Saturday, February 12, 2011

Beg plastik Milo Sukan Seap 1971

Sukan SEAP ke sukan SEA? Mula2 dulu tahun 1959 di panggil Sukan Semenanjung Asia Tenggara ( SEAP ) dan negara tuan rumah pertama Sukan SEAP ialah Thailand. Malaysia menjadi tuan rumah kali pertama ialah pada tahun 1965. Pada tahun 1977, Sukan SEAP telah di tukar kepada Sukan Asia Tenggara ( SEA ). Sekarang beg plastik Milo ini sudah hampir berusia 40 tahun dan masih keadaan baik lagi.




Sedikit info ( sumber b.harian & utusan ) :

Bekas jaguh lumba basikal negara dan jurulatih basikal kebangsaan, Daud Ibrahim, meninggal dunia apabila kereta yang dipandunya dilanggar sebuah treler di Kilometer 232.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, awal pagi 12 November 2010 yg lalu. Tahun 1971 merupakan tahun paling cemerlang dalam karier arwah apabila membolot empat pingat emas pada Sukan Seap 1971 yang menyaksikan dia dianugerahkan Olahragawan Kebangsaan pada tahun yang sama.

Arwah terus menyumbang bakti kepada negara dalam acara basikal apabila turut memungut satu pingat perak Sukan SEAP 1973, mewakili negara pada Sukan Olimpik Munich (1972) dan Sukan Komanwel yang dilangsungkan di New Zealand pada tahun 1974. Sebagai mengenang jasanya itu, arwah diberikan penghormatan menyalakan obor Sukan SEA XXI di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun 2001.

7 comments:

ainzuryn said...

wah! masa sukan sea ni akak masih dalam perut mak ler...hehe

Spallan said...

Wow, warna yang terang dan gambar/grafik yang sangat jelas. Kedut pun tarak. Memang terbaik beg ni bro. Syabas.

Fitri Osman said...

AINZURYN.. ye ker...silap2 anak akak pun atlit sukan utk negara nanti...

SPALLAN..tajam mata bro tu. Hebat..!!

iaryylr said...

Bro! ehem ehem, eheeemmmm eheemmmmm!
aaa? ada stu jer? alamak!
Syabas Bro! memang sangat cun plastik nie lagi!

Fitri Osman said...

iaryllr..ada extra saya roger...

frightrice said...

Cun gila plastik Milo ni, i like :)

Fitri Osman said...

wahhh...muka baru hehehe...i like it