Monday, July 6, 2009

Playing Cards SNAP


Tentu korang ingat lagi mainan kad SNAP ni kan…Dah berjanggut juga aku nak dapat balik mainan kad SNAP design yg old skool ni…Akhirnya tercapai juga...


Masa aku tunjuk kat mak dan kakak aku di kampong, bukan main lagi diaorg gelak..Bukan apa, sbb tak sangka mainan kad yg hampir dilupai mereka boleh dapat balik..




Design ni sudah berada di pasaran sekitar 1980-an lagi kata kakak aku la sbb masa dia sekolah rendah dah main minatang ni…Harga masa tu 5 kupang je.. ( RM0.50 )..Kini ada
2 jenis lagi mainan kad yg seberadik dgnnye yg aku tak complete lagi iaitu Donkey dan Old Maid…Terkini yg ada pd koleksi aku adalah Happy Family dan SNAP je la..

No comments: