Showing posts with label Bedak. Show all posts
Showing posts with label Bedak. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Avon Topaze

Mungkin di kalangan puan2 atau kakak2 pernah mengguna atau biasa dengan produk Avon Topaze ini. Tak berapa banyak info yg dapat pasal jenama produk Avon Topaze ini cuma produk ini sudah dikenali sejak tahun 1950-an lagi.. Kebetulan dapat secara percuma dari sebuah kedai lama. Asalnya tuan kedai ini letak barang ini di satu sudut untuk di return balik barang2 ini pada ejennya tapi ejennya tak ambik. Menurutnya barang ini sudah usia hampir 30 tahun, ejennya mungkin tak berminat nak replace yg baru.

Antara barangnya ialah Avon Topaze Hair Cream.




Avon Topaze Talc Powder



Saiz kandungan yang berbeza dan salah satunya jenis botol besi dan plastik. Sekiranya puan2 atau akak2 ada lebih info dengan jenama produk ini, dialu-alukan kongsi bersama.

Saturday, March 13, 2010

Bedak bayi

Ni antara tong bedak bayi lama dalam simpanan aku. Dapat dari kedai lama. Aku rasa korang yg lebih otai dari aku mesti pernah guna waktu korang kecik ( baby2 ) dulu..Kena tanya balik org tua dulu lah sekiranya masih ada lagi...Tahun keluran dan populariti bedak bayi ni aku tidak pasti cuma tuan kedai lama tu kata ini barang sudah dekat 50 tahun...





Kandungan bedak dalam tong ni masih harum lagi dan belum pernah digunakan lagi..Ejen syarikat yang menjual bedak bayi lama ni ialah Tan Bros. Trading Co. ( Malaya )