Friday, December 25, 2009

6697…..ada yang kena…..??

Seumur hidup aku tak pernah pun beli nombor ekor kat mana2 kedai nombor serata pelusuk Malaysia ni baik kedai Toto, Magnum, Kuda…Kirim beli nombor kat kawan2 pun jauh sekali tapi kasi ramalan nombor2 tu ada le… saja suka layan kawan2 yang taik nombor tu...!! Entah macamane rekod aku yg tak pernah beli minatang ni boleh pecah tembelang pulak…Kedainya simple dgn lantainya berlapik-kan plastik kanves biru dgn atap bumbung payung burger je nun kat lokain Ipoh ( Memory Lane )…heeee…barang old skool, aku sapu je la untuk rujukan je....

Ni aku nak cerita skit , benda ni aku terkena 2 tahun lepas kat kedai makan dekat rumah aku…terkena dengan jiran bernama A ni yg taik nombor…tengah lepak2 minum teringatkan jiran A ni tak lepak..Selalunya dia le yg akan punch kad dulu…Tanya kawan2 lepak yg lain kata naik KTM balik kampong…terkejut la aku sebab setahu aku dia org sini je ( Selangor )…aku pun tak ambik le pot pasal A ni…malam tu lepak jap lagi skali boleh pulak mamat A ni ada….aku pun tembak la dia, hang kena tinggal keretapi ke..?? Kawan2 cakap hang balik kampong naik KTM…apalagi…aku pulak kena bom le dgn dia…Masa bila pulak kampung aku bertukar yob..!!! aku pergi kedai Kuda,Toto,Magnum je…( KTM )..cisshhh…abis malam tu terkena aku…………boleh lupa plak aku si mamat A ni dah memang runner beli nombor utk kenkawan skali..



Dapat info dari orang2 lama yang masih taik nombor...Zaman dulu kedai nombor takde komputer lagi…Tulis nombor pakai pen je kat buku..Nyonya kaunter je pegang buku tu dan tulis nombor yg kita nak..Bukunya panjang skit..Ada 2 salinan, satu utk kedai pegang dan satu salinan kita bawak balik mcm yg aku dapat ni..Di belakang kertas salinan ni ada petak hitam ( mcm stamp pad )…Dulu paling besar boleh beli had $10 je..Itu tahun kira nilai wang kita besar woo…



Rasa ada yg berminat nak try nombor ni sukati korang le….

5 comments:

kulop ludin said...

haha...
belum kena ngan nombor tu.....
ada lagi ye orang sempan teket kaya nie.....

Fitri Osman said...

simpan tapi tak kaya pun...heee..

blurguyz79 said...

macam tarikh lahir org jer,hehehe

Fitri Osman said...

Mesti hang lahir 6679...haaa...haaaa...

blurguyz79 said...

hehehe,aku 9879...