Friday, June 18, 2010

Dah setahun....

Apa yang dah setahun ni..?? Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya blog aku ni... walaupun intipati siaran aku tak brape menarik tetapi sokongan kenkawan dan followers semua, aku sambung kontrak blog aku ni 1 tahun lagi...bukan bosan, cuma masa tak tentu nak layan blog ni...ada jer benda nak buat sana sini...

Mat sidin yg skang ni kat atas bukit di celah gigi hutan tu pun berkata " nak berniaga di alam maya pun boleh "...haahaaa..betoi2...ahad ni ada ke kat ampcorp?

Baru setahun jagung aku layan blog ni.. Macam2 info dan cerita aku dapat.. Terima kasih kenkawan semua...Punca aku terjebak ke alam blog ni dari seorang student Uitm shah alam yg practical di opis aku setahun yg lalu..dia lah rekemen aku crate satu blog pasal barang2 old skool sbb kebetulan terlihat gambar2 koleksi aku dalam PC aku..dia kata kat blog nanti mesti boleh jumpa kenkawan yg sehobi jugak...

Selepas tak brape lama penyiaran blog aku berkumandang, makhluk pertama dari alam blog yg contact aku supaya membuat satu perjumpaan di alam dan manusia ni ialah Cikgu Kamil..Penolong kanan dia masa tu bro Nazrin ( bigCoke ) ..bro Nazrin lah yg tetapkan lokasi dan masa pertemuan iaitu di kedai mamak Putra Height..macam biasalah suspender tu ada la manatau kena kencing ke...datang2 takde ke...

Akhirnya pertemuan pertama memang menjadi ( tak silap bulan Jun 2009 kira2 pukul 1000 malam )..boleh pulak sessi pertemuan jejak kasih antara aku dan mgt bobber...kebetulan bro nazrin ajak mgtbobber datang skali.. gara2 hp aku rosak 7 tahun yg lalu, aku telah lost contact dgn mgt bobber, cari2 kat kedai seksyen 9 pun dah tutup...termasuk juga lost contact dgn bro Lob,otai Din dan beberapa collector di Shah Alam..

Hari ni, ramai kenkawan dah aku kenali....


Sehingga hari ni jugak, sessi mabuk teh sampai pagi idea cikgu Kamil & bro Nazrin menjadi aktiviti weekly untuk rakan2 blog collector dan yg takde blog pun ada join skali...cuma aku je kerap ponteng..heeheehee...untuk kenkawan lain dari selatan, utara, pantai timur, sabah sarawak yg nak join sessi mabuk teh sampai pagi di alu-alukan untuk mengeratkan lagi persahabatan dan berkongsi2 pengalaman serta info2 yg berdarah.....

Terima kasih semua...!!!

6 comments:

MgtBobber said...

Tahniah bro!! Selamat ulang tahun ke setahun jadi Blogger! Jadi ahli botologi dah yang ke berapa tahun ya bro?? hehee! Hidup botologi! hidup oldschool!

frightrice said...

Tahniah bro, semoga persahabatan kita berkekalan selamanya :) GO OL SKOOL!!!

Fitri Osman said...

bro mgtbobber.
terima kasih...ngko tolak campur sendiri la...hehheee...

bro frightrice.
betul tu..tq.

blurguyz79 said...

bro fitri,aku terjebak dalam blog oleh makhluk pertama tu juga (cikgu kamil),hahaha.

Fitri Osman said...

bG...padan muka kat ngko...terjebak jugak..haahaa.haa

rimanilzah said...

tahniah, bro.