Tuesday, February 2, 2010

Botol susu plastik…

Aku tak pernah pun tengok botol susu ni…Aku punya dulu pun tak mcm ni tapi menurut tuan kedai tu botol susu ni hampir berusia 30 tahun…Botol susu plastik ini ada pelbagai warna dan menurut tuan kedai papan ini lagi, dulu masa di jual memang kurang mendapat sambutan..Puncanya orang takut botol ni akan mengeluarkan kimia apabila di tuang air panas ke dalamnya…Jadi orang2 kampung sekalian tak stim nak beli botol susu ni untuk anak2 kecik mereka…




Mula2 aku ingat botol ni botol ubat batuk…Melihat pada badan botol ni complete label isipadu kandungan dalam ‘ Ounces ‘ …


Bahagian belakang botol ni pun ada label isipadu ‘ 0 – 250 ml ‘…

Untuk botol susu ini, putingnya aku tak dapat…Tuan kedai tersebut telah buang kesemua puting2nya sebab getah puting itu berubah warna dan berbau…Menurutnya lagi, puting botol ini akan dipasang terus ke muncung botol susu ini…Tak payah nak pulas ketat2 mcm botol susu sekarang..Kalau kenkawan pernah pakai atau ada lebih info tentang botol susu plastik ni, bolehlah sama2 share info..Sekarang ni aku cari mencari puting ni pulak..Kenkawan ada extra puting botol susu ni bolehlah kotim dengan saya….

6 comments:

Mama Vogue said...

Salam

cantiknya botol susu plastik ni ya. Akak ada botol begini jenis kaca dan 1 lagi bentuk pisang buatan england.Dan satu lagi bentuk biku2 kaca. Saya pernah buat N3.

Fitri Osman said...

jawab salam...

Saya dah tengok n3 akak..Memang antik botol susu dulu2, lebih2 lagi made in England..Putingnnya ada lagi ke? Kalau ada n3 le nanti dan kalau ada extra trade la...heee...

blurguyz79 said...

first time tengok botol ni,bertuah lah bro.

Fitri Osman said...

haaaahaaaa...aku pun tak pernah dikenalkan botol ni masa dulu...

blurguyz79 said...

lepas ni klu pi "memburu" botol2 plastik pun kena perhati betul2,sbb selalunya mata tumpu pada botol kaca jer.

Fitri Osman said...

puting dia memang aku sedang mencari la ni...belum ada rezeki, belum ada kenkawan sudi info atau email puting sebenarnya...