Showing posts with label Yeos. Show all posts
Showing posts with label Yeos. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Tin Yeos 300ml

Tin Yeo's minuman kacang soya jenis " Steel can " 300ml. Telah dijumpai baru2 ini ketika sedang ' pulling ' kabel CCTV di bawah papan lantai Bilik Kawalan xxxxxx ( gambar lokasi tidak dipaparkan atas keselamatan - sini byk wang hehehe.. )




Melihat rupa keadaan tin ini agak malang dan tidak cemerlang. Karat yang tak mungkin hilang lagi.



Mengikut usia lokasi tersebut sudah mula beroperasi sejak tahun 1995. Tin ini juga terdapat bar code dan kondisi 'steel can'. Aku tak tau berapa lama usia sebenar tin ini...?

Tuesday, July 6, 2010

Hasil korek atas bumbung ( part I )…

tDemam bola Piala Dunia sekarang sudah ke tahap melampau skang.. Lama jugak aku menyawangkan blog aku ni..Seperti yg dijanjikan aku dulu, apabila semua barang yg aku dapat di atas bumbung tempoh hari sudah di cuci, maka aku posting la satu persatu..Antara barang yg aku dapat tin Coca-Cola Fifa Kejohanan Remaja Dunia 1997. Dah ada 2 tin mcm ni dalam koleksi aku dan 2 kali jugak dapat atas bumbung…

Tin Coca-Cola Malaysia sempena IXth Fifa / Coca-Cola World Youth Championship Malaysia' 97 ...




Condition overall baik cuma ada kesan simen kapur yg masih melekat pada tin tersebut..

Tin ZAP Anggur 285ml...

Beberapa bulan yang lepas aku pernah dapat pet botol 1.25 Liter minuman ZAP, kini tin aluminium 325ml perisa anggur pulak..




Satu lagi keluaran SBM Trading era 90-an dulu…

Tin Yoes Winter Melon Tea 300ml

Tin Yeos ni aku tak tau nak buat apa lagi…ada sesuatu aku nak tanya kat orang2 Johor semua kenapa tin ni di keluarkan di alamat Yoes Jalan Tandang, P.Jaya Selangor tapi cop Halal nya dikeluarkan oleh Majlis Agama Johor…Minta jugak kat kenkawan semua yg sudi bagi info tentang cop halal ini…