Botol Coca-Cola 500ml.
Koyak rabak plastik pada bahagian ni memang teruk..Yang lopong besar tu, plastiknya dah hilang masa aku dapat..Yang plastik label terjuntai tu kuat skit je pegang, memang akan koyak lagi..Pelan2 aku gam, ni le hasil yang mampu aku dapat…
Setelah di cuci bersih, di polish cun2..hasilnya mcm ni pulak…
Penutup coke ini pun masih baik lagi setelah di bersihkan…
Sprite 285ml fat botol..
Botol Sprite ni koyak tak banyak, cuma kudis2 hitam pada plastik label botol ni je dah tak boleh buat apa..memang lekat terus..
Plastik label Sprite yg koyak skit tu sudah di gamkan semula…
Botol 285ml Sarsi
Botol Sarsi 285ml ni plastik labelnya koyak 10% je cuma warnanya pudar overall tapi di tepi bawah tersebut ada ni…
Minuman Ringan Rasmi Bagi ‘ Visit Malaysia Year 1990 ‘..Memang lama aku nak botol ni cari cara ni…Aku tau ramai collector yg simpan produk Malaya yg ada tag ni…Baik dari baju, beg, keychain, tin sampai ler ke botol2...
Botol Fanta mana...
Botol ni ramai gak kenkawan berminat nak beli dari aku sejak aku posting botol ni minggu lepas…Apa keistimewaannya?? Botol dari Malaya ke?? Memang aku korek dari tanah asal-asul nenek moyang aku tapi setakat aku tau belum lagi aku dengar ada botol Fanta tulisan jawi pernah keluar di Malaya…
Masa aku dapat ni separuh badan botol ni terbenam dalam tanah. Tu sebab separuh print label botol Fanta ni tak brape clear...
Tanda lahir dan lekuk pada botol ni pun takde rupa darah botol dari Malaya…Menurut ahli botoloji, saudara Megat pun berpendapat begitu…Nak minta pandangan kenkawan semua pulak pasal botol ni…Apa pendapat dan pandangan blog termashur tanah air kita, otai Daud..?? Jangan le suruh humban ke sungai pulak….haaa….aaaa…haaa…
Botol Framroz...
Ni botol Framroz selepas aku bersihkan..Lebih detail nak tau botol Framroz ni sila singgah blog malayaayerlamnet.blogspot.com …
2 comments:
bro...dah macam harta karun ni...puas hati dapat barang2 sebegini.tahniah bro.
tq bro...
Post a Comment