Wednesday, November 30, 2011

Kasut sekolah Pallas

Ramai ibubapa sedang sibuk membeli kasut sekolah untuk anak2 mereka ketika musim cuti persekolahan sedang bermula ini. Bukan apa, besok2 nanti tak le kelam kabut nak cari kasut sekolah anak2 di saat2 akhir. Jenama kasut Pallas antara kesukaan anak2 sekarang. Begitu juga di era tahun 80-an dan 90-an, mungkin ada di kalangan anda pernah memakai kasut Pallas ini ketika di alam persekolahan yang lalu.



Harga pun agak memuaskan ketika itu berbanding harga sekarang. Bayangkan ketika itu $7.90 sepasang, brape pulak harga selepas tawar-menawar ?





Kasut sekolah ini saiz 11 kanak-kanak. Jenis bertali dan kenbes serta tapak kasut warna hijau.

Friday, November 18, 2011

Ubat cap Piala Malaya

Bak orang kata ' Gila Bola' . Yang ni mungkin gila Piala kot. Apa-apa pun ubat sakit gigi Lita No.1 gambar Piala Malaya dari Fook Seng Trading Co. Telok Anson. Ubat sakit gigi ini era tahun 70-an dulu.






Gambar Piala Malaya yang di ambil dari muzium negara ini tiada kena mengena dengan ubat sakit gigi ni.


Sunday, November 13, 2011

Beg kertas Dutch Baby

Yang ni beg kertas Dutch Baby Condensed Milk. Condition pada pemegang beg ini ada reput sikit.


Thursday, November 10, 2011

Beg kertas Carnation

Satu lagi beg kertas lama dari Carnation Evaporated Milk.




Jawi : " Susu ayer tiga bunga " Kalau salah bunyi tolong betulkan.. hehehe

Wednesday, November 9, 2011

Beg kertas Blue Cross Condensed Milk

Beg kertas tahun era 50-an yang masih berkeadaan baik lagi.




"Susu pekat paling biru dengan tambahan bitamin A." Macam tu la bunyinya kot....

Thursday, November 3, 2011

Kelazatan di musim hujan

Sekarang ni tengah musim hujan. Pagi tak petang tak malam asyik hujan jer. Paling tercabar di musim hujan ni dengan cuaca yang sejuk di malam hari apabila perut asyik bergendang jer nak makan. Masa ni le nak bantai mee maggi macam si mamat kat bawah ni.



" Cepat di masak, sedap di makan " Trademark sampai le sekarang. Gambar si mamat nak belahap mee maggi ni aku ambil dari iklan dalam majalah wanita tahun 1990. Pernah tak anda dapat ' free gift " dari mee maggi seperti pemadam getah, klip kertas atau kanta pembesar sekitar tahun 1990-an dulu ? Mungkin anda ingat lagi kan....



Yang ni jer aku dapat simpan. Apa2 pun hati-hati di musim hujan ini. Banyak2 simpan stok mee maggi supaya tidak berebut nak makan mee maggi nanti dan " Selamat menyambut Hari Raya Aidil-Adha "...