Sunday, November 21, 2010

View-master

Aku ingat lagi 25 tahun yang lalu sewaktu musim haji, pakcik aku belikan teropong ajaib atau di kenali ' View-master ' untuk abang aku sewaktu pulang ke tanah air selepas menunaikan haji.. Masa tu aku standard 1. Aku mengelopong jer sebab tak dapat. Orang kata buah tangan utk anak2 sedara atau cucu2.. Pendek cerita masa tu confirm memang berebut la dengan aku. Tak sampai lama pun benda tu memang jahanam.. !! Aku pasti kenkawan pun pernah merasa suasana mcm ni yang lalu.. Yang tinggal hingga hari ni hanya reel gambar2 di Mekah 3 keping dan beberapa reel yg lain.




View-master ni merupakan model L dan tahun ia dikeluarkan adalah sejak dari 1977 dan tahun 2000 masih dikeluarkan lagi. Aku ingat lagi view-master yg dulu itu banyak beza dgn yg aku ada ini pada tulisan GAF bukan 3D, lebih kotak 4 segi bentuknya dan tempat tarik reel yg rata.. Sudah mencari yg dulu tu ( model J ) dan sedang berkira-kira.. Yang ni aku dapat di lokain Ipoh masa kat tepi sungai dulu.. pernah dapat sebijik lagi di memory lane Ipoh tapi buat untuk anak aku dan bapaknya skali main..






Bila lihat gambar Kaabah, Hajarul-aswad pasti terkenang sewaktu aku pertama kali main view-master yg dulu tu.. memang old skool..



Untuk reel yg ada kartun paling anak aku minat skali.. lebih2 lagi melihat gambar itu 3D..




The LONE RANGER , Daktari & Lassiee



Dracula, Batman & Captain America



Space : 1999 & MT. Vernon Virginia



Birds of the World & Harlem Globetrotters

Kebanyakan reel yang aku ada masih baik, complete set cuma cover reel takde.. Untuk nak dapat info lebih pasal view-master ni boleh rujuk banyak di website pasal view-master ni. Antara rujukan aku http://www.viewmaster.co.uk/

11 comments:

Blues Riders said...

tahun 1973 nenek pergi haji ada bw balik utuk anak2 cucu. BR pun ada, masa tu gambar2 mekah dgn snow white. view master warna kelabu..

Spallan said...

The Lone Ranger, Harlem Globetrotters, Daktari, Space:1999....aduuuhh, memang best ni bro. Kalau dulu, inilah satu-satunya gadget yang boleh tengok gambaq dengan efek 3D yang "real", memang menakjubkan masa tu!!! Hehehe, ter-feeling kejap. Macamana pun, syabas bro, collection yang pawwarrr...

rimanilzah said...

mmg best kumpul benda ni.

Liquid said...

hee dulu nenek saya pon penah belikan dari mekah. teringat kenangan tu hee

Cat4U said...

Ben 10 watch pun dah guna konsep ni balik..beli kat KLIA utk anak..

Fitri Osman said...

Blues Riders,
Memang best benda tu masih simpan lagi..

Spallan,
Tak pawwaarrr...memang feeling benda2 mcm ni. Apatah lagi masanya sudah tiba...heeheehee..

bro Rimanilzah,
lama tak dengar cerita2 menarik dari bro...rindu gak cerita dari pasar karat...

Liquid dan cat4u..,
yaa..pakcik saya dulu belikan..masa tu atuk,nenek saya dan pakcik yg pergi haji..kedua2 org tua saya belum cukup wang kosnya lagi masa tu utk pergi haji...Tq for visit my blog...

nikths said...

nenek saya pernah beli benda ni,gambar2 mekah je bawa balik.View master warna kelabu mcm yang diceritakan.Syok sungguh masa tu,sebab adik-beradik ramai kita orang gilir2 tengok

Fitri Osman said...

nikth..

masih simpan lagi ??

kulop ludin said...

terasa retro tul....
hehe.. teringat taim tu...

nikths said...

dah tak ada bro...dah rosak atau hilang,biasalah masa tu budak2 dah berebut2 nak tgk bila rosak pastu buang tidak pun bila dah ada mainan baru yg tu tak dipedulikan lagi,lama2 hing gitu je.

Fitri Osman said...

K.ludin...

heheehee....