Tuesday, November 16, 2010

Balang coklat Nestle's

Satu barang lagi yang tak di sangka aku dapat ialah balang kaca coklat Nestle's. Dua kali aku pergi ke tempat yg sama sebelum ni memang aku tak perasan. Mana tidaknya keseluruhan balang ini berdebu tanah coklat memandangkan kedai papan ini pernah di tenggelami banjir lumpur beberapa kali sejak 30 tahun yg lalu..

Balang ini juga tersorok di belakang rak kedai dan lantai rak tersebut lebih kurang sama je warna dgn balang ini. Masa dapat tu aku hanya membersihkan skit guna suratkhabar jer. Cuba dapatkan penutup balang kaca ini tapi malangnya tuan kedai kata sudah buang sebab dah rosak. Itu barang kalau mau ambik balik cuci la..



Condition rak besi tempat letak balang kaca ini tak la berkarat yg malang cuma cat pada tulisan Nestle's tu ada terkumpil sana sini skit..


Pandangan sisi balang kaca yg unik dan mesra tangan untuk mengambil coklat pada masa dulu. Berat jugak 2 biji balang ni. Boleh tahan ketebalan kaca balang tersebut..


Mungkin Nestle's Chocolate ni ada kait mengait dengan balang kaca yang aku dapat ini. Gambar ni aku ambik dari website dan sedikit info mengenai Nestle's Chocolate mula di pasaran sejak 1967. Kepada kenkawan yg ada katalog lama2 Nestle atau pengetahuan banyak pasal dunia nestle ni, hulur2 lah info utk di kongsi bersama-sama..

6 comments:

Iaryylr said...

Bro, barang lama memang tebal dia punya kaca, rasanya ambil tutup balang kuih plastik muat kut he he he sebab semua balang saiz lebih kurang..., kalau dapat penutup nescafe lama warna coklat tentu cun tapi tak boleh sebab tak muat.. korek jember lagi bro!

frightrice said...

Amboi, cantiknya balang ni, siap dengan holder lagi.

Fitri Osman said...

bro iaryylr..

ada dapat penutup balang lain tapi tak sama saiz..

bro frigtrice..

memang selepas di cuci memang cantik lagi balangnya..penutupnya takde..skang cuba mencari saiz dan rupa sebenar penutup balang ini...

Anonymous said...

jual tak rak nestle?

MgtBobber said...

Barang jarang nampak jugak ni bro..

Fitri Osman said...

bro mgt...

pasti kenkawan lain ada lagi banyak balang nestle.. sama2 kita kongsi ilmu balang...