Thursday, August 13, 2009

Air RAP

Siapa pernah minum air jenama RAP ini..?? Pasti korang pernah minum kan tapi aku tak pernah minum masalahnye..padahal nak kata antik tak le tapi pernah keluar di pasaran semasa zaman kumpulan rap Malaysia mula2 meletup dula-dula seperti kumpulan 4U2C, Feminin,Nico dan lain2 lagi..Masa tu aku tak berapa syok nak layan rap-rap ni..Jadi nak ringkas cerita mcmane botol ni aku dapat, waktu aku singgah umah akak ipar aku kat Klang, dia duk sibuk kemas2 bilik yg dijadikan tempat stor barang2..kira nak buang le mana yg tak nak..boleh pulak terpacul botol ini..Apa lagi, aku chuup la botol ni…heee..eee..eee…




Botol plastik ni pembalut jenamanya ada 2 bahagian yg sama design cuma bahagian belakangnye koyak skit..Kandungan air utk botol ini 1.25 L..Ada pelbagai perisa..Seingat aku ada Oren dan Anggur..Yang aku dapat ni hanya botol perisa Sarsi..


Ada pulak gambar kartun mat rap 4U2C..wajah AC Mizal kot..?? heee..heee…


Alamat terakhir produk ini SBM Trading Sdn Bhd..Jalan Paku Seksyen 16, Shah Alam..Skang rasanye dah runtuh bangunan tersebut..dah naik apartment kalau tak silap..Tak tau le kenapa produk ini dah takde di pasaran lagi…kalau korang ada lebih info pasal nostalgia air jenama RAP ni, komen kat saya nanti yek..

No comments: