Monday, July 6, 2009

Kotak Pensil Magnet 3 Pintu

Masih ingat lagi kotak pensil ada magnet ni??Pasti ramai pernah guna masa sekolah2 dulu..Pensil box magnet ni tak pernah aku pakai pun sbb harganya masa tu mahal..Masa zaman tu semua benda kita nak bukan??.Dalam kelas aku ( darjah 2 masa tu ), yg aku perasan kebanyakan anak2 murid Cina yg majoriti pakai pensil box magnet ni..Mak bapak diaorg masa tu manyak duit..Budak Melayu masa tu termasuk aku meleleh je tengok..Pakai le pensil box plastik Panda ke, yg keras skit tu ke dgn harga tak sampai seringgit..



Setelah 22 tahun, baru le dapat merasa dan memiliki pensil box magnet yg old skool ini..Itu pun dapat kat Memory Lane Ipoh..Harga asal pd pensil box ni masih ada lagi iaitu $9.90 cop pasaraya Super Kinta...Org Ipoh pasti familiar dgn nama Super Kinta..Rasanye dah lebih 6 tahun pasaraya ini berkubor disebab arus pembangunan shopping centre baru seperti Ipoh Parade dll..



Bahagian depan pensil box ni ada 2 penutup ( pintu )..Satu penutup yg besar mengandungi 2 ruang dimana salah satunye adalah bahagian letak pensil ( pencil room ) dan satu lagi ruang tambahan ( extra room )..Tempat selit pensil tu mcm tempat pelancar peluru berpandu je…


Penutup depan yg satu lagi ni kecik skit dan ruangnya adalah untuk simpan pemadam getah ( eraser room )..Ada sticker 3DOORS ditempek kat bahagian dalam depan pensil box..


Yg ni adalah bahagian belakang pensil box magnet..Ruang dalam adalah untuk menyimpan gunting ( scissors room )..Biasa dulu2 kita bawak gunting ke kelas jenis gunting kecik yg boleh lipat, bukan gunting besi yg mak kita potong kain tu..Kat tepi ruang tu ada sticker untuk di tulis nama, sekolah dan kelas manakala bawah penutup depan dan belakang pensil box ni ada clear plastik pocket..Seingat aku la kalau kita beli pensil box magnet baru ni kat clear plastik pocket ni ada diberi pembaris kertas dan kad jadual kelas..


Ruang terakhir dan paling special yg ada pada pencil box magnet ni kalau korang masih ingat adalah tempat asah pensil ( sharpener )..Mudah dan takde nak pikir2 kalau sharpener pensil kena kebas..Kalau ada yg nak kebas jugak, skali pensil box la dia kebas..Haa..haaa..aah..
Kat kedai2 skang masih berlambak pensil box magnet dijual dengan design kartun yg lebih menarik seperti digimon, x-men, batman dan banyak lagi dan yg paling old skool skali pensil box magnet ini lah…Watak kartun yg simple MYLENE dgn anak anjingnye..

1 comment:

Macoto17 said...

When I was a child I dont have change to have this kind of pencil box TwT I wonder where did you find this antique pencil box? mind telling?^^