Wednesday, March 31, 2010

Korek barang …

Rasa tak puas cuti 5 hari baru2 ni sampaikan tak sempat nak posting apa2 dalam blog…Cikgu Kamil pun dah brape kali call tanya apa citer sonyappp je…Sorry cikgu banyak keje dan tak sempat nak mabuk teh sama2, pastu dah balik kampong lagi…Dah lama nak korek tempat ni tapi last2 ubah haluan ke tempat lain..Akhirnya tercapai juga hasrat nak korek kat tempat ni….

Kebetulan hari tu adik ipar aku memang free…Lokasi pun tak jauh dari rumah bpk mertua aku…kami berdua sama2 bawa cangkul dan parang panjang masuk ke tempat ini…Tempat ni sebenarnya tapak rumah papan lama milik seorang tauke cina..Sejak dah mati berpuluh tahun dulu sampai skang warisnya tak pernah jenguk2 umah ni…Dari mula rumah papan ni cantik, seterusnya jadi homestay mat gian dan akhirnya tinggal tiang2 je..Papan2 rumah ni habis kena rembat orang kampung buat repair rumah dan sampan..

Di tapak belakang rumah ni jugak ada stor. Bapak mertua aku cakap banyak2 botol dalam tu..Stor tu dah runtuh dan ditutupi kayu2 reput,semak dan daun2 pokok…Kalau nak cari tapak stor tu kena tebas dan clear semua tu..Masa tu pun kami slow2 cuba jejaki stor tu, tebas sana sini akhirnya terjumpa sebuah kotak kayu Apalagi…Selongkar apa yg ada…Anak ular hijau , anai2 dan cengkerik pun ada dalam tu..memandangkan risiko keselamtan, kesempatan aku nak tangkap seberapa gambar agak terhad…Ni je yang sempat aku snap dari handphone aku…



Satu2 barang adik ipar aku bawak keluar..Ada botol horlicks, Planta, ajinomoto, botol todi lama..pastu keluar pulak sebiji botol Sprite fat bottle…


Bila dah nampak tanah, korek2 la skit2 tanah tu pakai cangkul..keletup!!!! ada la tu…korek punya korek ada bongkah kayu dan botol todi lagi dalam tu…memang ada kotak kayu lagi bawah tu…ni botol2 yg sempat di tarik keluar di bawah celahan kayu tersebut sebab aku rasa dah tak senang hati…..adik ipar aku cakap takut ada ullll lain pulak datang balik….ni le yang dapat...


Ada botol Coke 500ml, sarsi fat bottle, framroz, fanta jawi dan botol Ridsect….Lepas tu kami beredar dari situ….pasni aku akan datang lagi korek di sini selagi tapak stor tu tak jumpa lagi…Mesti ada yang best lagi kot .. ??


7 comments:

frightrice said...

bro, kalau korek dlm sekaki dalam tanah mesti ada jumpa brg best lagi, pelan2.

Fitri Osman said...

ye bro..itu hari tarik botol pun baru 1/2 kaki dalam...itu pun duduk bawah kayu kotak yg sebelah dalam..ular dah port tu sebelum tu, jadi tak berani lama2.. akan datang memang nak tarik kuar kotak tu dan baru korek dalam2 lagi...
port tu memang banyak ular..tak berani lama2...nak masuk situ pun semak had pinggang bro...

frightrice said...

Betul tu bro, safety first. Kalau kena patuk ular memang naya, satu hal la pulak. Tempat banyak kayu/papan berkumpul (woodpiles) memang ada ular.
Kdg2 bila kita seronok sgt, kita lupa benda2 ni semua. Take care bro.

jakionline said...

hati2, baca bismilah lebih sikit .. bimbang ada perewang yg ikut balik

Fitri Osman said...

otai Jakionline...betoi bro...masuk tu memang ada baca dulu...

iaryylr said...

Wah syoknya pencarian begini, memang menarik ! teruskan pencarian !

Fitri Osman said...

bro iaryylr...akan terus pencarian..terima kasih semua kenkawan yg memberi sokongan