Saturday, April 9, 2011

Liquid paper oh liquid paper...

Rasanya kali terakhir aku terpandang liquid paper jenis ni tahun 1991 yang lalu. Jenama tidak aku ingat lagi tetapi jenama Paper Mate antara paling top dan mahal masa tu. Tipp- Ex correction fluid jenis berus sudah pasti antara kenkawan pernah menggunakannya. Aku rasa ramai generasi 90-an tak sempat mengguna liquid paper jenis berus ini kerana waktu itu liquid paper jenis goncang dulu ( bebola besi ) sudah mula masuk pasaran.




Untuk jenis ini mesti ada thinner untuk mencairkan liquid paper yang sudah keras di dalam botol berberus tersebut sebelum kita menyapu pada tempat yang salah tulis atau menaip.



Hati-hati ketika mengguna thinner ini sewaktu menuang beberapa titis ke dalam botol berberus tersebut kerana mudah gatal sedikit sekira terkena kulit dan pedih kalau terkena mata. Tapi aku ingat lagi masa dulu, abang aku suka sangat titis thinner liquid ini pada lipas2 yang berkeliaran di rumah orang tua. Mengelupar lipas dibuatnya.



Barangkali di sebelah utara masih ada kodak-kodak atau sisa-sisa liquid paper ini kerana bertempat di Perai, Pulau Pinang ia mula diedarkan. Tipp-Ex keluaran produk Jerman.

6 comments:

Spallan said...

Terbaikkk koleksi bro ni, complete dengan kotaknya sekali. Pernah pakai ni dulu, semedang kena taruh thinner, asyik dok keras je. Tapi thinner tu kalau terkena tangan sejuuuuk.....

iaryylr said...

wah Bro!, glamour diorang masa mula pakai kat sekolah, saya guna pemadam pen yang kasar tu jer... hu hu hu..., yang ini dan waktu keluar yang liquid ball tu pun,dilarang penggunaannya disekolah...

Fitri Osman said...

bro spallan.

Ya mula2 sejuk pastu kalau alergik gatal2 skit. Ada brand lain lagi yang dtg dgn kotaknya. nanti saya posting lagi..

bro iaryylr.

hahaha..sapu skit dgn air liur pd eraser pen kalau payah sgt nak padam...yg dilarang tu sebab suka sgt conteng meja dan dalam bas..

MgtBobber said...

Thinner liquid paper ni mula-mula je bau dia best, dah kering je bau dia adoyai!! menyengat hidung!! Yang kelakarnya kalau thinner kurang mula la sapu tak rata, tebal sebelah la, nampak garisan berus la! hahahaa..

nikths said...

kalau tgk filem 'ROCK' nampak Zack tengah buat contengan tulisan kat jaket supaya nampak lebih imej rock.Dulu2 memang jadi kegilaan guna liquid paper untuk buat grafiti kat baju dan seluar,mana ada marker paint dan sebagainya.

K. Praba said...

seriously, brings back old school memory. great one