Saturday, June 26, 2010

Rezeki di site...

Kehangatan bolasepak Piala Dunia semakin rancak apatah lagi salah satu team favourite aku, Italy sudah boleh menjember…aku sekarang pun semakin rancak monitor projek ( upgrading air-conditioner system ) di site aku sbb tempoh siap yg di beri amat kesuntukan masa, kena siap sebelum tarikh opening ceremony 15hb Julai ni..Jadi mood nak mem-blog ni ada terencat skit la..

Dalam keadaan terencat skit ni, terubat juga la hati aku ni…Ketika melilau atas bawah bangunan tersebut boleh pulak rezeki di depan mata walaupun lokasi yg di temui agak gayat…Barang2 ni di temui atas gutter bumbung paras ketinggian 4 tingkat jer..




Aku rasa barang2 ni memang di tinggalkan sewaktu kerja2 memasang bumbung telah selesai sekitar tahun 1996 dulu..Sewaktu melilau dalam ruang bumbung pulak dgn bertemankan torchlight di tangan, rasa hati aku tergerak jugak mesti ada barang2 baik kalau tak terlepas pandang..



Jalan2 dalam ruang bumbung tu terserempak pulak tangki air yg bergelen2..intai2 jugak bawah tangki tersebut..Tiang tapak tangki tersebut memang ada ruang berblok..kena masuk bawah ni…



Barang pertama yg aku temui bawah tangki tersebut adalah tin aluminium F&N Sarsi..Selepas itu jumpa pet botol 1.25 Liter, tin Coca-Cola, tin ZAP dan tin F&N lagi..






Dekat 2 jam jugak aku melilau dalam ruang bumbung tu..Setelah puas hati dan rasanya takde yg terlepas pandang, aku pun turun ke hall bangunan tersebut..Barang2 pun di susun posing dulu sebelum dimandikan beramai-ramai kat umah aku nanti..



Masa nak turun tu sempat jugak aku jumpa kotak rokok kosong Dunhill 7 batang…bila semua dah di mandikan nanti, baru aku post kan satu persatu barang yg aku dapat ni di next posting aku..Tunggu..Selamat menjember dan demam bola..!!!

3 comments:

Iaryylr said...

wah sambil kerja dapat harta karun rupanya..

junker ipoh said...

teman ingat kt dlm tanah jer ader harta karun..rupenyer kat atas bumbung pun ader juge...kwn2 nak menjember kalau dah x ader tempat pegi le atas bumbung plak ye..

Fitri Osman said...

soory lambat reply..

iaryylr...rezeki le tu..

junker ipoh..cuba le atas bumbung pulak...asyik dalam tanah jer..hehehhee