Tuesday, August 25, 2009

Botol Kaca F&N Cordial



Kalau dilihat pada iklan F&N di atas yg pernah keluar Nov 1979, masih ingat tak lagi korang semua botol kaca tersebut..?? Kalau bulan poser je pasti mak bapak kita beli sebotol cordial Oren Squash ni untuk dibuat minuman berbuka puasa…Kalau mak aku pasti dia akan tambah air gula dulu,pastu baru bubuh cordial ni skit dengan air masak, campur ais batu last skali setiap kali buat bancuhan air Oren Squash ini..So.,dapat le jimat skit cordial ini untuk diguna pada hari raya pulak nanti..Maklum le masa tu harga sebotol pun dikira mahal, jadi bapak aku beli satu je la..
Setelah 20 tahun berlalu, botol kaca F&N Cordial yg dah tak keluar design ni lagi telah berjaya aku perolehi untuk dibuat koleksi barang old skool aku..Kali ini bukan cordial Oren Squash tapi perisa cordial Sirap Ros pulak…Memang ada perisa lain lagi yg pernah keluar di pasaran sewaktu itu seperti perisa cordial Laici dan Sarsi seingat aku la….



Botol cordial Sirap Ros ini kandungan syrupnya 750ml dan diperbuat oleh Fraser & Neave (M) Sdn. Bhd di alamat Jalan Foss, 56200 Kuala Lumpur..Label F&N Cordial pada botol adalah jenis label kertas bertampal..


Bahagian penutup botol yg masih belum dibuka lagi..Jenis penutup aluminium..


Ada tulisan timbul ‘ Bottled by Fraser & Neave ‘ di bahagian tepi botol atas sebelum label kertas..


Ada tulisan timbul ‘ No Deposit No Return ‘ di bahagian tepi botol bawah selepas label kertas..

Wednesday, August 19, 2009

Lighter old skool

Lighter old skool ini antara jenis lighter yg menggunakan minyak tanah, bahan material tidak mudah berkarat dan tidak berat..Pernah keluar di pasaran sejak tahun 70-an menurut tokei kedai lama tersebut dan jenama lighter ini adalah Rubicon Democrat..Terdapat juga jenis material tembaga, jenama yg lain dan design yg masih sama tetapi tidak dijual kerana harganya mahal..




Bahagian atas penjuru kiri tu ada ruang udara oksigen masuk untuk ruangan penyalaan api.


Yang besar memanjang tu bila tekan ke dalam,penutup kecik yg depannya akan terbukak..Dalam masa yg sama sparking api berlaku dan penyalaaan api berlaku..


Di bahagian bawahnye terdapat 2 penutup lubang berskru..Penutup yg kecil tu tempat letak batu api dan yg besar tu tempat isi minyak..Jenama Rubicon Democrat dan siri number tertera di bawah tapak lighter old skool ini..

Thursday, August 13, 2009

Air RAP

Siapa pernah minum air jenama RAP ini..?? Pasti korang pernah minum kan tapi aku tak pernah minum masalahnye..padahal nak kata antik tak le tapi pernah keluar di pasaran semasa zaman kumpulan rap Malaysia mula2 meletup dula-dula seperti kumpulan 4U2C, Feminin,Nico dan lain2 lagi..Masa tu aku tak berapa syok nak layan rap-rap ni..Jadi nak ringkas cerita mcmane botol ni aku dapat, waktu aku singgah umah akak ipar aku kat Klang, dia duk sibuk kemas2 bilik yg dijadikan tempat stor barang2..kira nak buang le mana yg tak nak..boleh pulak terpacul botol ini..Apa lagi, aku chuup la botol ni…heee..eee..eee…




Botol plastik ni pembalut jenamanya ada 2 bahagian yg sama design cuma bahagian belakangnye koyak skit..Kandungan air utk botol ini 1.25 L..Ada pelbagai perisa..Seingat aku ada Oren dan Anggur..Yang aku dapat ni hanya botol perisa Sarsi..


Ada pulak gambar kartun mat rap 4U2C..wajah AC Mizal kot..?? heee..heee…


Alamat terakhir produk ini SBM Trading Sdn Bhd..Jalan Paku Seksyen 16, Shah Alam..Skang rasanye dah runtuh bangunan tersebut..dah naik apartment kalau tak silap..Tak tau le kenapa produk ini dah takde di pasaran lagi…kalau korang ada lebih info pasal nostalgia air jenama RAP ni, komen kat saya nanti yek..

Thursday, August 6, 2009

ALBUM KOLEKSI KAD PEMAIN BOLASEPAK

Pasti korang ingat lagi album ( Footballer Card Collector’s Album ) yg old skool ini..Pasti ada masih menyimpan dan di dalamnye complete semua kad pemain EPL dulu-dulu..Buku ni seingat aku masa aku darjah 2 ( 1986 ), abang sulung aku memang gila mengumpul kad2 koleksi pemain EPL dulu2 untuk album dia tu…Sehinggakan yg lebih kad koleksi pemain yg sama dia dapat ( yg extra la ) siap tampal kad almari baju kayu abang aku…Aku plak gatal menyungkil sampaikan abang aku mengamuk..Hee..hee…eee...
La ni album tu dah arwah..mak aku bakar 15 tahun yg lalu..Toing..toing…toing…Abang aku ni memang dari dulu memang fanatik Liverpool…kalau tak, dia tak beli album dgn kad koleksi pemain tu..Boleh kata satu family aku memang di didik oleh abang aku supaya menyokong team Liverpool…Termasuk org tua aku...Ok lah, saya posting dulu album koleksi kad pemain bolasepak yg old skool yg berjaya aku perolehi semula ni utk tatapan semua…


Bahagian muka depan kulit album…


Bahagian muka kedua kulit…Ada ruangan catitan perpindahan pemain dan bayaran perpindahan pemain serta tarikh..




Bahagian muka ni extra posting skit buat fans Liverpool..Kanny Daglish dula-dula..Hee..heee.Ada ruang kad yg tak complete lagi..



Bahagian belakang kulit album

Skang ni aku sedang usaha mencari koleksi kad2 pemain yg tak cukup lagi dalam album ni..Susah nye nak jumpa hamba yg ada jual lagi koleksi kad pemain utk album ini..Kot saper2 yg ada extra kad pemain nanti kasitau saya yek..nanti saya senaraikan list2 pemain yang saya takde..Try nak completekan…pasti abang aku paling gembira kalau dia dapat tau album ni dah ada pada tangan aku skang sebab sehingga kini aku masih merahsiakannye…Yang paling rare abang aku ada adalah jersi Liverpool tahun 1985-87 Crown Paint warna kuning..Waktu tu dia study kat US, cuti musim dia pi jalan kat Liverpool..sambar terus le dia..pasti meleleh kalau korang tengok lebih2 lagi aku…kalau sempat nanti aku posting..nak kena snap photo baju tu dulu kat umah dia…