Showing posts with label Fizzi. Show all posts
Showing posts with label Fizzi. Show all posts

Sunday, October 24, 2010

Botol Fizzi

Botol jenama Fizzi juga sempat aku bawak balik tempoh hari..Ada 2 perisa je dapat iaitu perisa Limau Bali dan Sarasap...




Botol Fizzi ni pun asalnya botol Yeos..Lambang Yeos tersebut telah di tutup dengan kertas label jenama Fizzi. Diperbuat oleh kilang yang sama Yeo Hiap Seng, Jalan Tandang PJ..

Tuesday, June 8, 2010

Buah tangan part VI : Fizzi 1.25 Liter

Pet bottle 1.25 liter Fizzi perisa Pomelo dan Limau Bali juga tak terlepas dalam buah tangan aku tempoh hari.. keluaran Yeo Hiap Seng ( M ) Bhd, Jalan Tandang, P.Jaya.. kenkawan semua pasti ingat lagi jenama ini.. pet bottle ini pasti mengimbau kenangan silam buat kenkawan yg ada nama timangan Fizi.. waktu tu mesti glamourkan...




Diantara dua pet botol ini terdapat bar code pada plastik pet label.. sudah pasti perisa limau bali keluaran terawal sebelum perisa Pomelo.. tahun 1992 majalah jelita pernah terselit iklan minuman berkarbonat Fizzi, itu pun kebetulan aku simpan untuk rujukan aku.. ada seorang rakan bloggers minta info dari aku tahun produk ini diberhentikan pengeluarannya tapi aku sendiri pun tak dapat rujukan. . Kepada kenkawan yg ada info lebih boleh comment pada saya nanti...