Saturday, June 26, 2010

Rezeki di site...

Kehangatan bolasepak Piala Dunia semakin rancak apatah lagi salah satu team favourite aku, Italy sudah boleh menjember…aku sekarang pun semakin rancak monitor projek ( upgrading air-conditioner system ) di site aku sbb tempoh siap yg di beri amat kesuntukan masa, kena siap sebelum tarikh opening ceremony 15hb Julai ni..Jadi mood nak mem-blog ni ada terencat skit la..

Dalam keadaan terencat skit ni, terubat juga la hati aku ni…Ketika melilau atas bawah bangunan tersebut boleh pulak rezeki di depan mata walaupun lokasi yg di temui agak gayat…Barang2 ni di temui atas gutter bumbung paras ketinggian 4 tingkat jer..




Aku rasa barang2 ni memang di tinggalkan sewaktu kerja2 memasang bumbung telah selesai sekitar tahun 1996 dulu..Sewaktu melilau dalam ruang bumbung pulak dgn bertemankan torchlight di tangan, rasa hati aku tergerak jugak mesti ada barang2 baik kalau tak terlepas pandang..



Jalan2 dalam ruang bumbung tu terserempak pulak tangki air yg bergelen2..intai2 jugak bawah tangki tersebut..Tiang tapak tangki tersebut memang ada ruang berblok..kena masuk bawah ni…



Barang pertama yg aku temui bawah tangki tersebut adalah tin aluminium F&N Sarsi..Selepas itu jumpa pet botol 1.25 Liter, tin Coca-Cola, tin ZAP dan tin F&N lagi..






Dekat 2 jam jugak aku melilau dalam ruang bumbung tu..Setelah puas hati dan rasanya takde yg terlepas pandang, aku pun turun ke hall bangunan tersebut..Barang2 pun di susun posing dulu sebelum dimandikan beramai-ramai kat umah aku nanti..



Masa nak turun tu sempat jugak aku jumpa kotak rokok kosong Dunhill 7 batang…bila semua dah di mandikan nanti, baru aku post kan satu persatu barang yg aku dapat ni di next posting aku..Tunggu..Selamat menjember dan demam bola..!!!

Friday, June 18, 2010

Dah setahun....

Apa yang dah setahun ni..?? Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya blog aku ni... walaupun intipati siaran aku tak brape menarik tetapi sokongan kenkawan dan followers semua, aku sambung kontrak blog aku ni 1 tahun lagi...bukan bosan, cuma masa tak tentu nak layan blog ni...ada jer benda nak buat sana sini...

Mat sidin yg skang ni kat atas bukit di celah gigi hutan tu pun berkata " nak berniaga di alam maya pun boleh "...haahaaa..betoi2...ahad ni ada ke kat ampcorp?

Baru setahun jagung aku layan blog ni.. Macam2 info dan cerita aku dapat.. Terima kasih kenkawan semua...Punca aku terjebak ke alam blog ni dari seorang student Uitm shah alam yg practical di opis aku setahun yg lalu..dia lah rekemen aku crate satu blog pasal barang2 old skool sbb kebetulan terlihat gambar2 koleksi aku dalam PC aku..dia kata kat blog nanti mesti boleh jumpa kenkawan yg sehobi jugak...

Selepas tak brape lama penyiaran blog aku berkumandang, makhluk pertama dari alam blog yg contact aku supaya membuat satu perjumpaan di alam dan manusia ni ialah Cikgu Kamil..Penolong kanan dia masa tu bro Nazrin ( bigCoke ) ..bro Nazrin lah yg tetapkan lokasi dan masa pertemuan iaitu di kedai mamak Putra Height..macam biasalah suspender tu ada la manatau kena kencing ke...datang2 takde ke...

Akhirnya pertemuan pertama memang menjadi ( tak silap bulan Jun 2009 kira2 pukul 1000 malam )..boleh pulak sessi pertemuan jejak kasih antara aku dan mgt bobber...kebetulan bro nazrin ajak mgtbobber datang skali.. gara2 hp aku rosak 7 tahun yg lalu, aku telah lost contact dgn mgt bobber, cari2 kat kedai seksyen 9 pun dah tutup...termasuk juga lost contact dgn bro Lob,otai Din dan beberapa collector di Shah Alam..

Hari ni, ramai kenkawan dah aku kenali....


Sehingga hari ni jugak, sessi mabuk teh sampai pagi idea cikgu Kamil & bro Nazrin menjadi aktiviti weekly untuk rakan2 blog collector dan yg takde blog pun ada join skali...cuma aku je kerap ponteng..heeheehee...untuk kenkawan lain dari selatan, utara, pantai timur, sabah sarawak yg nak join sessi mabuk teh sampai pagi di alu-alukan untuk mengeratkan lagi persahabatan dan berkongsi2 pengalaman serta info2 yg berdarah.....

Terima kasih semua...!!!

Saturday, June 12, 2010

Kalau dah jodoh tak ke mana...

Kalau dah sampai jodoh tak ke mana...saya mewakili keluarga saya di Ipoh menjemput semua rakan2 bloggers, collector, korektor,seller dan runner2 yg mengenali saya secara dekat dan jauh ke majlis perkahwinan adik lelaki bongsu saya pada besok hari Ahad 13hb Jun 2010 di Ipoh..tak lupa kawan2 semabuk teh...maaf di pinta di atas kesibukan kerja saya ini telah menyebab kelewatan menjemput semua...yang mana turun lokain Ipoh tu datang le nanti...



Jodoh aku juga..sewaktu pulang bercuti ke Ipoh malam Khamis lalu, aku telah membawa sekali kekasih aku duduk dalam kater aku skali setelah 3 kali percubaan pinangan aku di tolak dalam tempoh 6 tahun...kini jodoh aku selama ini telah berada di kampung aku untuk merai sekali majlis perkahwinan adik aku...haaa..haa...nama kekasih aku tu Coca-Cola Ice Cold..tinggi 6 kaki, badan cantik baik lagi..asal dari Teluk Intan, Perak..kerja di pam minyak jer...





Untuk sementara waktu ini, Ice Cold ni akan tinggal di kampung aku dulu buat menemani botol2 lain yang tinggal di sana sejak bertahun2 dulu...

Tuesday, June 8, 2010

Buah tangan part VIII : Pet bottle tak cukup sifat..

Tetap aku simpan.. itu semua rezeki Tuhan yg bagi...



Walaupun botol yg tak bernyawa ini tak cukup sifat, bahan kutukan, bahan jenaka, ditinggalkan di tempat sampah, kedai besi buruk, tepi sungai, dalam semak tetapi nilai dirinya kenkawan mesti tau kan... sama2 lah kita perangi kes buang bayi yang semakin kerap sekarang...!!! selamat menjember kenkawan semua di musim cuti sekolah ini...

Buah tangan part VII : Schweppes 1.25 Liter

Yang terakhir pet bottle 1.25 liter boleh kata cukup sifat yg aku dapat ialah Schweppes perisa Ginger Beer dan Cream Soda..




Satu lagi jenama diperbuat oleh Yeo Hiap Seng ( Malaysia ) Berhad , Jalan Tandang, P.Jaya...


Buah tangan part VI : Fizzi 1.25 Liter

Pet bottle 1.25 liter Fizzi perisa Pomelo dan Limau Bali juga tak terlepas dalam buah tangan aku tempoh hari.. keluaran Yeo Hiap Seng ( M ) Bhd, Jalan Tandang, P.Jaya.. kenkawan semua pasti ingat lagi jenama ini.. pet bottle ini pasti mengimbau kenangan silam buat kenkawan yg ada nama timangan Fizi.. waktu tu mesti glamourkan...




Diantara dua pet botol ini terdapat bar code pada plastik pet label.. sudah pasti perisa limau bali keluaran terawal sebelum perisa Pomelo.. tahun 1992 majalah jelita pernah terselit iklan minuman berkarbonat Fizzi, itu pun kebetulan aku simpan untuk rujukan aku.. ada seorang rakan bloggers minta info dari aku tahun produk ini diberhentikan pengeluarannya tapi aku sendiri pun tak dapat rujukan. . Kepada kenkawan yg ada info lebih boleh comment pada saya nanti...

Monday, June 7, 2010

Buah tangan part V : Mirinda 1.25 Liter

Mirinda pet bottle 1.25 liter perisa Sarsi dan Krim V.. 3 biji yang aku dapat..



Satu dari dua biji pet bottle Mirinda sarsi plastik pet label koyak skit dalam 20% .. Pet botolnya pun ada kemek skit di tempat koyak tersebut..


Penutup botol bukan yg asal untuk kedua2 pet bottle Mirinda sarsi.. masa aku dapat hari tu memang takde.. sajer aku tutup buat syarat..


Kalau di perhati betul2 pet bottle untuk Mirinda sarsi ada perbezaan pada plastik pet label tersebut dan tidak sama.. bezanya ada tulis ' Minuman Berperisa Sarsi Berkarbonat '... juga diperbuat oleh Permanis Sdn Bhd, Bangi Selangor...


Sunday, June 6, 2010

Buah tangan part III : Mountain Dew 1.25 Liter

Dulu zaman aku sekolah menengah kalau lepak kedai Ah Seng TKK tu mesti order air gunung ( mountain dew ler tu ) tapi yang jenis bottle kaca 285ml ler...kat pekan Ipoh kedai ni memang famous ABC nya... itu cerita 15 tahun yg lalu.. mountain dew ni memang tak pernah aku beli pet bottle nya.. bila dah dapat pet bottle ni, jadi terpaksalah aku menjaga sebaiknya...




Kondisi pet botol ini ada kemek skit. Dah letak air penuh dan padat, kemek pun tak nampak... Di perbuat oleh Permanis Sdn Bhd, Bangi Selangor...


Buah tangan part II : Cheer Orange 1.25 Liter

Dulu aku simpan tudung fat bottle 285ml Cheer jer.. nak buat ibu..setelah sekian lama mencari, akhirnya pet bottle Cheer 1.25 Liter perisa Orange yang muncul dulu..2 hari kemudian baru aku dapat fat bottle 285ml perisa Strawberry yg masih ada air lagi..walaupun pet bottle ni ada kemek skit tapi masalah tersebut selesai setelah aku isi penuh2 dan padat dengan air paip.. Maka hilanglah kemek2 tersebut seperti mana yang kenkawan lihat skang.. kemek pet bottle disebabkan tekanan gas karbonat boleh diselamat lagi tapi kemek sbb remuk atau dihimpit kena usaha lebih skit la.. bukan apa plastik labelnya mudah koyak sewaktu mempomen pet bottle tersebut...




Pet bottle 1.25 liter ni diperbuat oleh East Coast Bottling Sdn.Bhd, Kuantan Pahang.. bar code pun dah ada pada plastik label tersebut.. Setahu aku la bar code mula digunakan sejak awal 90-an lagi tapi tidak semua syarikat perniagaan meletak bar code pd produk masing2 lagi..


Thursday, June 3, 2010

Buah tangan Part I : F&N 1.25 Liter

Setelah buah tangan di cuci kesemua sebersihnya, hari ni aku posting dulu 3 biji buah tangan dari keluarga F&N yang aku dapat tempoh hari.. Ramai collector botol F&N di luar sana mesti ada simpan pet bottle 1.25 L jenis tapak bawah hitam ini..


Pandangan hadapan : Perisa Strawberry dan Orange Crush


Pandangan belakang : Perisa Strawberry dan Orange Crush


Penutup botol jenis aluminium


Alamat kilang di Jalan Foss, K.Lumpur

Pada ketiga-tiga pet bottle 1.25 L yang aku dapat ni, alamat dikilangkan utk perisa Strawberry memang tak nampak.. Untuk pet bottle 1.25 L perisa Orange Crush pula, kedua2 botol tersebut terdapat logo Tahun Melawat Malaysia 1990 pada plastik label tersebut.. Jadi pet bottle 1.25 L Orange Crush ini memang generasi tahun 1990.. Yang takde logo pun ada tapi aku tak pasti tahun brape keluar sebab tahun 80-an pet bottle untuk kontur tapak bawah hitam sudah wujud lagi.. Pada kenkawan yang ada info boleh comment untuk saya..begitu juga untuk perisa Strawberry, aku takde info tahun mula perisa tersebut keluar di pasaran...

Tuesday, June 1, 2010

Buah tangan baru masuk rumah...

Buah tangan sudah keluar dari boot kereta aku dan sudah masuk rumah malam tadi...kini giliran untuk mencuci dahulu..ada barang kemek. tiada label, tiada tapak bawah yang aku dapat...


Apabila kesemua pet bottle plastik 1.25 L sudah di cuci, baru ler boleh aku posting seterusnya...Tunggu posting seterusnya...