga telor dia collect dulu. Nak buat dekorasi bunga dan simpan dalam bekas botol plastik ini..Masa tu botol2 plastik mcm ni senang nak cari..kalau aku pulak buat simpan umpan spt cacing dan anak katak…Biasanya botol2 plastik ini bila dapat akan di kerat separuh..Plastik label air berkarbonat tersebut akan di jadi sampah masyarakat termasuk le penutupnya…


Setelah hampir 20 tahun sudah berlalu, aku percaya baik sesaper pun tidak akan mencuba untuk membuat gubahan bunga dan di simpan di dalam bekas botol plastik air berkarbonat kontur tapak hitam seperti ini lagi walaupun ada 10 dozen kotak berisi botol plastik ini..Bukan tepuk dada tanya selera…Tepuk dahi, tangan simpan dalam poket…