Showing posts with label View-master. Show all posts
Showing posts with label View-master. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

Dah mula dahhh......

Apa yang dah mula dahhh ...?? Ermm.. maksud aku di sini sebenarnya adalah orang dah mula dah berangkat-rangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji tak lama lagi. Tengahari tadi aku sempat membawa ayahanda aku untuk membaca kan sedikit doa selamat untuk satu pihak keluarga yang akan berangkat ke tanah suci beberapa hari je lagi.

Bila dengar orang pergi atau balik haji, mula lah teringat lagi kenangan masa kecik2 sekitar tahun 80-an dulu barang2 seperti jubah, kopiah haji, tasbih, minum air zam-zam pasti dapat dari orang yang balik haji. Tambah best lagi dapat view-master ni. Berebut-rebut nak teropong yer..

Yang ni adalah 3D View-Master model J. Tahun lepas aku pernah posting dalam blog ini untuk model L.

3D View-Master model J




Condition view-master ini 95% baik sekali. Memang kena layan beb !! Abis dah keluar balik dari almari, kenalah layan dulu reel - reel yang aku ada. Pastu dah nak kena simpan balik.. hehehe....
Model ini berada dipasaran sekitar tahun 1975 sehingga 1994 dan dikilangkan di negara Belgium sahaja. Kat sana model ni digelar European Model 10.


Sunday, November 21, 2010

View-master

Aku ingat lagi 25 tahun yang lalu sewaktu musim haji, pakcik aku belikan teropong ajaib atau di kenali ' View-master ' untuk abang aku sewaktu pulang ke tanah air selepas menunaikan haji.. Masa tu aku standard 1. Aku mengelopong jer sebab tak dapat. Orang kata buah tangan utk anak2 sedara atau cucu2.. Pendek cerita masa tu confirm memang berebut la dengan aku. Tak sampai lama pun benda tu memang jahanam.. !! Aku pasti kenkawan pun pernah merasa suasana mcm ni yang lalu.. Yang tinggal hingga hari ni hanya reel gambar2 di Mekah 3 keping dan beberapa reel yg lain.




View-master ni merupakan model L dan tahun ia dikeluarkan adalah sejak dari 1977 dan tahun 2000 masih dikeluarkan lagi. Aku ingat lagi view-master yg dulu itu banyak beza dgn yg aku ada ini pada tulisan GAF bukan 3D, lebih kotak 4 segi bentuknya dan tempat tarik reel yg rata.. Sudah mencari yg dulu tu ( model J ) dan sedang berkira-kira.. Yang ni aku dapat di lokain Ipoh masa kat tepi sungai dulu.. pernah dapat sebijik lagi di memory lane Ipoh tapi buat untuk anak aku dan bapaknya skali main..






Bila lihat gambar Kaabah, Hajarul-aswad pasti terkenang sewaktu aku pertama kali main view-master yg dulu tu.. memang old skool..



Untuk reel yg ada kartun paling anak aku minat skali.. lebih2 lagi melihat gambar itu 3D..




The LONE RANGER , Daktari & Lassiee



Dracula, Batman & Captain America



Space : 1999 & MT. Vernon Virginia



Birds of the World & Harlem Globetrotters

Kebanyakan reel yang aku ada masih baik, complete set cuma cover reel takde.. Untuk nak dapat info lebih pasal view-master ni boleh rujuk banyak di website pasal view-master ni. Antara rujukan aku http://www.viewmaster.co.uk/