Monday, July 19, 2010

Si kurus tinggi...

Bak kata cikgu Kamil " si kurus tinggi " mana pulak ni...Aku pun tak boleh nak jawab sebab yg pernah aku jumpa dan dapat pun si gemuk pendek, si gemuk sedang dan si gemuk tinggi...keunikan saiz tin ni membuat aku berminat untuk menyimpannya...




Aku dapat tin ni 2 bulan lepas kat lokain Ipoh..kata si penjual tersebut dia dapat pun dari orang tua berbangsa Cina..menurutnya lagi, askar British yg bawa tin ni ke Malaya masa tu...kalau kenkawan ada info lagi boleh roger2 lah kat aku dan kenkawan semua....

Wednesday, July 14, 2010

Hasil korek atas bumbung ( Part II - last )

Hari ni aku sambung balik cerita ( part 1 ) hari tu.. Demam bola pun dah abis..Mood pun dah pulih skit.. Barang lain yang aku dapat antaranya juga adalah produk dibuat dari satu alamat yg sama bernombor 95, Jalan Yew, Off Jalan Sungei Besi, Kuala Lumpur iaitu..

Tin F&N Sarsi.





Tin F&N Aiskrim Soda.





Tin Sprite Limau-Nipis.





Tin Season Cincau dan Teh Buah kundur 300ml..

Tin ni boleh kata barulah tapi aku saje simpan.. bukan apa tin ni memang takde cop halal lagi masa tu...




Pet bottle Sun Crest 1.25 liter.




Condition pet botol ni memang tak nampak sangat pada plastik labelnya..Tinggal tulisan perisa oren je nampak. Alamat dikeluarkan pun tak jelas tapi aku rasa ini salah satu produk yg di keluar oleh Kickapoo.. betoi tak gitu kenkawan ?? itu saje barang2 yang sudah posting hasil dari dalam bumbung dan atas bumbung.. pasni kat mana pulak tunggulah di lain hari...

Tuesday, July 6, 2010

Hasil korek atas bumbung ( part I )…

tDemam bola Piala Dunia sekarang sudah ke tahap melampau skang.. Lama jugak aku menyawangkan blog aku ni..Seperti yg dijanjikan aku dulu, apabila semua barang yg aku dapat di atas bumbung tempoh hari sudah di cuci, maka aku posting la satu persatu..Antara barang yg aku dapat tin Coca-Cola Fifa Kejohanan Remaja Dunia 1997. Dah ada 2 tin mcm ni dalam koleksi aku dan 2 kali jugak dapat atas bumbung…

Tin Coca-Cola Malaysia sempena IXth Fifa / Coca-Cola World Youth Championship Malaysia' 97 ...




Condition overall baik cuma ada kesan simen kapur yg masih melekat pada tin tersebut..

Tin ZAP Anggur 285ml...

Beberapa bulan yang lepas aku pernah dapat pet botol 1.25 Liter minuman ZAP, kini tin aluminium 325ml perisa anggur pulak..




Satu lagi keluaran SBM Trading era 90-an dulu…

Tin Yoes Winter Melon Tea 300ml

Tin Yeos ni aku tak tau nak buat apa lagi…ada sesuatu aku nak tanya kat orang2 Johor semua kenapa tin ni di keluarkan di alamat Yoes Jalan Tandang, P.Jaya Selangor tapi cop Halal nya dikeluarkan oleh Majlis Agama Johor…Minta jugak kat kenkawan semua yg sudi bagi info tentang cop halal ini…