Showing posts with label botol susu. Show all posts
Showing posts with label botol susu. Show all posts

Tuesday, February 2, 2010

Botol susu plastik…

Aku tak pernah pun tengok botol susu ni…Aku punya dulu pun tak mcm ni tapi menurut tuan kedai tu botol susu ni hampir berusia 30 tahun…Botol susu plastik ini ada pelbagai warna dan menurut tuan kedai papan ini lagi, dulu masa di jual memang kurang mendapat sambutan..Puncanya orang takut botol ni akan mengeluarkan kimia apabila di tuang air panas ke dalamnya…Jadi orang2 kampung sekalian tak stim nak beli botol susu ni untuk anak2 kecik mereka…




Mula2 aku ingat botol ni botol ubat batuk…Melihat pada badan botol ni complete label isipadu kandungan dalam ‘ Ounces ‘ …


Bahagian belakang botol ni pun ada label isipadu ‘ 0 – 250 ml ‘…

Untuk botol susu ini, putingnya aku tak dapat…Tuan kedai tersebut telah buang kesemua puting2nya sebab getah puting itu berubah warna dan berbau…Menurutnya lagi, puting botol ini akan dipasang terus ke muncung botol susu ini…Tak payah nak pulas ketat2 mcm botol susu sekarang..Kalau kenkawan pernah pakai atau ada lebih info tentang botol susu plastik ni, bolehlah sama2 share info..Sekarang ni aku cari mencari puting ni pulak..Kenkawan ada extra puting botol susu ni bolehlah kotim dengan saya….

Sunday, June 28, 2009

Botol susu gelas kaca


Botol susu gelas kaca Tollyjoy yg old skool ini aku dapat dari collector Sbk Bernam..Menurut cerita seller dan juga collector barang antik ini, botol susu gelas kaca ini banyak diguna di hospital2 pada zaman dulu2 terutama di bilik baby baru lahir..Pada zaman dulu juga botol susu gelas kaca dan berbagai jenama juga popular digunakan terutama orang yang kaya2 le..Masa tu org kampong mana ada duit nak pakai botol mahal mcm ni..



Sukatan isipadu yg dilabel pada botol susu ini adalah unit OZ (1-8) dan CC (0-240)…Tapak bawah botol susu ini juga ada bercorak sisik di tepi bulatan tapaknye..Tertera juga tahun botol susu ini dikeluarkan ialah 81 # 11 maknanye tahun 1981 dan bulan November…Ramai org akan tertanya2 tak pecah ke botol ni kalau anak diaorg baling botol susu ni?? Haa..haa..Jawapan paling mudah, kalo anak diorang baling botol ni umpama nak tuju anjing kemungkinan pecah lah tapi kualiti botol ni memang tahan lasak kerana ketebalan botol kaca ini..Cuma botol susu gelas kaca ni berat skit le berbanding botol susu plastik dipasaran sekarang..Jangka hayat botol ini plak lebih lama, tahan panas dan tidak mengeluarkan bahan kimia seperti sesetengah botol plastik di pasaran terutama bila isi air panas..Jadi boleh pakai bertahun2 kalo dijaga elok2 Cuma tukar puting je la..



Puting botol asal ( original ) yg masih ada pada botol susu gelas kaca ini..Besar gak puting ni..Jenama Doctor Baby..Getah nye tebal skit..Antara puting yg terbaik kerana getah putih ini tidak membebaskan bahan kimia..Lagi satu puting ni ada air inlet mcm ketumbit kat belah dalam tu..Jadi puting tak kempis oleh kedapan udara..

Ada skali saya tanya kat staff yg sudah lama bekerja di hospital kerajaan pasal botol susu gelas kaca ni, staff ni cakap dulu memang banyak hospital guna botol susu gelas kaca kat lab baby..Sekarang tak pasti, rasanye takde dah sbb mungkin kosnye yg tinggi..Yg terbaru saya dapat info dpd kawan2, dulu kat Jusco ada jual botol susu kaca tapi jenama apa tak pasti le tapi saya wusha2 tak pernah pun jumpa..Yg paling antik botol susu kaca yg pernah saya lihat adalah berbentuk seperti pisang..Tak teringat nak snap photo masa tu sbb terpegun melihat botol susu dulu2 zaman moyang kita dulu..Sbb dah antik so paham2 le korang brape harganye…Kalo saya dapat botol susu bentuk mcm pisang tu, saya akan upload nanti…