Sunday, January 24, 2010

Satu jer……

Apa yang satu..?? Ni aku nak citer satu2....

Satu jemputan tak paksa dari aku untuk rakan2 blog, followers dan pengunjung2 blog aku ke Mid Valley Kuala Lumpur pada 29hb Januari 2010 ( Jumaat ) tinggal 5 hari lagi…FIFA World Cup Trophy Tour by Coca-Cola akan diadakan satu hari je dari pukul 10.00 pagi sampai 10.00 malam di Mid Valley Convention Centre….Rasa2 nak tengok piala dunia tu dekat2 datang ler…nak tau lebih lagi kenkawan lawat link ni :


http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/1/23/southneast/5528633&sec=southneast


Satu pujian buat Lato’ Chua dan cikgu Kamil yang sanggup berhempas pulas membuat persediaan mengumpul barang2 Coke dari serata dunia bertemakan Piala Dunia untuk di pamerkan di event itu nanti…

Satu penghargaan pada collector2 Coke yg lain seperti otai Freddie Ampang, bro Nazrin, bro blurguz79 dan ada lagi yg aku tak sempat nak senaraikan kerana sudi sponsor ‘pinjam’ koleksi masing2….supporter dari kenkawan di hargai…tabik 100x…

Satu kenangan aku setelah 4 tahun yang lalu…..
Haaa…Dulu aku mcm tak percaya jugak boleh tengok piala dunia ni dekat2..Mimpi pun tak pernah…Rezeki aku masa tu…Tanggal 9 Mac 2006, FIFA World Cup Trophy Tour by Coca-Cola singgah di iMax Theatre, Berjaya Times Square. Kenangan itu telah aku frame-kan di dalam satu bingkai gambar dalam bilik koleksi aku…


Satu orang satu tiket sajer boleh masuk masa tu..Ada anak kecik goodbye…kena ada tiket jugak..Aku dapat satu tiket percuma melalui contest Coca-Cola di 7-Eleven USJ 3...Syarat dia beli air Coke sekurang-kurang 2 x 500ml untuk menangi tiket World Cup Trophy Tour di Kuala Lumpur nanti…Soalannye mudah..siapa sponsor untuk tour itu…? Jadi tulis jawapannya di belakang resit pembelian, tulis nama, no telefon serta IC dan masukkan ke dalam peti kotak contest tersebut…Seminggu sekali, wakil Coca-Cola dan manager cawangan 7-E akan cabut 3 pemenang bertuah…Dia akan terus hubungi yg berjaya dan suruh ambil tiket tersebut di 7-E bila2 masa sahaja…Aku antara yg bertuah…

Ni le tiket masuknya…


Oleh kerana masa tu hari bekerja, aku terpaksa lari kejap dari site bagi tidak melepas satu peluang keemasan ini..Tiba di sana memang ramai fans sudah beratur panjang..Aku pun terus q…Di tangan masing2 memegang tiket sama mcm aku punya..Tanya2 diaorg menang contest jugak…Setiba giliran aku di pintu masuk, staff event tersebut mengoyak bahagian kepil tiket aku dan memberi gelang tangan getah Coke, cermin mata 3-D Coke dan beberapa catalog pasal event ini…



Mula2 group kami lebih kurang 60 orang di-briefing dulu pasal event ini..Trophy room adalah kawasan larangan ambil gambar…Lain2 area boleh..Kemudian di bawa masuk menyaksikan special 3-D movie pasal kehangatan bolasepak piala dunia selama kejohanan itu diadakan…Tayangan lebih kurang 20 minit jugak…Masa tu memang kena pakai cermin mata 3-D Coke ni…Memang stim le tengok…Visual dan audio memang sampai ke muka le…Kemudian saat2 yang di nantikan sudah tiba…Masa bergambar dengan trofi Piala Dunia pulak…

Satu2 gambar sempat aku ambik sewaktu beratur nak bergambar dengan trofi…
Tak brape clear sebab paham2 je la…Security dia straight…





Setiba giliran aku, aku di beri nombor photo dulu..Diberi amaran dari amoi event itu supaya tangan kena letak belakang, tangan tak boleh angkat atau memegang trofi tersebut..So aku pun tak leh nak buat apa2…terselit je la bendera Brazil aku….ingat nak kibar je…..itu lah syarat ketat di kenakan…


Sementara menunggu gambar siap, group aku ini di pelawa enjoy other entertainment Coca-Cola seperti permainan game, bergambar bersama staff event, melihat pameran demam bola di seluruh dunia dan mcm2 lagi…wusha jugak kalau ada display barang rare Coke Malaysia , hampehh takde pun…rasa dah merayau semua tempat event tu..

Permainan game bola…ada hadiah di tawarkan…

Bilik pameran pasal demam bola Piala Dunia…

Ni pun mengular tengok bola…

Kanak-kanak mangsa perang di Bosnia pun tak lari demam bola….

Fans siap pakai boot old skool Adidas pi tengok bola….

Antara staff event yg nak bergambar dengan aku….Aku pow baju tak dapat…haaaaaa….

Setelah gambar aku siap, aku pun cergas dulu sambung keje setelah 2 jam megular kat Berjaya Time Square...Ni le gambar yang dapat sekali dengan mini album FIFA World Cup Trophy Tour...



Semua souvenir aku dapat satu jer….satu kenangan dalam satu frame…Satu piala yang diburu oleh semua negara yang layak beraksi di Piala Dunia 2010 di South Africa dan termasuk pencopek profesional…Tu sebab kawalan ketat di kenakan…

Kejadian yang tidak disangka berlaku pada tahun 1983 apabila piala keagungan itu hilang selama-lamnya apabila dicuri daripada Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dan dipercayai telah dileburkan.Badan induk FIFA kemudiannya membuat piala dunia baru dengan berat menggunakan emas 18 karat, 36 cm tinggi dan mempunyai berat 4.97 kg dan di reka oleh pereka terkenal Itali,Silvio Gazzaniaga dan ia telah digunakan sehingga sekarang. FIFA menetapkan hanya ketua-ketua Negara dan pemenang Piala Dunia sahaja yang boleh menyentuh piala tersebut. Replika trofi yang disaluti emas akan diberikan untuk dsimpan oleh pemenang.

Itu Piala very very rare woooo….yang pernah collect simpan kat rumah pencopek itu hari je la…


2 comments:

Unknown said...

Thanks 4 the invitation Fitri..tapi akak ni kureeeng sikit bab Coca Cola ni. May be next time...

Hope you enjoy

blurguyz79 said...

bro fitri,tak try cuit ker tropy world cup tu,hehehehe.