Monday, December 27, 2010

Tahniah Harimau Malaya !!! RM 30 = 3-0 ...

Tahniah buat skuad Harimau Malaya kita yg sudah menang 3-0 semalam di pentas final Piala AFF Suzuki 2010 untuk Round 1 di Stadium Bukit Jalil.. Memang dramatik dengan aksi dari pemain hingga le penyokong Malaysia & Indonesia. Terima kasih buat PDRM,FRU,RELA kerana bertungkus-lumus menjaga aku dan 79,999 penyokong Malaysia yg lain..



Ni ada beberapa gambar yg sempat aku ambik semalam dan gambar tak berapa clear sgt sebab snap gambar pakai camera hp. Tak bawak kamera sbb takut dibasahi hujan lebat. Pergi naik motor nak elak kesesakan jammed teruk. Memang hujan lebat masa aku turun dari rumah nak ke stadium semalam. Tapi sempat berteduh dulu di beberapa lokasi tempat motorsikal berteduh.


Sessi warming up pemain Harimau Malaya kira2 pukul 7.00 pm..


Masih banyak kekosongan tempat duduk di tgkt atas tempat duduk penyokong Indonesia.. Kira2 10 minit perlawanan sudah bermula tempat duduk tersebut telah di jajah rakyat Malaysia....






Setelah gol ke-3, penyokong Indon sudah mula pulang pak..


Penyokong Malaya pun mula pulang setelah tamat perlawanan dengan senyum bangat..!!!

Semoga round 2 di Stadium Gelora, kita doakan pasukan Harimau Malaya kita terus berjaya dan sekali gus menjuarai buat kali pertama..

3 comments:

Iaryylr said...

Syabas Bro Fitri! seronok sungguh pastinya hati!

frightrice said...

Hoh, memang dasat Malaysia main, pd awalnya nampak menyaspenkan skali, lepas kecoh tu tiba2 skill semcm, passing chantek jer. Tapi aku nampak jugak laser kat muka goalie tu tapi benda ni tak bolehlah jadi alasan, kalau 1-0 mungkin la, ini 3-0 :)

Apapun tak patut la main laser2 ni. Walaupun team kita takde org putih kita tak perlu pakai menda ni semua, kita tunggu di Jakarta pulak :) Malaysia Buleh!

Fitri Osman said...

Bro iaryylr,
Memang best malam tu lebih2 lagi lepas game abis. Berpesta-pesta di luar stadium..

Bro frightrice,
Frust jugak kalau ada fans kita buat mcm tu..Silap2 malam tu stop game dan Indon menang free 3-0..Tapi keputusan pengadil dan pegawai2 lain bijak.. Bayangkan 80,000 fans Malaya tenyeh 15,000 fans indon..Jadi gudang garam laa...hahahaa...