Thursday, May 6, 2010

Kemek pun kemek laa…

Cuti Hari Pekerja hari tu ramai kenkawan kpg aku turun KL tengok DT2..nyaris aku sorang2 bertapa di kampong sebab ada rakan sekorek aku yg tak pergi sbb dah planning awal bulan Mei hari tu nak korek botol sama2 di dalam dusun tak jauh dari pekan Malim Nawar, Perak… Pelik kalau dengar korek botol dalam dusun kan?? Haaa..haaaa…memang aku sendiri tak percaya tapi bila dah sampai sana memang betul kata rakan aku tu…Petang pukul 3 mcm tu kami sampai lokasi..jangan kata pokok pisang dan nangka pun bersepah, berbagai2 jenis botol bersepah2 di dalam dusun tersebut..paling banyak fat botol 100 plus 285ml Jalan Foss…

Info lokasi ini sebenarnya sudah di ketahui oleh rakan aku tu 2 bulan lepas..waktu tu dia nak pergi memancing di sebuah lombong tinggal..laluan paling dekat utk ke lombong itu kena lalu dusun tuan tanah yg tidak di ketahui orangnya…ada laluan pintas dalam dusun ini ke lombong tersebut…kalau pandang ke semak2 tepi laluan tu dah boleh nampak beberapa fat botol..masa aku tiba di lokasi ada la beberapa buah motor di percayai kaki pancing yang baru datang dan pulang melalui laluan tu…

Minta maaf kat kenkawan semua sebab aku memang tak ambik gambar lokasi tersebut atas sebab tertentu…kenkawan yg ada tengok mms picture dari hp otai Megat beberapa bulan yg lalu pasti sudah tau….heeee…..heeeee…haaaaa….haaaa…

Tugas aku dan rakan aku hari tu kami kutip dulu botol2 malaya yg condition baik sajer…kutip botol atas tanah je…rasa mcm kutip biji getah je…Suasana dalam dusun tu memang nyaman je, kebetulan kami sampai baru lepas hujan…yang mana elok terus masuk kotak…kedatangan kami dalam dusun tu memang di sambut oleh nyamuk2 aedes yg sakan..sekali lempang kat tangan, 5 ekor mati…confirm dalam dusun ni mesti banyak botol…sambil2 tu kami akan cucuk ke dalam tanah menggunakan sebatang besi cerucuk yg telah di otter mcm spanar T lebih kurang 1 meter panjang..Tekan2 ke dalam tanah kalau ada rasa tersangkut, kami korek….korek punya korek ada 2 botol hijau lama yg sudah pecah tertanam 1 kaki dalam area tu…

Korek lagi tempat yg ada tanda2 barang di dalam tanah…kali ni dapat botol oren singa fraser & neave 400ml yg pecah jugak…korek2 sekitarnya jumpa pulak tin hijau bercampur tanah ini…



Tin body aluminium 7up keluaran tahun 1990…masa tu aku tak perasan lagi tahun 1990 sebab terus masuk kotak…Setelah di cuci utk membuang tanah yg melekat, baru perasan sebab ada logo Tahun Melawat Malaysia 1990…..Bak kata pepatah otai botology, saudara Mgtbobber….buat ibu bro…..

Macam biasa barang yg aku dapat, aku akan cuci bersih2 dulu…kalau koyak rabak aku gam balik…kalau kemek yang malang pun, aku akan pomen balik semampu yg boleh….

Batang besi ni stand carrier belakang basikal anak buah aku yang telah patah..memang muat di sumbat ke mulut tin dan botol2 malaya…hujungnya aku ikat tisu jamban guna getah…


Seterusnya kalau nak jadi pomen tin tak bertauliah mcm aku, korang masukkan hujung yg bertisu tu dalam tin tersebut..tolak perlahan2 body yg kemek ke dalam tadi ke luar secara lembut…Kalau nak pakai pam angin stesen minyak, pastikan body dan tapaknya tak berlubang atau bocor….Buat lah semampu yg boleh….hasilnya akan jadi macam ni…





Walaupun tin 7up ni kemek..kemek pun kemek laaa…peduli apa...

Akan datang aku akan posting lagi barang2 yg aku dapat di tanah dusun tersebut…lebih kurang 1 jam jer kami beroperasi dalam dusun tersebut..tak tahan dgn nyamuk yg dahagakan manusia berdarah…bukan botol berdarah En.Mat…aku rasa dalam fikiran kenkawan semua mesti terpikir mcm aku bagaimana dusun ini boleh ada banyak botol2 lama…?? Komen anda….??

Monday, May 3, 2010

Tin Marjerin Blue Band

Tin margerin lama jenama Blue Band..bukan blues geng atau blues riders yek..hee..heee....dapat kedai antik uncle wan, kebetulan runner dia baru turun barang..jadi dapat harga runtuh la...generasi aku lahir memang aku tau marjerin Planta je dalam kepala otak aku..



Condition dapat mcm ni je laa...setelah merujuk website http://www.historyworld.co.uk/ jenama ini telah wujud sejak tahun 1935 di negara British ( UK ) lagi ...


Tahun produk ini di masuk ke Malaya aku tak dapat info lagi.. Produk ini dikilangkan oleh Level Brothers ( Malaya ) Limited. Kuala Lumpur. Yang aku dapat info Level Brothers sudah bertapak di Malaya since 1940-an lagi...Merujuk pada iklan2 lama dalam majalah2 tahun 1960-an hingga awal 70-an, logo DITANGGONG HALAL jawi masih di pakai lagi...kenkawan yg ada info lebih tepat lagi boleh share info...


Setelah dicuci dan dibersihkan, condition dalam memang berkarat...tapi masa aku dapat dulu dalamnya hitam berkrim dan berkeladak..kata runner tersebut dapat kedai motor lama buat letak minyak gris...kalau kenkawan rajin pegi ler geledah kedai2 motor atau basikal jenis kedai papan lama, mesti ada pomen simpan tin2 lama..biasanya yg aku dapat tin2 susu tepung lama yg dibuat simpan skru2, wosher2, paku dan kabaid...nasib ada baik boleh dapat yg ada penutup tin lagi...

Tuesday, April 27, 2010

Tiket bas pekan Ipoh…

Kali terakhir aku naik bas pekan sekitar Ipoh ni rasanya last tahun 1996 sebab tahun 1997 aku dah beli Honda Cub second hand…itu pun belasah pakai duit study loan…hee..heee…Sampai la ni aku pakai harian motor cub tu pegi balik keje…Masa dah ada Honda cub tu, tak pandang dah bas pekan…tak naik dah, berlagak…..! tapi aku bernasib baik jugak sebab berlagak aku tak nak naik bas pekan dapat jugak aku kumpul balik set tiket2 bas pekan yang boleh dikatakan lengkap semuanya…Tiket bas keluaran syarikat pengangkutan Ipoh Omnibus Co. Sdn Bhd. Syarikat ni boleh dikatakan menguasai bas2 awam dalam pekan Ipoh dan sekitarnya sejak aku darjah dua lagi…Tiket pun sama je, tak pernah berubah design yg baru…


Masa dulu konduktor tiket akan koyak skit je tiket ni..pastu maju skit pakai ketik-ketik kasi berlubang skit kat tepi nombor2 tu..sekarang tak pakai dah tiket ni..masuk duit je dalam tong kat tepi drebar bas tu…

Kalau kenkawan gi jalan2 Ipoh tu, korang masih lagi berpeluang melihat bas2 pekan old skool yg masih digunakan sehingga hari ni..Kalau tingkap tolak depan belakang tu banyak lagi, tapi kalau nasib ada baik, tingkap tolak ke atas bawah pun boleh jumpa…memang old skool tapi mungkin ada setengah orang rasa macam ketinggalan zaman je bas tu kalau pertama kali turun Ipoh…



Salah satu bas tingkap tolak depan belakang yg masih di gunakan lagi...Ipoh Omnibus Co. Sdn Bhd antara syarikat pengangkutan paling lama bertahan.. Sejak aku darjah satu sampai pass SPM, dah jadi seorang bapak pun masih ada lagi…nostalgia betoi…
Papahal pun Ipoh masih ada lagi barang2 old skool yang masih bersepah di jalanraya dan belakang lokain yg masih belum jatuh ke tangan kolektor-kolektor Malaya...

Tuesday, April 20, 2010

PAM SPRAY RIDSECT

Satu lagi pam spray lama jenama Ridsect. Dapat kat kedai besi buruk. Awal skit je aku dapat sebelum jadi scrap..



Condition overall takde kemek, cuma ada bahagian kena cat warna hijau..Kemungkinan dulu pam sparay ni owner asal nak guna untuk kerja mengecat..



‘Use Ridsect oil for best result’. Arahan yg di beri pada bahagian ini…


Mungkin ini lah salah satu botol racun atau minyak yg diisi ke dalam tangki pam spray lama jenama Ridsect ini..

Wednesday, April 14, 2010

Part II : Simpan dulu…

Kali ni gambar2 yang aku posting ni semua selepas di rawat / cuci lah...tak sempat nak ambik gambar sebelum cuci dulu hari tu..


Botol kaca Horlicks...

Yang ni botol kaca horlicks saiz kecil yang aku dapat. Lebih kurang 450 gram. Penutupnya memang berkarat. Nampak skit je tulisan Horlicks.. Plastik label juga dah takde...




Botol kaca Aji-No-Moto...

Botol Aji-no-moto ni pulak aku tak dapat info tahun keluaran botol kaca ini..Pada kenkawan yang tau, please info kat saya...


Bahagian depan tulisan jawi ‘ Masakan lebih lazat ‘ Tertulis juga kandungan Aji-No-Moto ini 2 Tahil ( 75 gm )..Dan keluaran AJINOMOTO ( MALAYSIA ) LIMITED.


Bahagian belakang pula tulisan dalam bahasa cina pula...


Sisi tepi botol ini juga melengkung sekeliling di bahagian bawah botol ini...

Botol kaca Ridsect...

Selain itu, botol kaca Ridsect juga aku dapat…Info yg diperolehi dari orang lama, zaman dulu sewaktu guna pam spray lama untuk bunuh nyamuk, serangga atau langau ke kalau pegi ke kedai runcit beli cecair racunnya memang packing botol mcm ni..salah satunya jenama Ridsect..harga masa tu mahal jugak tapi tak ramai yg menggunakannya…Tido dalam kelambu lagi bagus..




Setelah di cuci dan dibersihkan, ini lah hasilnya yg nampak..Tulisan Ridsect emborsed depan ,belakang ( tulisan cina ) sisi atas botol. Kalau dapat yang cun memang ada paper label, menurut orang lama tersebut..kandungan untuk botol ni 12 oz .

Botol kaca Planta...

Botol kaca jenama Planta ni jugak aku takde info Planta yang mana pulak ni..? Memandangkan penutup botol ni yg berkarat dan ada karektor kartun dan tulisan Planta, itu je rujukan aku dapat tentang botol kaca ni..kenkawan yang tau pasal botol kaca ni boleh la share info sama2...




Sisi botol ini juga ada sukatan emborsed dalam unit cups...

Botol susu kaca...

Yang ni pulak botol susu kaca yang paling kecik aku dapat..tak tau brape ounces pulak sebab dah memang takde sukatan pada sisi botol susu kaca ni..Puting pun takde tapi condition lain masih baik, takde retak dan calar...



Kecik2 botol ni, berat jugak botol susu kaca ni...

Thursday, April 8, 2010

Simpan dulu….

Posting saya hari ni nak sambung cerita balik hasil korek barang hari tu..Ramai gak kenkawan call dan sms saya tanya apa dah jadi barang2 tersebut..Dah jual ke? Nak jual ke? Dah orang booking ke? Segala jawapan tersebut satu jer dari saya…Saya simpan dulu…Barang2 tersebut baru jer lepas di rawat…mana kudis2 buta,tanah tu kenalah aku cuci dulu…Yang boleh di selamatkan, cacat cela tu aku terima seadanya….Paling mencabar skali nak rawat botol rugby 500ml Coca-Cola ni..

Botol Coca-Cola 500ml.

Koyak rabak plastik pada bahagian ni memang teruk..Yang lopong besar tu, plastiknya dah hilang masa aku dapat..Yang plastik label terjuntai tu kuat skit je pegang, memang akan koyak lagi..Pelan2 aku gam, ni le hasil yang mampu aku dapat…


Setelah di cuci bersih, di polish cun2..hasilnya mcm ni pulak…



Penutup coke ini pun masih baik lagi setelah di bersihkan…

Sprite 285ml fat botol..

Botol Sprite ni koyak tak banyak, cuma kudis2 hitam pada plastik label botol ni je dah tak boleh buat apa..memang lekat terus..



Plastik label Sprite yg koyak skit tu sudah di gamkan semula…

Botol 285ml Sarsi



Botol Sarsi 285ml ni plastik labelnya koyak 10% je cuma warnanya pudar overall tapi di tepi bawah tersebut ada ni…


Minuman Ringan Rasmi Bagi ‘ Visit Malaysia Year 1990 ‘..Memang lama aku nak botol ni cari cara ni…Aku tau ramai collector yg simpan produk Malaya yg ada tag ni…Baik dari baju, beg, keychain, tin sampai ler ke botol2...

Botol Fanta mana...

Botol ni ramai gak kenkawan berminat nak beli dari aku sejak aku posting botol ni minggu lepas…Apa keistimewaannya?? Botol dari Malaya ke?? Memang aku korek dari tanah asal-asul nenek moyang aku tapi setakat aku tau belum lagi aku dengar ada botol Fanta tulisan jawi pernah keluar di Malaya…




Masa aku dapat ni separuh badan botol ni terbenam dalam tanah. Tu sebab separuh print label botol Fanta ni tak brape clear...



Tanda lahir dan lekuk pada botol ni pun takde rupa darah botol dari Malaya…Menurut ahli botoloji, saudara Megat pun berpendapat begitu…Nak minta pandangan kenkawan semua pulak pasal botol ni…Apa pendapat dan pandangan blog termashur tanah air kita, otai Daud..?? Jangan le suruh humban ke sungai pulak….haaa….aaaa…haaa…

Botol Framroz...



Ni botol Framroz selepas aku bersihkan..Lebih detail nak tau botol Framroz ni sila singgah blog malayaayerlamnet.blogspot.com …



Setakat ni saje posting hari ni…Posting seterus akan datang pulak ialah barang2 korek hari tu selain botol2 atas tadi seperti botol kecik Horlicks, botol Ajinomoto, botol racun Ridsect, botol Planta dan botol kaca susu lagi…


Barang semua dah cuci dan sudah di kilatkan…Tinggal nak ambil gambar lebih dekat dan jelas lagi…