Friday, October 30, 2009

Gelas Hacks..

Pada bulan Jun yg lalu pernah aku posting tin Hacks yg old skool..Kali ni aku nak posting gelas Hacks yg susah skit nak jumpa kat luar nun..Biasanya gelas2 old skool seperti Coca-Cola, F&N, 7-up, Milo, Ovaltine dan sebagainya, kita masih boleh didapati lagi di seller barang2 antik di AM PJ atau lokain Ipoh ( Memory lane ) ...







Hacks Icerana terak dan dada...Apa tu..??? Kali ni aku boleh pair-kan dengan tinnya sekali…

Thursday, October 22, 2009

Pam spray lama nyamuk,langau dan sekutunya...

Sebut nyamuk, lalat atau langau2 ke pasti korang tak senang hati kan..Pasal tu lah takde orang nak buat spesis ni koleksinya..haa..haa..aa..Zaman sekarang pakai jari dan tekan saje, pasti mati binatang ini..zaman dulu2 kalau ada duit pakai pam mcm ni..




Caranya senang je, isi minyak tanah...pastu hala kat mana suka..Tarik dan tolak mcm nak pam tayar basikal...menyembur le minyak tu mcm semburan tin spray Ridsect...zaman aku kecik2 bunuh nyamuk, lalat pakai tangan je...




Pam spray lama yang aku dapat ni model lama jenama Harry Brand..Tin kecik macam panjut tu la tempat isi minyak tanah...Ada macam2 jenama zaman dulu..paling top buatan England...Botol kuning ni pulak antara jenama cecair racun pam spray lama ini..Cap King kong...Rasa2 malas nak beli minyak tanah, pakai le cecair racun ini...





Kepada bro Kamil ( http://akhaba.blogspot.com/ ), berminat ke barang old skool ni..?? hee..eee..ee....

Thursday, October 15, 2009

Ubat gigi Zaitun...

Korang semua pasti ingat lagi jenama ubat gigi Zaitun ini..Boleh kata ramai pernah guna ubat gigi ini kan sejak zaman 85-an lagi...Produk ubat gigi telah berjaya bersaing dengan produk jenama Colgate seketika dulu dan telah juga memecah jualan sehingga ke pasaran antarabangsa..
Tujuan saya posting ubat gigi Zaitun ini bukan lah kerana barang ni old skool sgt atau “rare” tapi ia memang susah nak cari kat kedai2 atau pasaraya sekarang..Kata orang kalau barang tu dah tak keluar lagi atau susah nak jumpa, tak lama lagi akan jadi barang old skool le nanti..Macam mana pun layan le dulu gambar2 yg sempat saya posting ini..





Gambar2 di atas merupakan pandangan sisi setiap kotak ubat gigi Zaitun ini…Dengan 2 bahasa digunakan iaitu bahasa Melayu dan omputeh..” Zaitun..Gunakan tanpa was-was “ sudah menggambarkan kekuatan produk ini yg berjaya menarik hati kita untuk membeli...



Gambar di atas merupakan pandangan sisi tepi penutup kotak tersebut..Terang2 menggalak kita membeli barangan keluaran Malaysia..” Cintailah Malaysia”…


Haa..kalau beli dulu ubat gigi ini boleh dapat freegift pemberus gigi…Free giftnya siap sorok dalam kotak ini lagi..tapi masa aku dapat ubat gigi ini dalamnye dah takde berus giginya..


Begini lah rupa model terakhir ubat gigi Zaitun yg saya perolehi sekitar tahun 2005 dulu ( dah tarikh luput )…sehingga kini di merata2 tempat kedai runcit dan pasaraya yg saya pergi, belum lagi saya jumpa jenama ubat gigi ini lagi..Pada anda yg tahu info ubat gigi ini, boleh tinggalkan comment pada saya...

Tuesday, October 6, 2009

Lesen Memandu

Sebelum kita balik cuti raya hari tu, dalam sibuk2 persiapan hari raya ada tak kenkawan kita sempat tengok lesen memandu dah mati ke belum tarikh tempohnya..? haa..aaa..mesti ada yg kantoi masa tu…Yg kantoi tu sah le raya ke-4 beraya di Pejabat Pos atau JPJ renew lesen memandu…Heee…eee…
Jadi, permulaan posting saya selepas cuti raya ni adalah lesen memandu..Bukan lesen zaman sekarang tapi awal 80-an..


Lesen memandu yg old skool ini telah saya perolehi daripada seorang Otai di tempat kerja saya..Tak lama lagi nak pencen la tu..Jadi dia dgn murah hati telah mendermakan lesen memandu old skool ini kepada saya sebab tau minat saya kepada barang2 old skool ini..Terima kasih wak Dee dari Kg. Dato’ Abu Bakar Baginda, Kajang..Dah lama gak saya mencari lesen memandu old skool ini..Org tua saya punya lesen memandu dulu2 pun dah bakar..Yg ada jumpa dari otai2/kawan pun kebanyakannya simpan dalam koleksi masing2..Lesen memandu awal 80-an yg saya perolehi ini saiznya lebih kurang saiz poket kemeja lelaki kalau di lipat ( photo 1 ) dan kalau dibuka ia memanjang ( photo 2 )…Tulisan pada lesen di printed hijau…Memang design lipat menurut wak Dee..Kalau di simpan dalam dompet, ngam2 je..



Photo di atas adalah bahagian depan lesen memandu..



Photo di atas memaparkan bahagian belakang lesen memandu..

Awal 80-an dulu apabila lesen memandu diperbaharui, tarikh habis ( tempo tamat ) akan di cetak di belakang lesen memandu ini..Maknanya satu lesen memandu akan dipakai bertahun2 sehingga habis bahagian cetakan tarikh tempoh lesen.Bayaran perbaharui lesen memandu untuk setahun pada zaman tu RM 20 setahun...Zaman sekarang kita akan dapat kad tempoh lesen memandu yg baru setiap kali perbaharui..

Lesen Drebar Kereta Perkhidmatan Awam ( lesen Teksi / Sewa sahaja )

Lesen drebar old skool ini pun wak Dee yg kasi kat saya..Saiznya sama, jenis lipat dan printed merah..Design awal 80-an juga dan setiap kali diperbaharui akan di cetak tarikh habis ( tempoh tamat ) di bahagian belakang lesen..Bayaran setiap kali diperbaharui untuk lesen drebar ini RM10 setahun..







Kalau ada sesaper yg ikhlas nak kasi / trade geran kenderaan old skool boleh la hubungi saya yek..