Tuesday, October 6, 2009

Lesen Memandu

Sebelum kita balik cuti raya hari tu, dalam sibuk2 persiapan hari raya ada tak kenkawan kita sempat tengok lesen memandu dah mati ke belum tarikh tempohnya..? haa..aaa..mesti ada yg kantoi masa tu…Yg kantoi tu sah le raya ke-4 beraya di Pejabat Pos atau JPJ renew lesen memandu…Heee…eee…
Jadi, permulaan posting saya selepas cuti raya ni adalah lesen memandu..Bukan lesen zaman sekarang tapi awal 80-an..


Lesen memandu yg old skool ini telah saya perolehi daripada seorang Otai di tempat kerja saya..Tak lama lagi nak pencen la tu..Jadi dia dgn murah hati telah mendermakan lesen memandu old skool ini kepada saya sebab tau minat saya kepada barang2 old skool ini..Terima kasih wak Dee dari Kg. Dato’ Abu Bakar Baginda, Kajang..Dah lama gak saya mencari lesen memandu old skool ini..Org tua saya punya lesen memandu dulu2 pun dah bakar..Yg ada jumpa dari otai2/kawan pun kebanyakannya simpan dalam koleksi masing2..Lesen memandu awal 80-an yg saya perolehi ini saiznya lebih kurang saiz poket kemeja lelaki kalau di lipat ( photo 1 ) dan kalau dibuka ia memanjang ( photo 2 )…Tulisan pada lesen di printed hijau…Memang design lipat menurut wak Dee..Kalau di simpan dalam dompet, ngam2 je..



Photo di atas adalah bahagian depan lesen memandu..



Photo di atas memaparkan bahagian belakang lesen memandu..

Awal 80-an dulu apabila lesen memandu diperbaharui, tarikh habis ( tempo tamat ) akan di cetak di belakang lesen memandu ini..Maknanya satu lesen memandu akan dipakai bertahun2 sehingga habis bahagian cetakan tarikh tempoh lesen.Bayaran perbaharui lesen memandu untuk setahun pada zaman tu RM 20 setahun...Zaman sekarang kita akan dapat kad tempoh lesen memandu yg baru setiap kali perbaharui..

Lesen Drebar Kereta Perkhidmatan Awam ( lesen Teksi / Sewa sahaja )

Lesen drebar old skool ini pun wak Dee yg kasi kat saya..Saiznya sama, jenis lipat dan printed merah..Design awal 80-an juga dan setiap kali diperbaharui akan di cetak tarikh habis ( tempoh tamat ) di bahagian belakang lesen..Bayaran setiap kali diperbaharui untuk lesen drebar ini RM10 setahun..







Kalau ada sesaper yg ikhlas nak kasi / trade geran kenderaan old skool boleh la hubungi saya yek..

4 comments:

syiling peringatan malaysia said...

Tengok lesen memandu lama nie, teringat surat beranak aku yang orang zaman sekarang sebut sijil lahir .... lebih kurang sama ajer dgn lesen tu ..print hijau ... nostalgia sungguh

Fitri Osman said...

kalau ada gambar surat beranak yg old skool email kat saya..tak pernah saya tengok..org tua saya punya pun sama je dgn saya...

Guyz92 said...

nampaknya hobi bro lebih kurg sama jer dgn saya yg suka kompol brg oldskool ni..saya ada beberapa gambar surat beranak milik pakcik & makcik saya & nanti saya akan uploadkn di blog saya (setelah blog saya siap nanti)..

Fitri Osman said...

salam abdaziz..no problem..menarik tu...