Thursday, May 6, 2010

Kemek pun kemek laa…

Cuti Hari Pekerja hari tu ramai kenkawan kpg aku turun KL tengok DT2..nyaris aku sorang2 bertapa di kampong sebab ada rakan sekorek aku yg tak pergi sbb dah planning awal bulan Mei hari tu nak korek botol sama2 di dalam dusun tak jauh dari pekan Malim Nawar, Perak… Pelik kalau dengar korek botol dalam dusun kan?? Haaa..haaaa…memang aku sendiri tak percaya tapi bila dah sampai sana memang betul kata rakan aku tu…Petang pukul 3 mcm tu kami sampai lokasi..jangan kata pokok pisang dan nangka pun bersepah, berbagai2 jenis botol bersepah2 di dalam dusun tersebut..paling banyak fat botol 100 plus 285ml Jalan Foss…

Info lokasi ini sebenarnya sudah di ketahui oleh rakan aku tu 2 bulan lepas..waktu tu dia nak pergi memancing di sebuah lombong tinggal..laluan paling dekat utk ke lombong itu kena lalu dusun tuan tanah yg tidak di ketahui orangnya…ada laluan pintas dalam dusun ini ke lombong tersebut…kalau pandang ke semak2 tepi laluan tu dah boleh nampak beberapa fat botol..masa aku tiba di lokasi ada la beberapa buah motor di percayai kaki pancing yang baru datang dan pulang melalui laluan tu…

Minta maaf kat kenkawan semua sebab aku memang tak ambik gambar lokasi tersebut atas sebab tertentu…kenkawan yg ada tengok mms picture dari hp otai Megat beberapa bulan yg lalu pasti sudah tau….heeee…..heeeee…haaaaa….haaaa…

Tugas aku dan rakan aku hari tu kami kutip dulu botol2 malaya yg condition baik sajer…kutip botol atas tanah je…rasa mcm kutip biji getah je…Suasana dalam dusun tu memang nyaman je, kebetulan kami sampai baru lepas hujan…yang mana elok terus masuk kotak…kedatangan kami dalam dusun tu memang di sambut oleh nyamuk2 aedes yg sakan..sekali lempang kat tangan, 5 ekor mati…confirm dalam dusun ni mesti banyak botol…sambil2 tu kami akan cucuk ke dalam tanah menggunakan sebatang besi cerucuk yg telah di otter mcm spanar T lebih kurang 1 meter panjang..Tekan2 ke dalam tanah kalau ada rasa tersangkut, kami korek….korek punya korek ada 2 botol hijau lama yg sudah pecah tertanam 1 kaki dalam area tu…

Korek lagi tempat yg ada tanda2 barang di dalam tanah…kali ni dapat botol oren singa fraser & neave 400ml yg pecah jugak…korek2 sekitarnya jumpa pulak tin hijau bercampur tanah ini…



Tin body aluminium 7up keluaran tahun 1990…masa tu aku tak perasan lagi tahun 1990 sebab terus masuk kotak…Setelah di cuci utk membuang tanah yg melekat, baru perasan sebab ada logo Tahun Melawat Malaysia 1990…..Bak kata pepatah otai botology, saudara Mgtbobber….buat ibu bro…..

Macam biasa barang yg aku dapat, aku akan cuci bersih2 dulu…kalau koyak rabak aku gam balik…kalau kemek yang malang pun, aku akan pomen balik semampu yg boleh….

Batang besi ni stand carrier belakang basikal anak buah aku yang telah patah..memang muat di sumbat ke mulut tin dan botol2 malaya…hujungnya aku ikat tisu jamban guna getah…


Seterusnya kalau nak jadi pomen tin tak bertauliah mcm aku, korang masukkan hujung yg bertisu tu dalam tin tersebut..tolak perlahan2 body yg kemek ke dalam tadi ke luar secara lembut…Kalau nak pakai pam angin stesen minyak, pastikan body dan tapaknya tak berlubang atau bocor….Buat lah semampu yg boleh….hasilnya akan jadi macam ni…





Walaupun tin 7up ni kemek..kemek pun kemek laaa…peduli apa...

Akan datang aku akan posting lagi barang2 yg aku dapat di tanah dusun tersebut…lebih kurang 1 jam jer kami beroperasi dalam dusun tersebut..tak tahan dgn nyamuk yg dahagakan manusia berdarah…bukan botol berdarah En.Mat…aku rasa dalam fikiran kenkawan semua mesti terpikir mcm aku bagaimana dusun ini boleh ada banyak botol2 lama…?? Komen anda….??

5 comments:

MgtBobber said...

Ok gak kau betolkan tin tu.. hehe..
Dusun tu tuan punya minum botol F&N sambil rilek selepas menebas, abis minum campak je kat area situ tak pun dia tanam.. bukan main lama dia jaga kebun tu sampai la tahun 1990, dah takde air botol F&N 400ml dah tapi air tin 7up plak pakcik tu beli minum hilangkan dahaga pastu campak lagi kat situ.. hehehee..

MgtBobber said...

Tuan punya kebun minum air botol F&N 400ml buat hilang dahaga masa-masa dulu, pastu campak atau tanam kat situ, lama dia jaga kebun tu, sampai la tahun 1990, dah takde botol F&N 400ml dah, pakcik tu minum la air tin 7up plak, pastu campak lagi kat situ.. 100 plus tu anak cucu minum masa tolong atuk dia berkebun! hehehee..

frightrice said...

Syok tengok tin ni dibaik pulih :) Good job!

Fitri Osman said...

bro Mgtbobber...firasat aku pulak dulu tempat ni mungkin tmpt pembuangan sampah dan botol2 kaca..setelah tempat ni ditutup dan di tukar hak milik persendirian, tuan tanah ini telah usaha balik buat dusun buah..oleh kerana melihat berbagai botol dan barang tembikar bertaburan kawasan tersebut, tuan tanah buat bodoh je barang2 tersebut dan tanam terus anak pokok...

bro frightrice..aku belasah je...

blurguyz79 said...

bro fitri,cara baik pulih tu tin mmg menarik.