Jadi, permulaan posting saya selepas cuti raya ni adalah lesen memandu..Bukan lesen zaman sekarang tapi awal 80-an..
Awal 80-an dulu apabila lesen memandu diperbaharui, tarikh habis ( tempo tamat ) akan di cetak di belakang lesen memandu ini..Maknanya satu lesen memandu akan dipakai bertahun2 sehingga habis bahagian cetakan tarikh tempoh lesen.Bayaran perbaharui lesen memandu untuk setahun pada zaman tu RM 20 setahun...Zaman sekarang kita akan dapat kad tempoh lesen memandu yg baru setiap kali perbaharui..
Lesen Drebar Kereta Perkhidmatan Awam ( lesen Teksi / Sewa sahaja )
Lesen drebar old skool ini pun wak Dee yg kasi kat saya..Saiznya sama, jenis lipat dan printed merah..Design awal 80-an juga dan setiap kali diperbaharui akan di cetak tarikh habis ( tempoh tamat ) di bahagian belakang lesen..Bayaran setiap kali diperbaharui untuk lesen drebar ini RM10 setahun..
4 comments:
Tengok lesen memandu lama nie, teringat surat beranak aku yang orang zaman sekarang sebut sijil lahir .... lebih kurang sama ajer dgn lesen tu ..print hijau ... nostalgia sungguh
kalau ada gambar surat beranak yg old skool email kat saya..tak pernah saya tengok..org tua saya punya pun sama je dgn saya...
nampaknya hobi bro lebih kurg sama jer dgn saya yg suka kompol brg oldskool ni..saya ada beberapa gambar surat beranak milik pakcik & makcik saya & nanti saya akan uploadkn di blog saya (setelah blog saya siap nanti)..
salam abdaziz..no problem..menarik tu...
Post a Comment