Tuesday, April 27, 2010

Tiket bas pekan Ipoh…

Kali terakhir aku naik bas pekan sekitar Ipoh ni rasanya last tahun 1996 sebab tahun 1997 aku dah beli Honda Cub second hand…itu pun belasah pakai duit study loan…hee..heee…Sampai la ni aku pakai harian motor cub tu pegi balik keje…Masa dah ada Honda cub tu, tak pandang dah bas pekan…tak naik dah, berlagak…..! tapi aku bernasib baik jugak sebab berlagak aku tak nak naik bas pekan dapat jugak aku kumpul balik set tiket2 bas pekan yang boleh dikatakan lengkap semuanya…Tiket bas keluaran syarikat pengangkutan Ipoh Omnibus Co. Sdn Bhd. Syarikat ni boleh dikatakan menguasai bas2 awam dalam pekan Ipoh dan sekitarnya sejak aku darjah dua lagi…Tiket pun sama je, tak pernah berubah design yg baru…


Masa dulu konduktor tiket akan koyak skit je tiket ni..pastu maju skit pakai ketik-ketik kasi berlubang skit kat tepi nombor2 tu..sekarang tak pakai dah tiket ni..masuk duit je dalam tong kat tepi drebar bas tu…

Kalau kenkawan gi jalan2 Ipoh tu, korang masih lagi berpeluang melihat bas2 pekan old skool yg masih digunakan sehingga hari ni..Kalau tingkap tolak depan belakang tu banyak lagi, tapi kalau nasib ada baik, tingkap tolak ke atas bawah pun boleh jumpa…memang old skool tapi mungkin ada setengah orang rasa macam ketinggalan zaman je bas tu kalau pertama kali turun Ipoh…



Salah satu bas tingkap tolak depan belakang yg masih di gunakan lagi...Ipoh Omnibus Co. Sdn Bhd antara syarikat pengangkutan paling lama bertahan.. Sejak aku darjah satu sampai pass SPM, dah jadi seorang bapak pun masih ada lagi…nostalgia betoi…
Papahal pun Ipoh masih ada lagi barang2 old skool yang masih bersepah di jalanraya dan belakang lokain yg masih belum jatuh ke tangan kolektor-kolektor Malaya...

4 comments:

Eis' Antique said...

saudagar fitri..! yg tak syok bila naik bus tu bila hujan tingkap pulak jem ! tak boleh tutup haram jadah basah habis..hahaha..! betoi nostalgia lar..kalau d KL tiket nya panjang bila konduktor tu pegang nampak banyak jer berwarna warni tiket tu..geram tengok rasa mcm nak rampas jer kat konduktor tuu.! kalau d KL ter kenal dengan bas "TONG FONG" tanya cek mat kita dia tau lar..anak jati KL mesti tau..satu lagi bila inspector naik nak cek tiket muka buat bodoh jerrr..! sb tak bayar kat konduktor tadi..konduktor plk tak tau..hahahaha..!

Fitri Osman said...

hahaahhaa...satu lagi, nak tekan loceng cukup payah. Dia bukan punat, tapi mcm pembaris hitam panjang..tekan2 tak bunyi, mengelebah ler...ada kes tingkap tolak ke atas jatuh balik..rasanya ramai yg makan siku...

tapi tiket bas mini kolumpor teman tak banyak ada....waaa.....

Spallan said...

bro fitri, nasib baik hang sempat simpat tiket-tiket bas tu, sangat nostalgic, siap frame lagi, syabas. sekarang bas stesen tanjung rambutan pun dah takda (yang depan kedai nasi kandar ayam merah, dekat balai polis Ipoh), medan kidd pun dah takda, pasar bulat pun takda juga....

Fitri Osman said...

MEDAN KID dah tutap..tukar medan gopeng..itu bas express..kalau bas loncat/pekan kat depan medan kidd ada lagi rasanya..nak kena tengok balik..brape tahun tak naik daa...