Showing posts with label Marco. Show all posts
Showing posts with label Marco. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Kasut sekolah Marco untuk murid

Lagi kasut sekolah Marco, kali ini di datangi kotak hijau. Mungkin ada yang pernah pakai ? Design pada kotak sama saja macam kotak oren untuk Marco Johan.




Kasut masih dalam balutan plastik lagi.





Sekali pandang macam Bata badminton master, rupa2nya kasut sekolah Marco Murid. Design low-cut dan condition masih baik lagi. Wujud lagikah kasut sekolah jenama Marco ni ?

Saturday, December 10, 2011

Kasut sekolah Marco untuk Johan

Lagi kasut sekolah old skool yang datang dengan kotaknya sekali. Kali ini dari jenama Marco. Pasti ada di kalangan anda biasa dengan jenama ini malah ada yang pernah memakai kasut jenama Marco di alam persekolahan dulu2.





Kasut kenbes buatan Malaysia. Alamat terakhir Marco Shoe Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Pandamaran, Port Kelang, Selangor. Kotak kasut oren ini juga menarik dan ringkas dengan pelbagai bahasa tempatan dan luar negara dengan mesej yang disampaikan membawa erti ' Marco buatan Malaysia '...




Setelah kasut sekolah ini dikeluarkan dari kotak dan sarung plastiknya, barulah tau yang kasut sekolah ini adalah jenis hi-cut. Sisi tepi dengan jenama yang gah ' Marco Johan' . Saiz kasut ini 31 setengah kecik, saiz budak sekolah rendah.