Sunday, October 2, 2011

Dah mula dahhh......

Apa yang dah mula dahhh ...?? Ermm.. maksud aku di sini sebenarnya adalah orang dah mula dah berangkat-rangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan haji tak lama lagi. Tengahari tadi aku sempat membawa ayahanda aku untuk membaca kan sedikit doa selamat untuk satu pihak keluarga yang akan berangkat ke tanah suci beberapa hari je lagi.

Bila dengar orang pergi atau balik haji, mula lah teringat lagi kenangan masa kecik2 sekitar tahun 80-an dulu barang2 seperti jubah, kopiah haji, tasbih, minum air zam-zam pasti dapat dari orang yang balik haji. Tambah best lagi dapat view-master ni. Berebut-rebut nak teropong yer..

Yang ni adalah 3D View-Master model J. Tahun lepas aku pernah posting dalam blog ini untuk model L.

3D View-Master model J




Condition view-master ini 95% baik sekali. Memang kena layan beb !! Abis dah keluar balik dari almari, kenalah layan dulu reel - reel yang aku ada. Pastu dah nak kena simpan balik.. hehehe....
Model ini berada dipasaran sekitar tahun 1975 sehingga 1994 dan dikilangkan di negara Belgium sahaja. Kat sana model ni digelar European Model 10.


4 comments:

adibdaddy said...

pernah guna benda ini masa arwah tok ada lagi. hehehehe

iaryylr said...

Bro! pinjam teropong... nak teropong pendekar bujang lapuk daaa!

Mohd "Yob" Aidil Jamaludin said...

As-Salam.

Tq kerane sudi add link blog teman di sini. Insyaallah teman akan add link blog mike ke blog teman juge.

Salam perkenalan daghi pengumpoi kesenih2 lame, peghodi berpermit stor bughok seghate pelosok tanahayor heheheh

Fitri Osman said...

adibdaddy,
Mesti best kan tapi ayah kau memang hebat ! Tq singgah blog aku.

iaryylr,
Ye ke nak teropong pendekar bujang lapuk? atau nak teropong lain.. hehehe

mohd Yob aidil,
Sama2..Teman pun suka tengok blog mike juga..