Thursday, October 15, 2009

Ubat gigi Zaitun...

Korang semua pasti ingat lagi jenama ubat gigi Zaitun ini..Boleh kata ramai pernah guna ubat gigi ini kan sejak zaman 85-an lagi...Produk ubat gigi telah berjaya bersaing dengan produk jenama Colgate seketika dulu dan telah juga memecah jualan sehingga ke pasaran antarabangsa..
Tujuan saya posting ubat gigi Zaitun ini bukan lah kerana barang ni old skool sgt atau “rare” tapi ia memang susah nak cari kat kedai2 atau pasaraya sekarang..Kata orang kalau barang tu dah tak keluar lagi atau susah nak jumpa, tak lama lagi akan jadi barang old skool le nanti..Macam mana pun layan le dulu gambar2 yg sempat saya posting ini..





Gambar2 di atas merupakan pandangan sisi setiap kotak ubat gigi Zaitun ini…Dengan 2 bahasa digunakan iaitu bahasa Melayu dan omputeh..” Zaitun..Gunakan tanpa was-was “ sudah menggambarkan kekuatan produk ini yg berjaya menarik hati kita untuk membeli...



Gambar di atas merupakan pandangan sisi tepi penutup kotak tersebut..Terang2 menggalak kita membeli barangan keluaran Malaysia..” Cintailah Malaysia”…


Haa..kalau beli dulu ubat gigi ini boleh dapat freegift pemberus gigi…Free giftnya siap sorok dalam kotak ini lagi..tapi masa aku dapat ubat gigi ini dalamnye dah takde berus giginya..


Begini lah rupa model terakhir ubat gigi Zaitun yg saya perolehi sekitar tahun 2005 dulu ( dah tarikh luput )…sehingga kini di merata2 tempat kedai runcit dan pasaraya yg saya pergi, belum lagi saya jumpa jenama ubat gigi ini lagi..Pada anda yg tahu info ubat gigi ini, boleh tinggalkan comment pada saya...

6 comments:

syukrie said...

kat TAQWA MART (depan esso) ulu kinta ada jual ubat gigi zaitun nih :-)

Fitri Osman said...

waahhh...ada lagi ye sana...sama sebijik ke..nanti email gambar kat saya...

Che An Dusuki said...

Saya rasapun masih wujud lagi la ubat gigi zaitun nie di pasaran, tapi bukan kotak seperti yang ditunjukkan la, cantik sikit...

Anonymous said...

ye saya baru nampak di pasaran. di giant dan tesco. kotak yang ditunjukkan pun baru dan cantik. saya minat kayu sugi zaitun.. best

Anonymous said...

Dengar citer skarang ni zaitun dah dinamakan NurZaitun.Saya nampak Kat tesco baru2 ni je,ada jual ubat gigi,krim rambut,shampoo pencuci pinggan mangkuk.pakejnyer semua dah baru .yg saya paling Suker sgt tu Ialah bedak harum Utk wanita.Ada yg Utk laki jugak harum jugak baunya mcm parfume sebijik baunya.pakej bedak tu pun cantek gak.nak sy uploadkn bile time free2 nnt

Roha Anaheim Aizad said...

kita serupaaaaa