Wednesday, February 24, 2010

Penangan cuti raya cina…

Cuti raya Cina yang lalu ramai kenkawan balik ke kampong.. Aku pun tak miss la balik kampong jugak..So far perjalanan aku lancar sebab aku balik lewat tengah malam dan tak ikut lebuhraya sejak 6 tahun yg lalu...Senang citer ikut jalan lama lah…Ni bukan nak save budget pasal tol tapi ikut jalan2 lama ni memang favourite aku lah dan bagi aku lebuhraya ni dah muak tengok.. Kenkawan yg kenal aku ni memang tau la…

Masa aku balik kampung lewat malam hari tu pun jalan lama tak ler jem sangat..ada le satu dua tempat slow moving sbb kereta accident.. Aku kalau dah mula fedup mulalah ikut bontot kereta yg short-cut jalan dalam kampung pulak..Kena pulak malam tu ada 1 tempat slow moving, aku pun redah follow satu kereta yg patah balik dan masuk jalan kampung.. Aku pun follow dan belakang aku pun ada 2-3 kereta jugak yg follow aku. Dalam hati aku jangan kereta depan aku ni balik umah dia sudah..akhirnya aku tak berputih mata memang sah kereta depan aku lebih expert jalan kampung sebab kereta tu redah sampai jumpa jalan besar balik…Sambil2 tu aku pun wusha la kot2 ada kedai2 runcit papan dalam kampung tu. Memang ada 1 kedai runcit yg aku tak terlepas pandang…Pada keesokan harinya, tanpa membuang masa aku pun pi tuju balik kedai tu kebetulan jarak kedai runcit tu mengambil masa 40 minit dari umah pak mentua aku…Biasanya kedai2 melayu di kampung2 jarang tutup cuti raya Cina…Ni le penangan aku cuti raya Cina baru2 ni..



Ini gambar belakang kedai runcit papan yang sempat aku ambik gambar time korek hari tu..Dulu memang stor letak barang2.. Memandangkan stor ni pernah di tenggelami banjir 8 tahun yang lalu, banyak barang old stok dan new stok tuan empunya kedai ni rosak..Dia pun tak sempat sgt kemas utk buang..jadi aku pun tolong le kemas dan tapau apa yang boleh..Banyak gak barang rosak seperti teh kampung lama2, botol2 berkarbonat, sabun , bedak, ubat gigi,tong biskut dan tak lupa lipas, lipan dan katak yang masih hidup lagi…

Tin Rap pulak dapat di stor kedai tu…

Dulu aku pernah dapat botol plastik tapak bawah hitam..Kali ni tinnya pulak..Perisa Ice Cream Soda tapi kosong la…Ni aku dapat bawah crate / kotak kayu F&N yg di buat lapik alas kotak sabun di stor kedai tu..Kebetulan aku nak tengok crate ni ok tak dalamnya tapi tin ni yg dapat..Crate F&N memang reput bila aku angkat…Tak dapat nak di selamat…






Dua gambar terakhir di atas menunjuk message yg di sampaikan selepas minum habis air tin ni..’Dont litter’ dan ‘please recycle’..Dan tepi sebelah 325ml pulak “save our environment re-cycle all you can “ … Ada perbezaan message yg di sampaikan dengan tin2 karbonat yg lain seperti F&N, Pepsi dan Coca-cola era awal 90-an dulu….Apa2 pun jangan terlepas pandang bak kata otai Daud…..

2 comments:

blurguyz79 said...

bro fitri,aku pun dah tak ingat sama ada pernah minum dari dari jenama RAP.

Fitri Osman said...

dulu aku pun tak pernah minum tapi biasa melihatnya..zaman2 4u2c tengah meletup..geng2 mat rappers suka la...