Showing posts with label Alat tulis. Show all posts
Showing posts with label Alat tulis. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Buku latihan dan pensil

Salam semua... Selamat tahun baru 2013. Dah lama tak berblog, kini blog ni kembali beraktif semula harap2nya. Alam persekolahan 2013 telah bermula. Bila kita ingat alam sekolah, mesti kita ingat buku teks, buku latihan, pen, pensil dan mcm2 lagi kita guna masa dulu.

Zaman persekolahan aku bermula pertengahan tahun 80-an. Buku latihan yang aku beli di kedai2 biasa ketika itu tidak sama dengan yang aku dapat buku ini di kedai lama. 




  " Pena Pilot yang memperbaiki tulisan tuan "

Anda boleh menilai sendiri usia buku latihan ini dan ada diantara anda pernah memakai buku latihan ini dan masih menyimpannya.


Antara pensil2 sekolah zaman malaya yang ada dalam koleksi saya.


Monday, April 11, 2011

Retype correction fluid

Ini satu lagi liquid paper atau correction fluid dalam koleksi saya iaitu dari jenama Retype. Mungkin anda pernah memakai yang ini? Percuma 1 paper clip apabila membeli satu set liquid ini.




Satu botol hijau correction fluid 20ml berberus dan satu botol merah 20ml solvent / thinner. Percuma 1 paper clip Retype.




Retype juga di pasarkan dari Bayan Lepas, Penang oleh sebuah syarikat dikenali Widetech Manufacturing Sdn.Bhd.

Saturday, April 9, 2011

Liquid paper oh liquid paper...

Rasanya kali terakhir aku terpandang liquid paper jenis ni tahun 1991 yang lalu. Jenama tidak aku ingat lagi tetapi jenama Paper Mate antara paling top dan mahal masa tu. Tipp- Ex correction fluid jenis berus sudah pasti antara kenkawan pernah menggunakannya. Aku rasa ramai generasi 90-an tak sempat mengguna liquid paper jenis berus ini kerana waktu itu liquid paper jenis goncang dulu ( bebola besi ) sudah mula masuk pasaran.




Untuk jenis ini mesti ada thinner untuk mencairkan liquid paper yang sudah keras di dalam botol berberus tersebut sebelum kita menyapu pada tempat yang salah tulis atau menaip.



Hati-hati ketika mengguna thinner ini sewaktu menuang beberapa titis ke dalam botol berberus tersebut kerana mudah gatal sedikit sekira terkena kulit dan pedih kalau terkena mata. Tapi aku ingat lagi masa dulu, abang aku suka sangat titis thinner liquid ini pada lipas2 yang berkeliaran di rumah orang tua. Mengelupar lipas dibuatnya.



Barangkali di sebelah utara masih ada kodak-kodak atau sisa-sisa liquid paper ini kerana bertempat di Perai, Pulau Pinang ia mula diedarkan. Tipp-Ex keluaran produk Jerman.

Monday, March 28, 2011

Penebuk lubang kertas atau ' puncher '

Selama hidup aku bergelumang dengan alat penebuk lubang kertas sejak dari bangku sekolah hingga-lah saat bekerja, ini lah kali pertama aku jumpa 'puncher' yang berat lain macam. Lebih kurang berat 2 buah tin susu cap teko.






Alat penebuk lubang kertas ini masih dalam keadaan baik lagi. Satu lagi barang buatan England yang telah di bawa masuk ke Malaya sejak 50 tahun yang lalu. Di body puncher tersebut ada tertulis Lightning Perforator dengan no 4314. Velos Trade Mark.

Monday, July 13, 2009

Water Colour Panda Brand yg old skool

Kalau ada beg old skool cap Panda , kali ni giliran water colour cap Panda pula muncul dalam blog saya ni..Ramai bro2, akak2, otai2 pasti pernah pakai water colour ini waktu di bangku sekolah dula-dula..Mungkin antara miker semua pro mengguna water colour ini dan mungkin antaranya skang dah jadi pelukis negara setelah memakai water colour Panda Brand ini..Seingat saya tahun 1991-1992, saya memang guna water colour jenis ini sebelum brand Buncho..Itu pun abang saya yg rekeman brand ini sbb sebelum tu saya dah pakai water colour yg kotaknya warna biru2 muda dan gelap,ada gambar brushes2 skit tapi tak ingat brand apa..Harganya pun paling murah skali..





Water colour old skool yg saya punya ini terdapat 12 warna. Tak silap saya ada yg 24 warna, kotaknye panjang lagi..Kalau ada sesaper collector water colour tolong refresh balik info utk saya..



Ni bahagian dalamnye yg masih ada plastik air bubble..Jari korang pasti geram nak letup2-kan plastik air bubble ni sbb masa aku dapat water colour ni ada kat 10 air bubble dah aku letupkan..Rasanye dula2 korang punya water colour pasti plastik air bubble korang kerjakan jugak..




Condition pembalut pada setiap water colour dan penutupnya semua dalam keadaan baik..Takde yg koyak atau hilang..Isi warna dalamnye juga masih baik dan tidak keras..Bau warnannye still mcm dulu, ada tengit2 skit tapi ikut labeling kotak water colour ini tulis non-toxic…itulah sedikit sebanyak info dan gambar tentang water colour old skool Panda Brand keluran Tianjin, China model ini..Mungkin ada water colour Panda Brand packing baru di pasaran skang ???

Monday, July 6, 2009

Kotak Pensil Magnet 3 Pintu

Masih ingat lagi kotak pensil ada magnet ni??Pasti ramai pernah guna masa sekolah2 dulu..Pensil box magnet ni tak pernah aku pakai pun sbb harganya masa tu mahal..Masa zaman tu semua benda kita nak bukan??.Dalam kelas aku ( darjah 2 masa tu ), yg aku perasan kebanyakan anak2 murid Cina yg majoriti pakai pensil box magnet ni..Mak bapak diaorg masa tu manyak duit..Budak Melayu masa tu termasuk aku meleleh je tengok..Pakai le pensil box plastik Panda ke, yg keras skit tu ke dgn harga tak sampai seringgit..



Setelah 22 tahun, baru le dapat merasa dan memiliki pensil box magnet yg old skool ini..Itu pun dapat kat Memory Lane Ipoh..Harga asal pd pensil box ni masih ada lagi iaitu $9.90 cop pasaraya Super Kinta...Org Ipoh pasti familiar dgn nama Super Kinta..Rasanye dah lebih 6 tahun pasaraya ini berkubor disebab arus pembangunan shopping centre baru seperti Ipoh Parade dll..



Bahagian depan pensil box ni ada 2 penutup ( pintu )..Satu penutup yg besar mengandungi 2 ruang dimana salah satunye adalah bahagian letak pensil ( pencil room ) dan satu lagi ruang tambahan ( extra room )..Tempat selit pensil tu mcm tempat pelancar peluru berpandu je…


Penutup depan yg satu lagi ni kecik skit dan ruangnya adalah untuk simpan pemadam getah ( eraser room )..Ada sticker 3DOORS ditempek kat bahagian dalam depan pensil box..


Yg ni adalah bahagian belakang pensil box magnet..Ruang dalam adalah untuk menyimpan gunting ( scissors room )..Biasa dulu2 kita bawak gunting ke kelas jenis gunting kecik yg boleh lipat, bukan gunting besi yg mak kita potong kain tu..Kat tepi ruang tu ada sticker untuk di tulis nama, sekolah dan kelas manakala bawah penutup depan dan belakang pensil box ni ada clear plastik pocket..Seingat aku la kalau kita beli pensil box magnet baru ni kat clear plastik pocket ni ada diberi pembaris kertas dan kad jadual kelas..


Ruang terakhir dan paling special yg ada pada pencil box magnet ni kalau korang masih ingat adalah tempat asah pensil ( sharpener )..Mudah dan takde nak pikir2 kalau sharpener pensil kena kebas..Kalau ada yg nak kebas jugak, skali pensil box la dia kebas..Haa..haaa..aah..
Kat kedai2 skang masih berlambak pensil box magnet dijual dengan design kartun yg lebih menarik seperti digimon, x-men, batman dan banyak lagi dan yg paling old skool skali pensil box magnet ini lah…Watak kartun yg simple MYLENE dgn anak anjingnye..

Friday, June 12, 2009

Pencil Box ' Oxford '



Haa..haaa..Ramai org mesti ada pensil box ni kan?? Yg brand ni dulu masa form 2 aku guna tapi isi2 dalam takde le, pakai pensil box je. Itu pun abg aku bagi sbb barang dalam2nye ( geometri set ) dah dikapur kawan2 kelasnye..Bengang punya pasai dia kasi aku pensil boxnye..aku pakai le pastu..lepas tu lebur mana pegi dah..




Sekarang aku dah dapat balik pensil box Oxford ni balik..Boleh kata set dalamnye hampir complete lagi..Cuma beza pensil box ni dgn sekarang yg masih ada jual dia punya formula siap print bawah penutupnya..Dulu ada kertas formula dgn jadual kelas..

Saturday, May 30, 2009

Pencil box 'old skool'


Haa...akhirnya aku dapat jugak pencil box design old skool ni..Kalo nak tau masa aku darjah 1 ( 1985 ) dulu pakai pencil box ni la tapi warna biru..Simple dan murah masa zaman tu..ada kwn2 kelas aku pakai mcm ni dan yg besar skit pun ada..kalo yg kaya2 pakai yg ada pensil box magnet tu..Depan belakang boleh isi pen,pensil..


Pensil box ni juga lah aku jadikan sebagai mainan dalam kelas aku..Kononnye jadi lori pasir la..Pemadam jadi driver,penutup jadi tempat letak pasir..pasir lak ambik kat tepi longkang kelas aku..siap tuang pasir atas meja..tu lah zaman kebudakan aku dulu..


Yang ni pensil box nye besar skit..ada kwn kelas aku masa tu pakai yg design ni..ada gambar anak Panda dan ibunya..pasni nak cari design ada magnet tu tapi design old skool lah..

Saturday, May 23, 2009

Pen Bic dan Reynolds


Masa aku sekolah menengah dulu sekitar 1991-1995 pen ni la yg selalu aku guna..jenama reynolds yg mula2 aku pakai pastu member kelas aku yg mat bunga rekeman beli pen bic yg berbunga2 ni..Aku pun terpedaya beli la tapi aku tak mat bunga le bai..Harga masa tu sehenggit ( $ 1.00 ) rasanye, tak ingat la..kalo ada yg ingat tolong ingatkan aku..Pen reynolds ni aku jumpa dalam almari kat kampong aku, masa tu mak aku suruh clearkan harta karun aku dulu2 dalam almari tu. Maka terjumpa le pen old skool aku ni..Buku tulis sekolah aku, report card kelas aku masa darjah 1 sampai tingkatan lima, kertas exam semua ada..Nanti aku upload gambarnye..


Pen ni aku ada pakai masa final SPMV aku dulu..tarak ong la..Hee..hee..Nak aku cerita skit pasal magic pen ni..Pen ni boleh melekat pada muncung pen yg satu jenis dgnnye..Siap pusing2 sekeliling muncung pen yg satu lagi. Caranye buka tudung pemegang pen yg depan tu ( bukan tudung penutup pen ), ambil rambut yek, bukan bulu janggut..Masukkan dalam depan tudung pemegang tu, tinggal kan skit mcm tali gantung tu..Masukkan balik batang dakwat ke dalam penutup pemegang tu, pulas ketat tudung belakang pen tu dgn tudung pemegang..Ambik pen 1 lagi, yg ada rambut tadi selitkan pada muncung pen 1 lagi tu. Pusingkan laju2..Magickan?? tak tercampak pun pen ada rambut tu kan, siap melekat dan berpusing beb...Pasni aku nak cari pemadam lama dan pensil box dulu2..Aku dulu pakai kotak pensil besi je, itu pun mintak abg aku punya..nak beli mcm kawan2 yg ada magnet tu tak mampu...tapi aku try dapatkan yg old skool..