Wednesday, March 31, 2010

Korek barang …

Rasa tak puas cuti 5 hari baru2 ni sampaikan tak sempat nak posting apa2 dalam blog…Cikgu Kamil pun dah brape kali call tanya apa citer sonyappp je…Sorry cikgu banyak keje dan tak sempat nak mabuk teh sama2, pastu dah balik kampong lagi…Dah lama nak korek tempat ni tapi last2 ubah haluan ke tempat lain..Akhirnya tercapai juga hasrat nak korek kat tempat ni….

Kebetulan hari tu adik ipar aku memang free…Lokasi pun tak jauh dari rumah bpk mertua aku…kami berdua sama2 bawa cangkul dan parang panjang masuk ke tempat ini…Tempat ni sebenarnya tapak rumah papan lama milik seorang tauke cina..Sejak dah mati berpuluh tahun dulu sampai skang warisnya tak pernah jenguk2 umah ni…Dari mula rumah papan ni cantik, seterusnya jadi homestay mat gian dan akhirnya tinggal tiang2 je..Papan2 rumah ni habis kena rembat orang kampung buat repair rumah dan sampan..

Di tapak belakang rumah ni jugak ada stor. Bapak mertua aku cakap banyak2 botol dalam tu..Stor tu dah runtuh dan ditutupi kayu2 reput,semak dan daun2 pokok…Kalau nak cari tapak stor tu kena tebas dan clear semua tu..Masa tu pun kami slow2 cuba jejaki stor tu, tebas sana sini akhirnya terjumpa sebuah kotak kayu Apalagi…Selongkar apa yg ada…Anak ular hijau , anai2 dan cengkerik pun ada dalam tu..memandangkan risiko keselamtan, kesempatan aku nak tangkap seberapa gambar agak terhad…Ni je yang sempat aku snap dari handphone aku…



Satu2 barang adik ipar aku bawak keluar..Ada botol horlicks, Planta, ajinomoto, botol todi lama..pastu keluar pulak sebiji botol Sprite fat bottle…


Bila dah nampak tanah, korek2 la skit2 tanah tu pakai cangkul..keletup!!!! ada la tu…korek punya korek ada bongkah kayu dan botol todi lagi dalam tu…memang ada kotak kayu lagi bawah tu…ni botol2 yg sempat di tarik keluar di bawah celahan kayu tersebut sebab aku rasa dah tak senang hati…..adik ipar aku cakap takut ada ullll lain pulak datang balik….ni le yang dapat...


Ada botol Coke 500ml, sarsi fat bottle, framroz, fanta jawi dan botol Ridsect….Lepas tu kami beredar dari situ….pasni aku akan datang lagi korek di sini selagi tapak stor tu tak jumpa lagi…Mesti ada yang best lagi kot .. ??


Saturday, March 20, 2010

Gubahan bunga

Sekitar tahun 90-an dulu, gubahan bunga yang diletak di dalam bekas botol plastik bontot hitam ( kontur tapak hitam ) cukup popular di kalangan kakak2 dan makcik2 kita dulu…Memang kepala otak geliga…Saya rasa tentu antara otai2 bloggers masih menyimpan bekas botol plastik air berkarbonat yg berisi bunga2 hasil kreatif korang…




Ingat lagi aku masa di bangku sekolah rendah dulu, kakak aku kalau balik kenduri kawin mesti bunga telor dia collect dulu. Nak buat dekorasi bunga dan simpan dalam bekas botol plastik ini..Masa tu botol2 plastik mcm ni senang nak cari..kalau aku pulak buat simpan umpan spt cacing dan anak katak…Biasanya botol2 plastik ini bila dapat akan di kerat separuh..Plastik label air berkarbonat tersebut akan di jadi sampah masyarakat termasuk le penutupnya…


Setelah hampir 20 tahun sudah berlalu, aku percaya baik sesaper pun tidak akan mencuba untuk membuat gubahan bunga dan di simpan di dalam bekas botol plastik air berkarbonat kontur tapak hitam seperti ini lagi walaupun ada 10 dozen kotak berisi botol plastik ini..Bukan tepuk dada tanya selera…Tepuk dahi, tangan simpan dalam poket…


Saturday, March 13, 2010

Bedak bayi

Ni antara tong bedak bayi lama dalam simpanan aku. Dapat dari kedai lama. Aku rasa korang yg lebih otai dari aku mesti pernah guna waktu korang kecik ( baby2 ) dulu..Kena tanya balik org tua dulu lah sekiranya masih ada lagi...Tahun keluran dan populariti bedak bayi ni aku tidak pasti cuma tuan kedai lama tu kata ini barang sudah dekat 50 tahun...





Kandungan bedak dalam tong ni masih harum lagi dan belum pernah digunakan lagi..Ejen syarikat yang menjual bedak bayi lama ni ialah Tan Bros. Trading Co. ( Malaya )


Friday, March 5, 2010

Flusk

Kalau pegi dapur tak susah kalau tak jumpa bekas simpan air panas mcm ni...nak pendek cerita banyak2 flusk air yg aku jumpa kebanyakan buatan dari China cuma yang ni ada kelainan skit sebab buatan dari Malaya..




Jenama Freezinhot dan logo produk tak brape jelas....Dapat dari rumah nenek bini aku yang asalnya dah packing dgn barang2 lapok yg nak di humban ke tebing sungai Perak..




Pada bawah tapak flusk ni ada tertulis Freezinhot Bottle Co. ( Malaya ) Ltd.. berapa dah usianya..???