Wednesday, February 24, 2010

Penangan cuti raya cina…

Cuti raya Cina yang lalu ramai kenkawan balik ke kampong.. Aku pun tak miss la balik kampong jugak..So far perjalanan aku lancar sebab aku balik lewat tengah malam dan tak ikut lebuhraya sejak 6 tahun yg lalu...Senang citer ikut jalan lama lah…Ni bukan nak save budget pasal tol tapi ikut jalan2 lama ni memang favourite aku lah dan bagi aku lebuhraya ni dah muak tengok.. Kenkawan yg kenal aku ni memang tau la…

Masa aku balik kampung lewat malam hari tu pun jalan lama tak ler jem sangat..ada le satu dua tempat slow moving sbb kereta accident.. Aku kalau dah mula fedup mulalah ikut bontot kereta yg short-cut jalan dalam kampung pulak..Kena pulak malam tu ada 1 tempat slow moving, aku pun redah follow satu kereta yg patah balik dan masuk jalan kampung.. Aku pun follow dan belakang aku pun ada 2-3 kereta jugak yg follow aku. Dalam hati aku jangan kereta depan aku ni balik umah dia sudah..akhirnya aku tak berputih mata memang sah kereta depan aku lebih expert jalan kampung sebab kereta tu redah sampai jumpa jalan besar balik…Sambil2 tu aku pun wusha la kot2 ada kedai2 runcit papan dalam kampung tu. Memang ada 1 kedai runcit yg aku tak terlepas pandang…Pada keesokan harinya, tanpa membuang masa aku pun pi tuju balik kedai tu kebetulan jarak kedai runcit tu mengambil masa 40 minit dari umah pak mentua aku…Biasanya kedai2 melayu di kampung2 jarang tutup cuti raya Cina…Ni le penangan aku cuti raya Cina baru2 ni..



Ini gambar belakang kedai runcit papan yang sempat aku ambik gambar time korek hari tu..Dulu memang stor letak barang2.. Memandangkan stor ni pernah di tenggelami banjir 8 tahun yang lalu, banyak barang old stok dan new stok tuan empunya kedai ni rosak..Dia pun tak sempat sgt kemas utk buang..jadi aku pun tolong le kemas dan tapau apa yang boleh..Banyak gak barang rosak seperti teh kampung lama2, botol2 berkarbonat, sabun , bedak, ubat gigi,tong biskut dan tak lupa lipas, lipan dan katak yang masih hidup lagi…

Tin Rap pulak dapat di stor kedai tu…

Dulu aku pernah dapat botol plastik tapak bawah hitam..Kali ni tinnya pulak..Perisa Ice Cream Soda tapi kosong la…Ni aku dapat bawah crate / kotak kayu F&N yg di buat lapik alas kotak sabun di stor kedai tu..Kebetulan aku nak tengok crate ni ok tak dalamnya tapi tin ni yg dapat..Crate F&N memang reput bila aku angkat…Tak dapat nak di selamat…






Dua gambar terakhir di atas menunjuk message yg di sampaikan selepas minum habis air tin ni..’Dont litter’ dan ‘please recycle’..Dan tepi sebelah 325ml pulak “save our environment re-cycle all you can “ … Ada perbezaan message yg di sampaikan dengan tin2 karbonat yg lain seperti F&N, Pepsi dan Coca-cola era awal 90-an dulu….Apa2 pun jangan terlepas pandang bak kata otai Daud…..

Thursday, February 18, 2010

Tin sign Milo

Ni antara tin sign Milo yang aku dapat dari kedai runcit papan di Perak..Pada asalnya tin sign yg bersaiz lebih kurang panjang 1 kaki ni telah di tampal pada sisi dinding almari display kedai runcit tersebut bagi menutup lubang yg reput pada dinding almari display yg berusia lebih 60 tahun..Mula2 memang aku tak perasan kan tin sign ni sebab di lindungi pandangan dgn kotak2 berisi bawang kedai tersebut..Memandangkan aku selalu datang kedai tersebut membeli ais krim pop anak aku, tuan kedai tersebut tak keberatan nak bagi aku tin sign Milo ini atas regular customer aiskrim pop di kampung tersebut..



Masa nak bukak tin sign ni, terpaksalah bekerja keras skit..sebab nak alih kotak2 di tepi almari lama dulu. Pulak tu tin sign ni di paku cantik2 pada almari, terpaksalah hati2 mengumpil paku satu per satu supaya tin sign ni dengan dinding almari tersebut tak bertambah rosak..Tin sign ni masa dapat memang berkemek skit dan berhabuk hitam..Ada 2 lagi tin sign Milo, 1 Susu Cap Junjung yang aku tak ambik sebab dah terlampau karat sangat sehingga warna pun tak wujud lagi...Menurut tuan kedai, dulu di tampal pada dinding papan luar kedai tersebut..Lepas tu di alih pada tiang kayu depan kedai tesebut dan terakhir alih sebagai penampal lubang pd dinding almari display yang sudah reput..



Ini le hasil tin sign Milo selepas dibersihkan..Boleh lah jugak di padankan dengan tin Milo old skool aku ini....


Wednesday, February 10, 2010

Lampu jamban….

Semua tahu lampu jamban…bahasa kampung2 untuk lampu mentol jenis ni…sejak dulu hingga kini memang popular nama lampu jamban ni di kampung2…Lebih2 lagi jenama Philips yg tak asing lagi…tapi dah lama dah tak jumpa packing kotak mcm ni lagi….




Masih mencari lagi tapi setakat ni 2 biji ni je yang ada dalam koleksi aku…60 watt dan 100 watt..



Pada balutan kotak lampu jamban ni tertera cop SIRIM, model bulb, kuasa Watt dan buatan Malaysia….Memang ketara packing dulu dan sekarang..Aku rasa packing kotak sekarang mudah pecah sekiranya jatuh terhempas ke lantai berbanding packing kotak dahulu…


Ni signboard old skool Philips lampu jamban yang aku pernah jumpa di jual di flea market Ampcorp Mall beberapa bulan yg lepas….

Tuesday, February 2, 2010

Botol susu plastik…

Aku tak pernah pun tengok botol susu ni…Aku punya dulu pun tak mcm ni tapi menurut tuan kedai tu botol susu ni hampir berusia 30 tahun…Botol susu plastik ini ada pelbagai warna dan menurut tuan kedai papan ini lagi, dulu masa di jual memang kurang mendapat sambutan..Puncanya orang takut botol ni akan mengeluarkan kimia apabila di tuang air panas ke dalamnya…Jadi orang2 kampung sekalian tak stim nak beli botol susu ni untuk anak2 kecik mereka…




Mula2 aku ingat botol ni botol ubat batuk…Melihat pada badan botol ni complete label isipadu kandungan dalam ‘ Ounces ‘ …


Bahagian belakang botol ni pun ada label isipadu ‘ 0 – 250 ml ‘…

Untuk botol susu ini, putingnya aku tak dapat…Tuan kedai tersebut telah buang kesemua puting2nya sebab getah puting itu berubah warna dan berbau…Menurutnya lagi, puting botol ini akan dipasang terus ke muncung botol susu ini…Tak payah nak pulas ketat2 mcm botol susu sekarang..Kalau kenkawan pernah pakai atau ada lebih info tentang botol susu plastik ni, bolehlah sama2 share info..Sekarang ni aku cari mencari puting ni pulak..Kenkawan ada extra puting botol susu ni bolehlah kotim dengan saya….

Monday, February 1, 2010

Terlepas peluang....


Sorry to Lato' Chua, cikgu Kamil, otai Freddie, bro nazrin and girl Joeyi tak dapat datang support korang masa event World Cup Tour Trophy hari Jumaat lepas....Sepatutnya time aku datang round pukul 6 pm ( ganti korang jaga booth )hari tu aku terpaksa bergegas ke wad kecemasan Hospital Putrajaya sebab ada kes kemalangan hampir maut pada 2 orang staff kontaktor M&E aku di site...Tengah buat kerja tepi lebuhraya boleh pulak kereta user terbabas..Katanya mengantuk...Nak tanya korang semua ler..kalau mengantuk korang berani ke bawak kereta 150-160 km/h..??? kalau budak2 tu dah tercampak skali van transport diaorang ke hujung pagar hway korang nak cakap apa...?? Nasib umur diaorg panjang..seorang tu je usus dia darah dalam skit sbb impact kuat kereta malaun tu...

Aku terlepas peluang nak posing lagi kali kedua dgn tropi World Cup tu...papahal pun aku sempat datang di malam sebelum event tu...Tolong-tolong susun barang2 Coke...Malam tu aku sampai lewat jugak round 11 pm di atas kesibukan kerja jugak...Demi semangat nak support kawan2 aku rush dari Klang ke KL malam tu...ni ada skit photo prepare work malam tu...



Nak tengok banyak lagi info di masa event tu korang pi singgah blog bro spallan http://spallanpunya.blogspot.com/ dan blog cikgu kamil http://ahkaba.blogspot.com/ yang akan posting nanti....



Sunday, January 24, 2010

Satu jer……

Apa yang satu..?? Ni aku nak citer satu2....

Satu jemputan tak paksa dari aku untuk rakan2 blog, followers dan pengunjung2 blog aku ke Mid Valley Kuala Lumpur pada 29hb Januari 2010 ( Jumaat ) tinggal 5 hari lagi…FIFA World Cup Trophy Tour by Coca-Cola akan diadakan satu hari je dari pukul 10.00 pagi sampai 10.00 malam di Mid Valley Convention Centre….Rasa2 nak tengok piala dunia tu dekat2 datang ler…nak tau lebih lagi kenkawan lawat link ni :


http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/1/23/southneast/5528633&sec=southneast


Satu pujian buat Lato’ Chua dan cikgu Kamil yang sanggup berhempas pulas membuat persediaan mengumpul barang2 Coke dari serata dunia bertemakan Piala Dunia untuk di pamerkan di event itu nanti…

Satu penghargaan pada collector2 Coke yg lain seperti otai Freddie Ampang, bro Nazrin, bro blurguz79 dan ada lagi yg aku tak sempat nak senaraikan kerana sudi sponsor ‘pinjam’ koleksi masing2….supporter dari kenkawan di hargai…tabik 100x…

Satu kenangan aku setelah 4 tahun yang lalu…..
Haaa…Dulu aku mcm tak percaya jugak boleh tengok piala dunia ni dekat2..Mimpi pun tak pernah…Rezeki aku masa tu…Tanggal 9 Mac 2006, FIFA World Cup Trophy Tour by Coca-Cola singgah di iMax Theatre, Berjaya Times Square. Kenangan itu telah aku frame-kan di dalam satu bingkai gambar dalam bilik koleksi aku…


Satu orang satu tiket sajer boleh masuk masa tu..Ada anak kecik goodbye…kena ada tiket jugak..Aku dapat satu tiket percuma melalui contest Coca-Cola di 7-Eleven USJ 3...Syarat dia beli air Coke sekurang-kurang 2 x 500ml untuk menangi tiket World Cup Trophy Tour di Kuala Lumpur nanti…Soalannye mudah..siapa sponsor untuk tour itu…? Jadi tulis jawapannya di belakang resit pembelian, tulis nama, no telefon serta IC dan masukkan ke dalam peti kotak contest tersebut…Seminggu sekali, wakil Coca-Cola dan manager cawangan 7-E akan cabut 3 pemenang bertuah…Dia akan terus hubungi yg berjaya dan suruh ambil tiket tersebut di 7-E bila2 masa sahaja…Aku antara yg bertuah…

Ni le tiket masuknya…


Oleh kerana masa tu hari bekerja, aku terpaksa lari kejap dari site bagi tidak melepas satu peluang keemasan ini..Tiba di sana memang ramai fans sudah beratur panjang..Aku pun terus q…Di tangan masing2 memegang tiket sama mcm aku punya..Tanya2 diaorg menang contest jugak…Setiba giliran aku di pintu masuk, staff event tersebut mengoyak bahagian kepil tiket aku dan memberi gelang tangan getah Coke, cermin mata 3-D Coke dan beberapa catalog pasal event ini…



Mula2 group kami lebih kurang 60 orang di-briefing dulu pasal event ini..Trophy room adalah kawasan larangan ambil gambar…Lain2 area boleh..Kemudian di bawa masuk menyaksikan special 3-D movie pasal kehangatan bolasepak piala dunia selama kejohanan itu diadakan…Tayangan lebih kurang 20 minit jugak…Masa tu memang kena pakai cermin mata 3-D Coke ni…Memang stim le tengok…Visual dan audio memang sampai ke muka le…Kemudian saat2 yang di nantikan sudah tiba…Masa bergambar dengan trofi Piala Dunia pulak…

Satu2 gambar sempat aku ambik sewaktu beratur nak bergambar dengan trofi…
Tak brape clear sebab paham2 je la…Security dia straight…





Setiba giliran aku, aku di beri nombor photo dulu..Diberi amaran dari amoi event itu supaya tangan kena letak belakang, tangan tak boleh angkat atau memegang trofi tersebut..So aku pun tak leh nak buat apa2…terselit je la bendera Brazil aku….ingat nak kibar je…..itu lah syarat ketat di kenakan…


Sementara menunggu gambar siap, group aku ini di pelawa enjoy other entertainment Coca-Cola seperti permainan game, bergambar bersama staff event, melihat pameran demam bola di seluruh dunia dan mcm2 lagi…wusha jugak kalau ada display barang rare Coke Malaysia , hampehh takde pun…rasa dah merayau semua tempat event tu..

Permainan game bola…ada hadiah di tawarkan…

Bilik pameran pasal demam bola Piala Dunia…

Ni pun mengular tengok bola…

Kanak-kanak mangsa perang di Bosnia pun tak lari demam bola….

Fans siap pakai boot old skool Adidas pi tengok bola….

Antara staff event yg nak bergambar dengan aku….Aku pow baju tak dapat…haaaaaa….

Setelah gambar aku siap, aku pun cergas dulu sambung keje setelah 2 jam megular kat Berjaya Time Square...Ni le gambar yang dapat sekali dengan mini album FIFA World Cup Trophy Tour...



Semua souvenir aku dapat satu jer….satu kenangan dalam satu frame…Satu piala yang diburu oleh semua negara yang layak beraksi di Piala Dunia 2010 di South Africa dan termasuk pencopek profesional…Tu sebab kawalan ketat di kenakan…

Kejadian yang tidak disangka berlaku pada tahun 1983 apabila piala keagungan itu hilang selama-lamnya apabila dicuri daripada Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dan dipercayai telah dileburkan.Badan induk FIFA kemudiannya membuat piala dunia baru dengan berat menggunakan emas 18 karat, 36 cm tinggi dan mempunyai berat 4.97 kg dan di reka oleh pereka terkenal Itali,Silvio Gazzaniaga dan ia telah digunakan sehingga sekarang. FIFA menetapkan hanya ketua-ketua Negara dan pemenang Piala Dunia sahaja yang boleh menyentuh piala tersebut. Replika trofi yang disaluti emas akan diberikan untuk dsimpan oleh pemenang.

Itu Piala very very rare woooo….yang pernah collect simpan kat rumah pencopek itu hari je la…


Thursday, January 14, 2010

Kotak biru tapi dalamnya.....

Minggu ni adalah minggu kedua alam persekolahan di tahun 2010..Jadi kasut sekolah yg bau2 kedai minggu lepas hari ni mungkin dah bau bangkai..itu pun kalau makbapak basuh cuti hujung minggu lepas , ada la bau wangi skit...cerita balik kat bab kasut sekolah, teringat pulak aku kat kasut sekolah ni..Selama 3 tahun aku mencari jenis kasut sekolah ni, mcm2 kedai lama jual kasut aku korek..Sampai ada satu kedai lama jual kasut dah terbakor pun ada..pertama kali pergi ok, kali kedua lalu area kedai tu dah tinggal tiang hitam je..akhirnya berjaya juga aku dapat kasut ni..Mula2 tu suspen jugak bila masuk belakang stor kedai apek jual kasut tu..Bukan apa kalau dah kedai lama tengah syok2 korek, boleh jumpa yg tak sepatutnya..Setakat ni ular memang tak pernah bersemuka le dengan aku..kalau anjing tido, ayam bertelor, musang, tikus, cencorot, labah2, nyamuk tu biasa le...



Masa mula2 aku keluarkan kotak ni memang tak susah sgt sebab di tak terhimpit dgn kotak2 kasut lama yg lain...Aku perhati dulu corak kotak ni..Memang kepala otak aku masa tu sudah mula teringat2 pasal kotak biru ni..Ada sesuatu yg best dok dalam ni..tengok alamat pada kotak ni pun Kelang, bukan kelantong...dah syak lagi yg ni mesti barang sebelum tahun 80-an lagi...Bila aku bukak je tepi penutup kotak ni, tangan pun tarik la kasut yg duduk dalam kotak ni.........

Bata tapak merahhhh..............!! apek kat belakang aku pun terkejut...'' aya kenapa ?? itu lama kasut saya simpan lama ooo..lu mau ka.."





Bila aku bandingkan jenis tapak merah ini dengan tapak hijau yang aku ada, memang terdapat perbezaan corak kusyen dalam kasut dan jahitan luar kasut..yang aku tau skit pasal no siries pada dalam kasut ni ialah 4016 tu model kasut, 336 tu kod warna kasut dan 12 adalah saiz kasut tersebut...bila aku tanya apek tu kasut tapak merah ni keluar sekali dengan design tapak hijau badminton master ke dulu...Dia pun tak ingat..Aku pun tak pernah pakai yg merah ni cuma pernah nampak masa sekolah dulu...Ada pendapat org kata yg ni org pompuan je banyak pakai time sekolah dulu2..Tapi aku dulu sekolah rendah dulu semuanya murid2 laki..Tapi ada gak yg pakai merah...

Apahal pun nextime, aku posting design lain plak Bata tapak merah lagi dan kasut sekolah Bata akak aku pakai dulu2...


Wednesday, January 6, 2010

Beg sekolah hijau 'button pulas'…

Hari ni first posting aku 2010..first week budak2 start mengaji ( sekolah )…Macam2 fesyen beg sekolah makbapak beli..Buku banyak nak bawak..Kalau pakai beg sekolah ni zaman sekarang rasanya cukup untuk isi bekas air dan tapperware makan aku je…Kenapa zaman 80-an dulu cukup..?? Beg hijau ni antara design di zaman aku budak sekolah dulu masa aku darjah 2 dulu..Anak cina kelas aku paling banyak pakai beg hijau jenis ni masa tu…kalau korang masih ingat lagi beg ni, petang besok korang ajak ' cikgu Kamil punya hobi tu dengan Amir pasar karat' pi mabuk teh kat mana2 kedai dot-dot….diaorg nak belanja….haaa..haaaaa….




Memang condition kain beg hijau ni macam kain jeans…keras skit dan tak mudah koyak…Saiz beg ni juga ada yang besar skit tapi aku tak ingat ada brape saiz..




Akan datang, ada rezeki aku akan posting beg hijau yg pakai besi 'bakker' plak…ala zaman budak sekolah rockers2 dula-dula yg banyak tukar tali sandang beg hijau pakai tali sandang gitar tu….