Thursday, March 29, 2012

Sabun New & Trendy

Yang mana satu anda pernah pakai ?





Apa-apa pun badan tetap bau wangi..

Monday, March 19, 2012

Safi bukan Safie Sali

Berapa lama anda mandi di dalam bilik air ? Bergantung pada jenama sabun atau mandi tak pakai sabun ?





Ada di kalangan anda sentiasa setia guna jenama Safi.


Saturday, March 17, 2012

Gunakan tanpa was-was

Bangun pagi bila mandi jangan lupa gosok badan dengan sabun yang tanpa was-was, suci dan bermutu.






P/s : Sabun di bilik mandi.

Thursday, January 26, 2012

Jom turun....!

Jom kita semua turun ke Puchong pada hari Sabtu ni menyaksikan ....




Tarikh : 28hb Januari 2012 ( Sabtu )

Masa : 3.00 PM - 7.00 PM

Tempat : Ipoh Station Antique Cafe, Bandar Puchong Utama ( berhadapan LDP highway )




Acara-acara menarik seperti pameran botol2 soda vintage, poster dan gambar2, tayangan video, jualan car boot sale dan berbagai lagi menanti para pengunjung yang hadir. Kita turun ramai2 ke sana nanti kerana ia terbuka kepada semua pengunjung dan collector2. Sama2 kita memberi sokongan kepada rakan2 kita dan mengeratkan lagi silaturrahim untuk event kali ke -2 ini. Jangan lupa ke car boot saya nanti... hehehe..

Sedikit info tambahan dari blog Hobi En Mat :-

Sesiapa yang ingin join Hi Tea ( ada makanan dan minuman ) bayaran dikenakan adalah RM 15.00 seorang dan bayaran akan dikutip semasa event nanti

....dan sekiranya tuan ingin hadir sebagai menyokong Botologi event dan tak mau join hi tea pun tidak apa, tidak akan dikenakan sebarang bayaran.

....dan sekiranya nak order makan secara ala carte pun boleh, order terus dari restoran... tapi sendiri bayar .

...dan sesiapa yang ingin join car boot sale, tidak dikenakan sebarang bayaran, tapak berdasarkan first come first serve basis, Buka Bonet Jual Barang...FREE OF CHARGE.

...dan sesiapa yang nak beli barang , dinasihatkan membawa duit kecil banyak-banyak. Lebih dari 10 peniaga di jangka akan membuka car boot sale

...dan sesiapa yang ingin order t shirt boleh berhubung dgn bro megat http://mgtbobber.blogspot.com/

Tuesday, January 24, 2012

Nak tulis apa ... ?

Rasa dah lama tak update blog. Banyak hal sana sini. Tak tau nak tulis apa, nak start posting barang apa pun tak tau. Ketika ini hanya aku nak wish kepada semua tetamu blog aku yang sudi jengah2 tu


Selamat Tahun Baru 2012... dah basi baru nak wish. hehehe...


Gong Xi Fa Cai.. Selamat Tahun Baru Cina ...



" 120 Years Fraser & Neave " trusted for generations ...

P/S : Tak sabar nak datang event Botologi Malaya 28hb Januari ni di Ipoh Station Cafe, Puchong. Dengar cerita pelbagai barang akan keluar dari bonet ( car boot sale ) dan yang dasatnya video tayangan korek botol dalam tanah ada lagi..fuhhhh !!!


Friday, December 30, 2011

Beg hijau Diamond

Cuti sekolah pun dah nak penghujungnya. Kalau pergi pasaraya2 besar, tempat jual barang sekolah pasti sesak dgn ibubapa sibuk membeli barang persekolahan untuk anak2 mereka.Kalau di pekan Ipoh masa aku kecil dulu, tempat2 seperti bawah kedai Emporium Perak dan kedai pasar bulat-lah tempat tuju orang tua aku dulu membeli beg dan kasut sekolah untuk aku. Bila terjumpa balik beg sekolah hijau cap Diamond ni, terkenang aku masa tingkatan 1 sekitar tahun 1990/91 dulu.





Beg jenis ni pernah menjadi kegilaan abang aku masa tu. Zaman rockers ! Siap pasang tali sandang guitar pada beg ni. Depan beg ni siap conteng lagi la.. Di tetas2 tali benang beg ni jadi terburai supaya nampak beg ni mat rockers yang punya ..



Zaman persekolahan dulu, beg macam ni boleh lagi bawa buku ke sekolah. Sekarang rasanya tak sampai sekolah dah jahanam beg ni. hehehe...

Sunday, December 18, 2011

Beg sekolah coklat ' button pulas '

Hari ni saya cerita sikit pasal beg sekolah pulak. Dulu pernah saya posting beg ' button pulas ' warna hijau, kali ini warna coklat. Zaman persekolahan saya ketika sekolah rendah dulu, beg2 macam ni ramai kawan sekelas saya yang pakai. Mungkin anda pun turut pernah pakai?




Tempat letak nama dan kelas juga terdapat pada beg coklat ini cuma bezanya tiada poket kecil di hadapan beg ini seperti beg hijau ' button pulas '. Tali beg ini juga boleh diubah untuk di sandang pada bahu atau belakang badan.



Beg zaman dulu memang kain yang tebal dan jahitan yang kuat. Cukup beza dengan beg sekolah sekarang yang cepat rosak, tali sandang putus dan macam lagi.

Monday, December 12, 2011

Kasut sekolah Marco untuk murid

Lagi kasut sekolah Marco, kali ini di datangi kotak hijau. Mungkin ada yang pernah pakai ? Design pada kotak sama saja macam kotak oren untuk Marco Johan.




Kasut masih dalam balutan plastik lagi.





Sekali pandang macam Bata badminton master, rupa2nya kasut sekolah Marco Murid. Design low-cut dan condition masih baik lagi. Wujud lagikah kasut sekolah jenama Marco ni ?

Saturday, December 10, 2011

Kasut sekolah Marco untuk Johan

Lagi kasut sekolah old skool yang datang dengan kotaknya sekali. Kali ini dari jenama Marco. Pasti ada di kalangan anda biasa dengan jenama ini malah ada yang pernah memakai kasut jenama Marco di alam persekolahan dulu2.





Kasut kenbes buatan Malaysia. Alamat terakhir Marco Shoe Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Pandamaran, Port Kelang, Selangor. Kotak kasut oren ini juga menarik dan ringkas dengan pelbagai bahasa tempatan dan luar negara dengan mesej yang disampaikan membawa erti ' Marco buatan Malaysia '...




Setelah kasut sekolah ini dikeluarkan dari kotak dan sarung plastiknya, barulah tau yang kasut sekolah ini adalah jenis hi-cut. Sisi tepi dengan jenama yang gah ' Marco Johan' . Saiz kasut ini 31 setengah kecik, saiz budak sekolah rendah.

Friday, December 2, 2011

Sign kasut Pallas

Sign Pallas double sided ukuran saiz 18" x 24".



' Pallas Dijual Di Sini' ... Sign ni anda biasa lihat dan masih boleh jumpa lagi di kedai2 kasut atau kedai2 lama yang menjual kasut sekolah.