Showing posts with label Coca-Cola Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Coca-Cola Malaysia. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Beg plastik Coca-Cola

Masa bebudak dulu tak pernah merasa beg plastik Coca-Cola.. Bila dah jadi bapak budak, baru le dapat. Beg plastik berukuran 9" x 13" ni tentu ramai yang ada dalam koleksi masing2.



Aku tak tau ada beberapa saiz dan jenis lagi beg plastik Coca-Cola Malaysia. Harap info dari En Mat dapat membantu kenkawan..

Thursday, October 21, 2010

Botol Coke bertudung merah....

Pada minggu lepas masa aku dapat beberapa botol dan barang yg old-skool, botol Coca-Cola Isi 285 ML tulisan putih yang masih ada air lagi juga aku dapat tapi tudung capnya warna merah, bukan silver cap..Selama aku korek2 botol ni, botol design ni mesti ada dapat koman-koman sebiji yang tudung cap merah.. Belum pernah aku dapat selain tulisan Isi 285 ML tetapi pernah lihat Coca-Cola COKE tulisan putih yg pakai tudung cap merah jugak...




Di harap geng collect botol Coke Malaysia semua sekiranya ada info pasal setakat mana design botol Coca-Cola tulisan putih yang sempat merasa tudung cap merah ni, hulur2 lah info... Apa kata En. Mat ???

Tuesday, July 6, 2010

Hasil korek atas bumbung ( part I )…

tDemam bola Piala Dunia sekarang sudah ke tahap melampau skang.. Lama jugak aku menyawangkan blog aku ni..Seperti yg dijanjikan aku dulu, apabila semua barang yg aku dapat di atas bumbung tempoh hari sudah di cuci, maka aku posting la satu persatu..Antara barang yg aku dapat tin Coca-Cola Fifa Kejohanan Remaja Dunia 1997. Dah ada 2 tin mcm ni dalam koleksi aku dan 2 kali jugak dapat atas bumbung…

Tin Coca-Cola Malaysia sempena IXth Fifa / Coca-Cola World Youth Championship Malaysia' 97 ...




Condition overall baik cuma ada kesan simen kapur yg masih melekat pada tin tersebut..

Tin ZAP Anggur 285ml...

Beberapa bulan yang lepas aku pernah dapat pet botol 1.25 Liter minuman ZAP, kini tin aluminium 325ml perisa anggur pulak..




Satu lagi keluaran SBM Trading era 90-an dulu…

Tin Yoes Winter Melon Tea 300ml

Tin Yeos ni aku tak tau nak buat apa lagi…ada sesuatu aku nak tanya kat orang2 Johor semua kenapa tin ni di keluarkan di alamat Yoes Jalan Tandang, P.Jaya Selangor tapi cop Halal nya dikeluarkan oleh Majlis Agama Johor…Minta jugak kat kenkawan semua yg sudi bagi info tentang cop halal ini…


Saturday, June 12, 2010

Kalau dah jodoh tak ke mana...

Kalau dah sampai jodoh tak ke mana...saya mewakili keluarga saya di Ipoh menjemput semua rakan2 bloggers, collector, korektor,seller dan runner2 yg mengenali saya secara dekat dan jauh ke majlis perkahwinan adik lelaki bongsu saya pada besok hari Ahad 13hb Jun 2010 di Ipoh..tak lupa kawan2 semabuk teh...maaf di pinta di atas kesibukan kerja saya ini telah menyebab kelewatan menjemput semua...yang mana turun lokain Ipoh tu datang le nanti...



Jodoh aku juga..sewaktu pulang bercuti ke Ipoh malam Khamis lalu, aku telah membawa sekali kekasih aku duduk dalam kater aku skali setelah 3 kali percubaan pinangan aku di tolak dalam tempoh 6 tahun...kini jodoh aku selama ini telah berada di kampung aku untuk merai sekali majlis perkahwinan adik aku...haaa..haa...nama kekasih aku tu Coca-Cola Ice Cold..tinggi 6 kaki, badan cantik baik lagi..asal dari Teluk Intan, Perak..kerja di pam minyak jer...





Untuk sementara waktu ini, Ice Cold ni akan tinggal di kampung aku dulu buat menemani botol2 lain yang tinggal di sana sejak bertahun2 dulu...

Monday, May 17, 2010

Kemek pun kemek laa...( part III )

Dalam banyak2 botol bersepah dalam dusun tu, tak banyak gak yg aku bawak balik sebab condition tak berapa la cantik, pecah...ada beberapa botol seperti sinalco ring yg pudar2 ,coca-cola tulisan putih yg hilang tulisannya, F&N 400ml Singapore-KL dan green spot yg pudar2 jugak...Tapi nasib mata aku tak terlepas pada 2 biji botol ini lebih2 lagi botol no.1 Coca-Cola Malaya ini...


Mula2 memang nampak botol Red Lion ni separuh terbenam dalam tanah..Bontot botol ni memang ke atas posisinya..masa tu tak tau botol apa lagi sebab dan bertanah bontotnya..tarik keluar dari tanah, gosok2 skit baru tau botol Red Lion...korek tanah 1 1/2 kaki dalam area tu pun takde apa hasil yang tertanam di dalam...eemmm...


Sebelum aku nak balik, sempat jugak aku tengok balik area botol2 Coca-Cola tulisan putih yg hilang tulisannya tadi...belek2 botol terkejut aku ada sebiji botol nombor 1 Coca-Cola Malaya..nyaris terlepas jugak botol ni sebab tangan gatal gosok2 skit botol yg bertanah ni nak tengok kalau trade mark registered timbul...rupa2nya memang botol di tangan aku...apalagi...aku dan kawan aku check balik semua botol yg ada dkt2 yg aku dapat tu...sudahnya sebiji jer yg ada....


Dua biji botol ni aku basuh sesudah sampai ke rumah...Ini lah hasilnya...Belum cuci sebersihnya lagi...Botol no.1 Coca-Cola Malaya yg tak nampak tulisan Coca-Cola ni merupakan kali 5 yg aku dapat dan ke 3 biji dalam koleksi aku..2 biji lagi tulisan tak nampak aku dah lepas pada kenkawan ipoh aku 6 tahun lepas...Botol Red Lion ni pulak aku simpan di rumah aku sebab aku dah ada yg condition baik di kampung kelahiran aku di Ipoh...

Sunday, January 24, 2010

Satu jer……

Apa yang satu..?? Ni aku nak citer satu2....

Satu jemputan tak paksa dari aku untuk rakan2 blog, followers dan pengunjung2 blog aku ke Mid Valley Kuala Lumpur pada 29hb Januari 2010 ( Jumaat ) tinggal 5 hari lagi…FIFA World Cup Trophy Tour by Coca-Cola akan diadakan satu hari je dari pukul 10.00 pagi sampai 10.00 malam di Mid Valley Convention Centre….Rasa2 nak tengok piala dunia tu dekat2 datang ler…nak tau lebih lagi kenkawan lawat link ni :


http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/1/23/southneast/5528633&sec=southneast


Satu pujian buat Lato’ Chua dan cikgu Kamil yang sanggup berhempas pulas membuat persediaan mengumpul barang2 Coke dari serata dunia bertemakan Piala Dunia untuk di pamerkan di event itu nanti…

Satu penghargaan pada collector2 Coke yg lain seperti otai Freddie Ampang, bro Nazrin, bro blurguz79 dan ada lagi yg aku tak sempat nak senaraikan kerana sudi sponsor ‘pinjam’ koleksi masing2….supporter dari kenkawan di hargai…tabik 100x…

Satu kenangan aku setelah 4 tahun yang lalu…..
Haaa…Dulu aku mcm tak percaya jugak boleh tengok piala dunia ni dekat2..Mimpi pun tak pernah…Rezeki aku masa tu…Tanggal 9 Mac 2006, FIFA World Cup Trophy Tour by Coca-Cola singgah di iMax Theatre, Berjaya Times Square. Kenangan itu telah aku frame-kan di dalam satu bingkai gambar dalam bilik koleksi aku…


Satu orang satu tiket sajer boleh masuk masa tu..Ada anak kecik goodbye…kena ada tiket jugak..Aku dapat satu tiket percuma melalui contest Coca-Cola di 7-Eleven USJ 3...Syarat dia beli air Coke sekurang-kurang 2 x 500ml untuk menangi tiket World Cup Trophy Tour di Kuala Lumpur nanti…Soalannye mudah..siapa sponsor untuk tour itu…? Jadi tulis jawapannya di belakang resit pembelian, tulis nama, no telefon serta IC dan masukkan ke dalam peti kotak contest tersebut…Seminggu sekali, wakil Coca-Cola dan manager cawangan 7-E akan cabut 3 pemenang bertuah…Dia akan terus hubungi yg berjaya dan suruh ambil tiket tersebut di 7-E bila2 masa sahaja…Aku antara yg bertuah…

Ni le tiket masuknya…


Oleh kerana masa tu hari bekerja, aku terpaksa lari kejap dari site bagi tidak melepas satu peluang keemasan ini..Tiba di sana memang ramai fans sudah beratur panjang..Aku pun terus q…Di tangan masing2 memegang tiket sama mcm aku punya..Tanya2 diaorg menang contest jugak…Setiba giliran aku di pintu masuk, staff event tersebut mengoyak bahagian kepil tiket aku dan memberi gelang tangan getah Coke, cermin mata 3-D Coke dan beberapa catalog pasal event ini…



Mula2 group kami lebih kurang 60 orang di-briefing dulu pasal event ini..Trophy room adalah kawasan larangan ambil gambar…Lain2 area boleh..Kemudian di bawa masuk menyaksikan special 3-D movie pasal kehangatan bolasepak piala dunia selama kejohanan itu diadakan…Tayangan lebih kurang 20 minit jugak…Masa tu memang kena pakai cermin mata 3-D Coke ni…Memang stim le tengok…Visual dan audio memang sampai ke muka le…Kemudian saat2 yang di nantikan sudah tiba…Masa bergambar dengan trofi Piala Dunia pulak…

Satu2 gambar sempat aku ambik sewaktu beratur nak bergambar dengan trofi…
Tak brape clear sebab paham2 je la…Security dia straight…





Setiba giliran aku, aku di beri nombor photo dulu..Diberi amaran dari amoi event itu supaya tangan kena letak belakang, tangan tak boleh angkat atau memegang trofi tersebut..So aku pun tak leh nak buat apa2…terselit je la bendera Brazil aku….ingat nak kibar je…..itu lah syarat ketat di kenakan…


Sementara menunggu gambar siap, group aku ini di pelawa enjoy other entertainment Coca-Cola seperti permainan game, bergambar bersama staff event, melihat pameran demam bola di seluruh dunia dan mcm2 lagi…wusha jugak kalau ada display barang rare Coke Malaysia , hampehh takde pun…rasa dah merayau semua tempat event tu..

Permainan game bola…ada hadiah di tawarkan…

Bilik pameran pasal demam bola Piala Dunia…

Ni pun mengular tengok bola…

Kanak-kanak mangsa perang di Bosnia pun tak lari demam bola….

Fans siap pakai boot old skool Adidas pi tengok bola….

Antara staff event yg nak bergambar dengan aku….Aku pow baju tak dapat…haaaaaa….

Setelah gambar aku siap, aku pun cergas dulu sambung keje setelah 2 jam megular kat Berjaya Time Square...Ni le gambar yang dapat sekali dengan mini album FIFA World Cup Trophy Tour...



Semua souvenir aku dapat satu jer….satu kenangan dalam satu frame…Satu piala yang diburu oleh semua negara yang layak beraksi di Piala Dunia 2010 di South Africa dan termasuk pencopek profesional…Tu sebab kawalan ketat di kenakan…

Kejadian yang tidak disangka berlaku pada tahun 1983 apabila piala keagungan itu hilang selama-lamnya apabila dicuri daripada Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dan dipercayai telah dileburkan.Badan induk FIFA kemudiannya membuat piala dunia baru dengan berat menggunakan emas 18 karat, 36 cm tinggi dan mempunyai berat 4.97 kg dan di reka oleh pereka terkenal Itali,Silvio Gazzaniaga dan ia telah digunakan sehingga sekarang. FIFA menetapkan hanya ketua-ketua Negara dan pemenang Piala Dunia sahaja yang boleh menyentuh piala tersebut. Replika trofi yang disaluti emas akan diberikan untuk dsimpan oleh pemenang.

Itu Piala very very rare woooo….yang pernah collect simpan kat rumah pencopek itu hari je la…


Sunday, June 28, 2009

Sigboard papan Coca-Cola



Signboard old skool kayu atau lapisan papan yg bergambar botol plastik Coca-Cola 500ml yg sedang terbaring di atas ketulan ais..Perkataan tertulis di atasnye ‘ Nikmat Segar ‘…Bukan nikmat malam pertama yek..Zaman dulu2 iklan kebanyakan dicetak/print atas lapisan zink..Ada yg saiz besar, sederhana dan kecil..Kebanyakan di tampal pada dinding dalam kedai kopi dan kedai runcit serta di depan/sisi tiang kedai2 runcit lama..Signboard kayu ni saya dapat dari bro Lob di era tahun 2002 dulu..Beria betoi suruh saya collect yg jenis kayu ni…Katanye payah skit nak dapat jenis ni…Jadi aku ambik le..

Sehingga kini belum lagi aku jumpa yg jenis kayu mcm ni..Kebanyakan jenis yg ada zink dan softboard..Menurut cerita bro Lob mcmane dia dapat signboard kayu ni, seingat aku la waktu tu si bro Lob ni pegi le korek barang lama kat satu kedai kopi lama tapi kat mana aku pun tak ingat la tempat yg dia cerita dulu tu..Waktu tu dia nak buang air kencing..

Masa ke tandas kat belakang kedai tu terpandang lah ada rumah papan..Dulu2 kedai kopi depan, umah pulak belakang..Terpandang le si Lob ni signboard papan Coca-Cola yg aku punya ni dibuat sebagai penutup lubang pada dinding papan bilik stor kot yg berlubang besar..Ada dinding jamban pulak sebelah tu kata Lob..Dia pun apalagi, kautim dulu,pastu siap beli papan playwood lain trade le dgn signboard papan Coca-Cola aku ni kat owner rumah papan tu..Siap bertukang kejap masa tu kata Lob…Haaa…ahaaa..Dasyat betoi kaki korek ni..Sama jugak otai Megat tu…Pakar korek barang lama..Betoi tak en.Kamil…..??? Bestprend lama dia jugak tu…


Ini le botol plastik Coca-Cola 500ml yg masih ada air sama seperti terpampang di signboard papan aku tu...Keluran sekitar tahun 1994-95 mcm tu laa..Tak ingat tarikh tahun keluar dia sbb dah old skool design ni..Jadi signboard ada, botolnye pun ada..Boleh le pair skali…



Alamat lama nye pun Jalan Foss, Kuala Lumpur….Ada kesan comot2 skit pada ayat kandungannye sbb dulu ada stiker harga RM1.40 pasaraya Fajar…

Monday, June 22, 2009

Radio Coca-Cola




Ini radio Coca-Cola Malaysia yg old skool aku dapat sekitar 2002 dulu..Kira bonus bak kata En. Kamil (www.akhaba.blogspot.com)..Bonus yg dimaksudkan adalah harga yg tak diduga.. RM5 je masa tu..haa..ahaa..ingat dah rosak, rupanye masih elok lagi radionye..



Gambar atas tulisan Coca-Cola Coke yg masih elok cuma Coke (tulisan besar - photo atas skali no.2) koyak skit masa dapat dulu..tempat volume dgn channel radio masih elok, tak rosak..Alamat tertera coca-cola Jalan Foss, KL..



Penutup bateri radio ni hilang..Masa dpt dulu memang takde, mungkin apek jual tepi sungai (lokain lama)ingat dah rosak..tu pasal dia jual murah kot, takpun dia tak minat Coca-Cola..haa..haaa..Bateri 9V empat segi ketul tu..Speaker radio ni atas skali..1 way speaker..