Thursday, December 31, 2009
Tikam-tikam…
Friday, December 25, 2009
6697…..ada yang kena…..??
Ni aku nak cerita skit , benda ni aku terkena 2 tahun lepas kat kedai makan dekat rumah aku…terkena dengan jiran bernama A ni yg taik nombor…tengah lepak2 minum teringatkan jiran A ni tak lepak..Selalunya dia le yg akan punch kad dulu…Tanya kawan2 lepak yg lain kata naik KTM balik kampong…terkejut la aku sebab setahu aku dia org sini je ( Selangor )…aku pun tak ambik le pot pasal A ni…malam tu lepak jap lagi skali boleh pulak mamat A ni ada….aku pun tembak la dia, hang kena tinggal keretapi ke..?? Kawan2 cakap hang balik kampong naik KTM…apalagi…aku pulak kena bom le dgn dia…Masa bila pulak kampung aku bertukar yob..!!! aku pergi kedai Kuda,Toto,Magnum je…( KTM )..cisshhh…abis malam tu terkena aku…………boleh lupa plak aku si mamat A ni dah memang runner beli nombor utk kenkawan skali..
Friday, December 18, 2009
Salam Hijrah 1431....
Jadi hari ni aku posting benda untuk hala tuju kita hari2 selama ini...Takut ada salah tuju pulak...maklum lah ramai kenkawan rumah penuh barang botol, pinggan cawan, signboard, amari lama, duit2 lama bersepah, jam lama bergantung sana sini, atas bawah.....Kang ada yg sembah botol, pinggan atau water colour pulak....di sebabkan ruang tempat solat jadi sempit, ada kepala panda pulak suka2 nak lencong skit arah kiblat....Dengan adanya alat panduan arah kiblat ni, insyaAllah takde le kita sembahyang benda2 yg tak sepatutnya.....
OMNIMAG HOLY QAABA DIRECTION FINDER
Buku kecik ni ada nombor rujukan indeks untuk arah kiblat di mana bandar2 kita berada di setiap negara...Penggunaan juga mudah...Kata lah kita di Kolumpo..Kod indeks dalam buku tu 85, jadi letak benda ni di atas tempat yg rata..Lencongkan benda ni ke kiri @ atau kanan dan pastikan jarum kompas tu pada angka 85..Yg gambar menara masjid tu arah kiblat kita...Mudah saja...
Salam Hijrah semua.....
Saturday, December 12, 2009
Milo tarik.......!!!
Masa aku kecik2 dulu bapak aku sering bawak aku ke kedai runcit beli barang2 dapur nun kat area kampung kelahiran aku tu Gunung Rapat, Ipoh...jadi masa tu aku masih sempat lagi melihat Milo tarik ni...Yang di maksudkan ' milo tarik ' tu yang ini-lah....taraaa....
Dulu, kalau sampai je kedai runcit tu bapak aku mesti letak aku dulu kat atas meja kaunter kedai tu..Dia tau aku mesti tak boleh turun punya sebab meja tu tinggi ( gerenti aku gayat kalau nak turun )...Dia buat mcm tu bukan apa sebab tak nak aku pongah barang2 kedai tu nanti..tak ke mana ler aku masa tu..Jadi aku pun perghabih masa aku dok tengok apek kedai tu duk tarik lepas-tarik lepas Milo tarik ni mcm ni...Merasa le juga aku tengok mcmane kegunaan Milo tarik ni..Ibarat 'cash mesin' le masa tu..Apek tu memang simpan duit kertas dan syiling dalam tin Milo ni..Seingat aku laa ada loceng gak dia letak kat tangkai atas Milo tarik ni sebab berbunyi bila ditarik atau di lepas..
Bahagian depan dan belakang Milo tarik ni sama je design-nya...
Ruang yg terhad dan tak brape jelas ni ada tulis tulisan cina...jadi aku tak tau bunyinya apa..Milo kot...
Barang ni aku dapat balik bukan kat kampung aku...aku pi korek sendiri kat kedai runcit lama yang usia kedai tu hampir mencecah 80 tahun ( kedai papan ) di suatu kampung melayu yg old skool..Apek tu memang tak pakai lagi dan tergantung bersawang begitu saja..Dia kasi 'pree' je kat aku sebab sebelum tu aku dah cerita tujuan sebenar aku nak kumpul salah satu barang old skool mcm ni.. Telima kasih apek..Aku dapat ni pun kira bonus bak kata headmaster Kamil, dah mcm ni rupanya berkarat di dalam tapi condition luar masih 75% cun lagi...tangkai tarik ni pun masih utuh dan kuat lagi...sebelum ni aku ada jumpa yang bentuk tarik dia sama seperti tangkai pemegang atas ini dan ada jenama lain yg pernah aku jumpa antaranya ' Susu Cap Bendera' dan memang owner tu tak lepas barang tersebut..Dia buat tempat letak surat2 je kat kedainya...
Sebelum aku blah dari kedai apek tu sempat gak aku tanya apek tu ini barang mana dapat..? Buat sendiri ke..?? Jawapan-nya bunyi mcm ni " ini balang zaman komunis dulu sudah daa..bapak saya dapat..kedai ni bapak saya jual, saya sambung jual..sikalang balang tak banyak, sulah tua..skit2 jual saja..anak kerja kelang,KL..besar2 anak..baguih kerja tapi saya tak minat duduk sana...banyaak syok sini kampong...sini olang tak sama sana olang.."
Wednesday, December 2, 2009
Horlicks…( food drink )
Botol Horlicks ini walaupun tak cukup sifat ( plastik label Horlicks dah takde.. ) tetapi bila aku terpandang nye pasti aku terkenang kembali botol ini di zaman aku budak2 dulu..Cherita-nya mengesahkan antara mak aku, aku dan adik laki bongsu aku sewaktu membuat kueh raya di bulan poser dulu2..Orang tua dulu2 rajin buat kueh raya sendiri tak mcm zaman sekarang lebih banyak buat kueh tunjuk..Begitulah mak aku kalau dulu dia buat kueh raya, aku dan adik aku jadi assistant-nya..Bukannya takde kakak, ada…Bukan pemalas cuma dia sekolah pagi..Aku sekolah petang..Adik aku masa tu tadika pun tak kenal lagi..Sebelah pagi di bulan poser memang time favourite mak aku buat kueh raya..
Tugasan aku dan adik aku hanyalah menyusun kueh2 raya yg sudah siap ke dalam botol Horlicks ini..Jadi kena le susun cantik2 supaya kueh raya tu tak rapuh, tak pecah..Memang excellent la susunan kueh raya dalam botol tersebut..Mak aku memang tabikkk lah kat aku dgn adik aku sebab setiap kali kueh raya yg di susun, pasti cukup2 satu balang botol ni..Lepas susun penuh2, tepi bibir mulut balang botol tu akan di sapu skit minyak masak utk elak semut merah kecik2 tu masuk ke dalam..Pastu letak tisu atas sekali dan tutup ketat2..Macamana atau skill jadi cukup2 kueh raya disusun dalam balang botol ni korang teka-lah sendiri….
Zaman aku budak2 dulu botol Horlicks ni memang biasalah aku nampak sebab mak aku dulu suka simpan botol2 ni yg kosong untuk simpan kueh raya dan letak gula pasir..Ada yg saiz besar lagi dari ni tapi semuanya dah ter-gheban..satu bijik pun takde dah…ini je yg aku dapat balik..tak tau le pulak kot2 ada yg botol bom, botol guli Horlicks sebelum tu yg pernah keluar sebelum aku lahir..Pada collector otai2, member2 atau kenkawan yg ada lagi rare botol Horlicks ni buatlah special posting pasal history Horlicks ni utk rujukan aku dan kenkawan lain..Signboard Horlicks pun rare juga aku tengok kat tempat korek aku cuma masih tak lepas lagi tuan empunya tu..Papahal botol ni memang berat dan tebal kacanya..
Tapi aku pelik la zaman sekarang ni kebanyakannya aku kurang dengar atau jumpa baik adik,pupu2 atau kenkawan aku hidang atau order air kat kedai mamak air Horlicks satuu….Balik2 dengar teh tarik, teh o beng, Nescafe, Milo O atau tongkat Ali…kenapa yek..??
Monday, November 30, 2009
Beg kertas bateri lama National..
Pada muka depan beg kertas bateri National lama ini mengambarkan betapa kuatnya kuasa bateri National Hi-Top yg warna merah ini berbanding bateri biru National Hyper ibarat sebiji kapal terbang yg besar gedabak ini gagah terbang di udara ( giant power )…
Bahagian belakang beg kertas ini mengatakan Betteri “ Hi-Top” National ia-lah :
- Kuasa-nya lebeh hebat dan tahan lama daripada beteri biasa..
- Tahan di-simpan – walaupun selepas 3 tahun mutu-nya saperti baharu.
- Kesempurnaan menchegah-bochor.
Terdapat 3 jenis saiz yg dikeluarkan pada masa tu iaitu saiz AA, C dan D…
Itulah sedikit sebanyak nostalgia yg dapat rujuk dari beg kertas tentang bateri lama National yg pernah dikeluarkan oleh Matsushita Electric Co. ( M ) Bhd.
Wednesday, November 18, 2009
Tabung syiling 20sen..??
Setelah bertanya pada org2 lama skit kebanyakan jawapannya tak tau dan tak pernah jumpa..Ada seorang rakan sekerja aku ni bekas kerja kilang Matsushita zaman 80-an..Katanya tabung syiling 20 sen. Sebelum di-berhenti kerja, dia kata pernah nampak menatang ni dari seorang rakan di tempat kerja dia..
Aku pun cuba masukkan duit syiling..Hanya duit 50 sen dan $1 je tak boleh masuk.. Tapi kalau duit 20 sen bila bahagian bawah penuh, bahagian ruangan dalam bateri tu akan tersusun kemas apabila semakin penuh duit syiling…apa pun tabung bateri National Hyper ni tetap old skool..Kalau sesaper ada info tepat pada barang ni, boleh le syer maklumat sama2…
Thursday, November 5, 2009
Tin bekas ubat nyamuk
Hasil seni pada tin bekas ubat nyamuk ni memang cantik dan 100% diperbuat dari zink..Kalau nak dapat pun kena rajin pi servey kedai2 lama..Kebanyakan di pasaran diperbuat dpd bekas2 tin biskut ( recycle )...Memang org tua kita banyak pakai tin bekas ubat nyamuk ni dulu..Kampung aku pun masih pakai pesen ni jugak sbb safety dari segi ketinggian dan mempunyai tangkai..Mudah nak angkut dan letak mana2 dan tak mudah terburai...kalau rasa nak bunuh langau, lalat ke minta maaf la...
Friday, October 30, 2009
Gelas Hacks..
Hacks Icerana terak dan dada...Apa tu..??? Kali ni aku boleh pair-kan dengan tinnya sekali…
Thursday, October 22, 2009
Pam spray lama nyamuk,langau dan sekutunya...
Caranya senang je, isi minyak tanah...pastu hala kat mana suka..Tarik dan tolak mcm nak pam tayar basikal...menyembur le minyak tu mcm semburan tin spray Ridsect...zaman aku kecik2 bunuh nyamuk, lalat pakai tangan je...
Pam spray lama yang aku dapat ni model lama jenama Harry Brand..Tin kecik macam panjut tu la tempat isi minyak tanah...Ada macam2 jenama zaman dulu..paling top buatan England...Botol kuning ni pulak antara jenama cecair racun pam spray lama ini..Cap King kong...Rasa2 malas nak beli minyak tanah, pakai le cecair racun ini...
Kepada bro Kamil ( http://akhaba.blogspot.com/ ), berminat ke barang old skool ni..?? hee..eee..ee....
Thursday, October 15, 2009
Ubat gigi Zaitun...
Tujuan saya posting ubat gigi Zaitun ini bukan lah kerana barang ni old skool sgt atau “rare” tapi ia memang susah nak cari kat kedai2 atau pasaraya sekarang..Kata orang kalau barang tu dah tak keluar lagi atau susah nak jumpa, tak lama lagi akan jadi barang old skool le nanti..Macam mana pun layan le dulu gambar2 yg sempat saya posting ini..
Gambar2 di atas merupakan pandangan sisi setiap kotak ubat gigi Zaitun ini…Dengan 2 bahasa digunakan iaitu bahasa Melayu dan omputeh..” Zaitun..Gunakan tanpa was-was “ sudah menggambarkan kekuatan produk ini yg berjaya menarik hati kita untuk membeli...
Gambar di atas merupakan pandangan sisi tepi penutup kotak tersebut..Terang2 menggalak kita membeli barangan keluaran Malaysia..” Cintailah Malaysia”…
Haa..kalau beli dulu ubat gigi ini boleh dapat freegift pemberus gigi…Free giftnya siap sorok dalam kotak ini lagi..tapi masa aku dapat ubat gigi ini dalamnye dah takde berus giginya..
Begini lah rupa model terakhir ubat gigi Zaitun yg saya perolehi sekitar tahun 2005 dulu ( dah tarikh luput )…sehingga kini di merata2 tempat kedai runcit dan pasaraya yg saya pergi, belum lagi saya jumpa jenama ubat gigi ini lagi..Pada anda yg tahu info ubat gigi ini, boleh tinggalkan comment pada saya...