Tin lama Ovaltine ini dapat di kedai antik di Telok Anson. Condition luaran tin ini tak le berapa cantik sangat. Bagi aku kira boleh laa..
OVALTINE - MINUM-LAH DIA PANAS2 ATAU SEJUK2
' Ovaltine' yang lazat, senang dibuat dengan ayer masak, susu hidup atau susu pekat. Ambil ' Ovaltine' dalam dua cawan sudu kechil atau lebeh, kachau kedalam chawan berisi susu atau ayer panas.
Untok minuman lazat pada chuacha panas, champorkan ayer batu ketul pada ' Ovaltine' yang sudah sedia di buat. Boleh dichampor gula, jika perlu.
' Ovaltine' mengandungi semua zat2 dan perlu untok membena kesehatan, kekuatan tenaga tuan2 dan puan2.
Tin ini memang old skool.. Ada tulisan jawi Ovaltine di bahagian hadapan tin ini. Isi kandungan 60 oz.
Buku Warisan Matawang Johor/Johor Currency Heritage, 1994
-
Johor Currency Heritage, 1994Perkongsian santai petang ni berkenaan buku
"JOHOR CURRENCY HERITAGE", buku setebal 41 mukasurat ini diterbitkan pada
tahun 19...
3 months ago
No comments:
Post a Comment