Monday, March 28, 2011

Penebuk lubang kertas atau ' puncher '

Selama hidup aku bergelumang dengan alat penebuk lubang kertas sejak dari bangku sekolah hingga-lah saat bekerja, ini lah kali pertama aku jumpa 'puncher' yang berat lain macam. Lebih kurang berat 2 buah tin susu cap teko.






Alat penebuk lubang kertas ini masih dalam keadaan baik lagi. Satu lagi barang buatan England yang telah di bawa masuk ke Malaya sejak 50 tahun yang lalu. Di body puncher tersebut ada tertulis Lightning Perforator dengan no 4314. Velos Trade Mark.

Thursday, March 24, 2011

Avon Topaze

Mungkin di kalangan puan2 atau kakak2 pernah mengguna atau biasa dengan produk Avon Topaze ini. Tak berapa banyak info yg dapat pasal jenama produk Avon Topaze ini cuma produk ini sudah dikenali sejak tahun 1950-an lagi.. Kebetulan dapat secara percuma dari sebuah kedai lama. Asalnya tuan kedai ini letak barang ini di satu sudut untuk di return balik barang2 ini pada ejennya tapi ejennya tak ambik. Menurutnya barang ini sudah usia hampir 30 tahun, ejennya mungkin tak berminat nak replace yg baru.

Antara barangnya ialah Avon Topaze Hair Cream.




Avon Topaze Talc Powder



Saiz kandungan yang berbeza dan salah satunya jenis botol besi dan plastik. Sekiranya puan2 atau akak2 ada lebih info dengan jenama produk ini, dialu-alukan kongsi bersama.

Wednesday, March 16, 2011

Tin Yeos 300ml

Tin Yeo's minuman kacang soya jenis " Steel can " 300ml. Telah dijumpai baru2 ini ketika sedang ' pulling ' kabel CCTV di bawah papan lantai Bilik Kawalan xxxxxx ( gambar lokasi tidak dipaparkan atas keselamatan - sini byk wang hehehe.. )




Melihat rupa keadaan tin ini agak malang dan tidak cemerlang. Karat yang tak mungkin hilang lagi.



Mengikut usia lokasi tersebut sudah mula beroperasi sejak tahun 1995. Tin ini juga terdapat bar code dan kondisi 'steel can'. Aku tak tau berapa lama usia sebenar tin ini...?

Monday, March 14, 2011

Beg plastik Coca-Cola

Masa bebudak dulu tak pernah merasa beg plastik Coca-Cola.. Bila dah jadi bapak budak, baru le dapat. Beg plastik berukuran 9" x 13" ni tentu ramai yang ada dalam koleksi masing2.



Aku tak tau ada beberapa saiz dan jenis lagi beg plastik Coca-Cola Malaysia. Harap info dari En Mat dapat membantu kenkawan..

Wednesday, March 2, 2011

Tonik Melati

Ini bukan tonik chop gajah tapi Melati Tonik. Nampak macam botol kicap jer. Masih belum digunakan lagi. Barangkali mungkin di antara saudara @ saudari pernah merasa tonik Melati Chap Ikan Duyong ini.




Sesuai untuk isteri, suami dan keluarga.




Label kertas yang padat dengan gambar xxx ikan duyong, tulisan rumi dan jawi. Diedarkan oleh Binatonik Enterprise dari Ipoh. Dianggar berada di pasaran dalam dan luar bandar Ipoh sekitar tahun 70-an lagi. Botol tonik tak seberapa ini dapat di kedai runcit lama nenek adik ipar baru2 ni..

Thursday, February 17, 2011

Tin Milo 1.5 kg

Tin lama Milo ini sudah tidak asing lagi buat collector tin2 lama. Condition keseluruhan tin ini tak le cantik bangat, ada la berkarat dan kondisi warna tin ini pun dah luntur. Memang sesuai-lah tin ini diperolehi di tempat kedai besi buruk.





Adakah tin Milo ini variasi pertama untuk keluaran 1.5 kg? Ermmm...

Saturday, February 12, 2011

Beg plastik Milo Sukan Seap 1971

Sukan SEAP ke sukan SEA? Mula2 dulu tahun 1959 di panggil Sukan Semenanjung Asia Tenggara ( SEAP ) dan negara tuan rumah pertama Sukan SEAP ialah Thailand. Malaysia menjadi tuan rumah kali pertama ialah pada tahun 1965. Pada tahun 1977, Sukan SEAP telah di tukar kepada Sukan Asia Tenggara ( SEA ). Sekarang beg plastik Milo ini sudah hampir berusia 40 tahun dan masih keadaan baik lagi.




Sedikit info ( sumber b.harian & utusan ) :

Bekas jaguh lumba basikal negara dan jurulatih basikal kebangsaan, Daud Ibrahim, meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya dilanggar sebuah treler di Kilometer 232.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, awal pagi 12 November 2010 yg lalu. Tahun 1971 merupakan tahun paling cemerlang dalam karier arwah apabila membolot empat pingat emas pada Sukan Seap 1971 yang menyaksikan dia dianugerahkan Olahragawan Kebangsaan pada tahun yang sama.

Arwah terus menyumbang bakti kepada negara dalam acara basikal apabila turut memungut satu pingat perak Sukan SEAP 1973, mewakili negara pada Sukan Olimpik Munich (1972) dan Sukan Komanwel yang dilangsungkan di New Zealand pada tahun 1974. Sebagai mengenang jasanya itu, arwah diberikan penghormatan menyalakan obor Sukan SEA XXI di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2001.

Wednesday, February 9, 2011

Botol racun Ridsect

Dulu pernah aku posting pasal botol racun Ridsect lama ini. Kali ini dapat lagi botolnya dengan tempat pengepamnya sekali.




Ini lah hasilnya setelah di cuci bersih2. Tempat pengepam ini masih berkeadaan baik lagi.

Fat bottle 500ml F&N Sarsi

Fat bottle 500ml atau botol ala bola rugbi Sarsi setelah di cuci bersih2. Condition agak baik dan plastik label tidak koyak.




Kepuasan tetap ada...

Tuesday, February 8, 2011

Ada korek2 ke cuti raya cina?

Ermmm...ini yang sempat korek..Tak terbenam dalam tanah pun, separuh botol je duduk dalam tanah. Dapat di tepi-tepi kedai runcit kampung yang telah hampir 20 tahun tutup. Kedai itu adalah kepunyaan nenek kepada bini adik bongsu saya di Gopeng, Perak.


Dalam kedai tersebut belum masuk lagi. Berkunci.....kuncinya ada kat neneknya.Neneknya takde hari tu sebab pergi ke kampung sebelah..Ada beberapa botol dan tin susu tepung lama di sekitar tepi kedai tersebut yg sudah rosak. Ini je serpihan yg masih selamat di bawa pulang. Hujung bulan ini insyaAllah repeat balik kedai tersebut.