Friday, December 30, 2011

Beg hijau Diamond

Cuti sekolah pun dah nak penghujungnya. Kalau pergi pasaraya2 besar, tempat jual barang sekolah pasti sesak dgn ibubapa sibuk membeli barang persekolahan untuk anak2 mereka.Kalau di pekan Ipoh masa aku kecil dulu, tempat2 seperti bawah kedai Emporium Perak dan kedai pasar bulat-lah tempat tuju orang tua aku dulu membeli beg dan kasut sekolah untuk aku. Bila terjumpa balik beg sekolah hijau cap Diamond ni, terkenang aku masa tingkatan 1 sekitar tahun 1990/91 dulu.





Beg jenis ni pernah menjadi kegilaan abang aku masa tu. Zaman rockers ! Siap pasang tali sandang guitar pada beg ni. Depan beg ni siap conteng lagi la.. Di tetas2 tali benang beg ni jadi terburai supaya nampak beg ni mat rockers yang punya ..



Zaman persekolahan dulu, beg macam ni boleh lagi bawa buku ke sekolah. Sekarang rasanya tak sampai sekolah dah jahanam beg ni. hehehe...

Sunday, December 18, 2011

Beg sekolah coklat ' button pulas '

Hari ni saya cerita sikit pasal beg sekolah pulak. Dulu pernah saya posting beg ' button pulas ' warna hijau, kali ini warna coklat. Zaman persekolahan saya ketika sekolah rendah dulu, beg2 macam ni ramai kawan sekelas saya yang pakai. Mungkin anda pun turut pernah pakai?




Tempat letak nama dan kelas juga terdapat pada beg coklat ini cuma bezanya tiada poket kecil di hadapan beg ini seperti beg hijau ' button pulas '. Tali beg ini juga boleh diubah untuk di sandang pada bahu atau belakang badan.



Beg zaman dulu memang kain yang tebal dan jahitan yang kuat. Cukup beza dengan beg sekolah sekarang yang cepat rosak, tali sandang putus dan macam lagi.

Monday, December 12, 2011

Kasut sekolah Marco untuk murid

Lagi kasut sekolah Marco, kali ini di datangi kotak hijau. Mungkin ada yang pernah pakai ? Design pada kotak sama saja macam kotak oren untuk Marco Johan.




Kasut masih dalam balutan plastik lagi.





Sekali pandang macam Bata badminton master, rupa2nya kasut sekolah Marco Murid. Design low-cut dan condition masih baik lagi. Wujud lagikah kasut sekolah jenama Marco ni ?

Saturday, December 10, 2011

Kasut sekolah Marco untuk Johan

Lagi kasut sekolah old skool yang datang dengan kotaknya sekali. Kali ini dari jenama Marco. Pasti ada di kalangan anda biasa dengan jenama ini malah ada yang pernah memakai kasut jenama Marco di alam persekolahan dulu2.





Kasut kenbes buatan Malaysia. Alamat terakhir Marco Shoe Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Pandamaran, Port Kelang, Selangor. Kotak kasut oren ini juga menarik dan ringkas dengan pelbagai bahasa tempatan dan luar negara dengan mesej yang disampaikan membawa erti ' Marco buatan Malaysia '...




Setelah kasut sekolah ini dikeluarkan dari kotak dan sarung plastiknya, barulah tau yang kasut sekolah ini adalah jenis hi-cut. Sisi tepi dengan jenama yang gah ' Marco Johan' . Saiz kasut ini 31 setengah kecik, saiz budak sekolah rendah.

Friday, December 2, 2011

Sign kasut Pallas

Sign Pallas double sided ukuran saiz 18" x 24".



' Pallas Dijual Di Sini' ... Sign ni anda biasa lihat dan masih boleh jumpa lagi di kedai2 kasut atau kedai2 lama yang menjual kasut sekolah.

Thursday, December 1, 2011

Kad jadual waktu Pallas

Kalau beli kasut sekolah mesti dapat kad jadual waktu macam ni secara percuma. Kadang2 tu rasa macam tak cukup jer kalau tuan kedai tu bagi.



Kad jadual waktu ini menunjukkan design kasut Pallas zap-on. Pasti ada dikalangan anda pernah mengguna kasut sekolah ini ketika dulu..