Akhirnya aku berjaya memiliki sepasang kasut Bata tapak getah hijau Badminton Master yg old skool, masih cun dan meleleh ni…Masih dalam kotak lagi..Saiznye 4…Dulu masa aku darjah 1 – 4, kasut ni le bapak aku belikan untuk aku pakai hari2 ke sekolah..Tak silap aku ada 2 warna untuk tapak getah kasut ni iaitu tapak getah hijau dan merah..Kenbes luar warna putih..Ada kawan aku kata yg tapak getah merah tu mahal skit harganye dpd yg hijau..Harga asal tapak getah hijau ni dulu2 lebih kurang RM6.99 sekitar tahun 1980-an sehinggalah harga terakhir dipasaran menjadi RM18.99 sepasang..Kasut Bata tapak getah merah tu plak kawan aku kata, dulu keluar di pasaran tak berapa lama, tak tau le pasal apa..Mungkin harga mahal atau kurang sambutan...Kasut ni pun dulu2 top buat pakai main sepak takraw terutama yg main posisi killer…
So… korang wusha le gambar2 yg sempat aku snap ni..Selamat menghayati kenangan silam kasut Bata lama ni..
Kalau di lihat memang ada kekuningan skit sebab dah lama tersimpan dalam kotak..Biasa le barang dah old skool..Sekarang kat butik Bata tak silap aku dah kuar balik design ‘Badminton Master’ ni tapi kali ni datang 4 warna iaitu tapak Hijau, Merah, Biru dan Hitam..Kain kanbes luar tu nipis skit berbanding design dulu kainnya keras yg tak mudah koyak..Untuk tapak getah hijau tak banyak beza. Kanbes dalam kasut dia ada corak2 skit, lapisan kanbes luar warna putih..Yg tapak getah warna merah,biru dan hitam kanbes luar dia ikut warna tapak getah kasut..Kalau tapak getah merah, kanbes luar pun merah..So, korang wusha le kat kedai Bata kot ada warna baru lagi ke atau apa yg aku tengok tu salah ke sbb masa aku wusha bulan lepas tu pun kejap je sbb nak compare design old skool dgn yg sekarang beza mcmane..Tengok harga tak silap aku yg tapak getah hijau tu RM29.90 mcm tu..
Kalo korang ada info lebih pasal keluran kasut Bata tapak getah hijau dan merah yg design old skool ni, tolong comment kat saya yek..Sbb ada mber2 kata gak yg trademark Bata kat tumit kasut tu ada tulisan Bata timbul pun ada..So, aku pun masih mencari gak yg design mcm tu dan juga kasut tapak getah merah pulak..Tolooonggg…..collector kasut Bata ada tak ??? Kasi info banyak2 skit…
Ulang Tahun Ke-75 Tenaga Nasional Berhad (TNB), 1949 - 2024
-
Sumber gambar mykoleksi ambil dari FBItem dalam gambar bukan keluaran Bank
Negara Malaysia (BNM), satu lagi duit syiling yang menarik untuk
dikeluarkan jik...
2 weeks ago