Thursday, January 14, 2010

Kotak biru tapi dalamnya.....

Minggu ni adalah minggu kedua alam persekolahan di tahun 2010..Jadi kasut sekolah yg bau2 kedai minggu lepas hari ni mungkin dah bau bangkai..itu pun kalau makbapak basuh cuti hujung minggu lepas , ada la bau wangi skit...cerita balik kat bab kasut sekolah, teringat pulak aku kat kasut sekolah ni..Selama 3 tahun aku mencari jenis kasut sekolah ni, mcm2 kedai lama jual kasut aku korek..Sampai ada satu kedai lama jual kasut dah terbakor pun ada..pertama kali pergi ok, kali kedua lalu area kedai tu dah tinggal tiang hitam je..akhirnya berjaya juga aku dapat kasut ni..Mula2 tu suspen jugak bila masuk belakang stor kedai apek jual kasut tu..Bukan apa kalau dah kedai lama tengah syok2 korek, boleh jumpa yg tak sepatutnya..Setakat ni ular memang tak pernah bersemuka le dengan aku..kalau anjing tido, ayam bertelor, musang, tikus, cencorot, labah2, nyamuk tu biasa le...



Masa mula2 aku keluarkan kotak ni memang tak susah sgt sebab di tak terhimpit dgn kotak2 kasut lama yg lain...Aku perhati dulu corak kotak ni..Memang kepala otak aku masa tu sudah mula teringat2 pasal kotak biru ni..Ada sesuatu yg best dok dalam ni..tengok alamat pada kotak ni pun Kelang, bukan kelantong...dah syak lagi yg ni mesti barang sebelum tahun 80-an lagi...Bila aku bukak je tepi penutup kotak ni, tangan pun tarik la kasut yg duduk dalam kotak ni.........

Bata tapak merahhhh..............!! apek kat belakang aku pun terkejut...'' aya kenapa ?? itu lama kasut saya simpan lama ooo..lu mau ka.."





Bila aku bandingkan jenis tapak merah ini dengan tapak hijau yang aku ada, memang terdapat perbezaan corak kusyen dalam kasut dan jahitan luar kasut..yang aku tau skit pasal no siries pada dalam kasut ni ialah 4016 tu model kasut, 336 tu kod warna kasut dan 12 adalah saiz kasut tersebut...bila aku tanya apek tu kasut tapak merah ni keluar sekali dengan design tapak hijau badminton master ke dulu...Dia pun tak ingat..Aku pun tak pernah pakai yg merah ni cuma pernah nampak masa sekolah dulu...Ada pendapat org kata yg ni org pompuan je banyak pakai time sekolah dulu2..Tapi aku dulu sekolah rendah dulu semuanya murid2 laki..Tapi ada gak yg pakai merah...

Apahal pun nextime, aku posting design lain plak Bata tapak merah lagi dan kasut sekolah Bata akak aku pakai dulu2...


2 comments:

Mama Vogue said...

Salam Adik



Bata tapak merah ini meman popular bagi budak2 ppuan masa sekolah dulu. Oleh kerana sukakan warna merah dan pink maka akak memilih Bata tapak merah ini ataupun pink untuk kegunaan ke sekolah, manakala abang akak pulak warna biru ataupun hijau. Takkan lelaki nak pakai tapak merah kot. Tapi tapak merah harganya lebih mahal sedikit dari yg tapak biru ataupun hijau. Tak tau knp. Selain itu akak juga pakai kasut warrior. Suka tgok blog ni kerana mengingatkan akak tentang nostalgia di zaman silam yg sangat indah kenangannya. Syabas. teruskan usaha murni ini agar dapat ditonton oleh genarasi masa kini yg semakin hilang keindahannya.

Fitri Osman said...

Jawab salam pd kak mama Vogue..

waaa..akak merasa pakai yg tapak merah tu yek..tapi saya ada satu lagi design tapak merah Bata jugak..akan datang saya free2 posting design tu nanti..

Masa lampau dulu ada keluar tapak biru yek..?? tak pernah pun saya tengok dan dpt info...Kena korek lagi ni..takde pulak tokey kasut sekolah yg saya jumpa cerita tapak biru..ini sudah menarik..Yang saya tahu zaman sekarang kat kedai Bata memang ada jual kasut badminton master 4 warna tapak iaitu hijau, merah , biru dan hitam tak silap saya lah...

Terima kasih pd akak sudi singgah dan beri info pd blog saya..Saya pun dah merayau blog akak, meanrik..Syabas..